Tag Archives: luar negara

Ekspatriat: Hak Rakyat, Tanggungjawab kita

Seringkali golongan pemuda-pemudi Malaysia yang mendapat peluang untuk belajar ataupun bekerja di luar negara di sogok dengan hamburan pujian dan harapan tinggi menggunung yang mengatakan kita bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan dan akan terlibat secara aktif dan langsung dalam memacu ekonomi negara pada tahun-tahun mendatang. Sebagai contoh lebih 10 000 warganegara Malaysia berada di United Kingdom manakala lebih 2 500 sedang menuntut ataupun berkhidmat di Ireland. Masing-masing mempunyai kepakaran dan potensi yang besar dalam bidang yang diceburi diantaranya perubatan, perdagangan, bidang perakauanan, ekonomi, politik dan lain-lain. Maka tidak hairanlah jika BBC UK menggelar kita harimau ekonomi rantau Asia Tenggara! Persoalannya adakah golongan ekspatriat ini maklum dan sedar akan tanggungjawab dan harapan yang telah diletakkan di bahu masing-masing? Apakah pendirian kita terhadap isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam negara? Continue reading