ReminisceRespondRelax

Destinasi Barzakh

December 27, 2009 · Leave a Comment

Pertama, takziah buat ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan yang melibatkan bas ekspres Sani di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan beberapa hari lepas. Walaupun ajal maut itu di tangan Tuhan, manusia adalah makhluk yang paling sukar untuk meredhai pemergian insan tersayang. Yang berlalu, biarkan ia berlalu. Cuma jangan dibiarkan ia berlalu tanpa diambil iktibar dan pengajaran.

Kerapkali kita menghitung jumlah nyawa yang melayang diatas jalanraya, terutamanya di waktu perayaan dan cuti panjang. Bukan sedikit jumlah korban setiap kali musim perayaan menjelang tiba, beratus-ratus keluarga kehilangan ahli, beribu-ribu teman kehilangan sahabat. Keceriaan yang didambakan, tetapi malang sekali senyuman kaku mayat pula yang disambut.

Kenapa masih tiada penurunan jumlah kematian di jalanraya? Seolah-olah dalam statistik kematian, jalannya hanya sehala, iaitu menaik dan semakin menaik. Kempen yang meluas sudah dijalankan, Ops-Ops pihak berkuasa juga sudah pun dilaksanakan. Jalanraya pula sudah semakin elok, lebuhraya di Malaysia juga antara yang terbaik. Tetapi kenapa perjalanan masih belum selamat?

Seperti sudah ada skrip tetap, setiap kali kemalangan maut yang melibatkan banyak nyawa, pihak Polis akan membuat kenyataan akan memulakan siasatan, pihak kerajaan pula akan cuba sebaik mungkin menghulurkan bantuan kebajikan sewajarnya, dan pihak pembekal perkhidmatan (dalam kes ini Sani Ekspress) akan cuba untuk mempertahankan rekod baik syarikat tersebut. Dan yang menangis akan terus menangis.

Antara faktor utama yang menyebabkan kemalangan adalah faktor sikap manusia, kenderaan, jalanraya dan cuaca. Faktor manakah yang lebih banyak menjadi punca kemalangan? Tolak ketepi faktor cuaca yang manusia tiada kuasa untuk menentukan, manusia boleh menentukan kualiti faktor sikap ketika memandu, keadaan kenderaan dan jalanraya. Maka, titik tolak punca kematian yang semakin menjadi-jadi ini adalah manusia.

Nota ini akan memfokuskan kepada pengangkutan awam jarak jauh kerana biasanya lebih banyak nyawa yang berada dalam bahaya jika sebuah bas kemalangan berbanding sebuah kereta. Apakah jalan penyelesaiannya?

Pasang kotak hitam? Idea bagus, tapi di peringkat perlaksanaan dan aplikasi mungkin sekadar melepas batuk di tangga. Undang-undang jelas, tetapi tindakan kabur. Pengusaha yang hanya mementingkan keuntungan berlipat kali ganda dan pada masa yang sama memandang nyawa penumpang sekecil nyamuk, tidak wajar dibiarkan terus mendapat peluang untuk membuat keuntungan.

Bagaimana mungkin pengusaha boleh dibiarkan goyang kaki di rumah agam yang sebesar istana begitu sahaja, apabila penumpang pada setiap saat memikirkan kebarangkalian nyawa mereka akan melayang tatkala berada didalam bas? Apabila keselamatan mereka diperjudikan demi keuntungan, ini memang betul prinsip kapitalis bastard (anak haram). Perlu dilenyapkan terus dari muka bumi Malaysia ini.

Had laju? Pernah dahulu Samy Vellu cadangkan Had Laju dinaikkan daripada had laju sedia ada. Ambil sifir mudah, jika had laju 100km/j biasanya pemandu akan memandu 120km/j, 20km/j lebih daripada had laju. Mereka fikir tak mengapa jika lebih sedikit, lagipun meter kan analog, sukar untuk ditetapkan pada satu angka yang statik. Dan pelbagai alasan lagi. Cuba bayangkan jika had laju semakin tinggi, tentunya graf kematian di jalanraya akan melangit!

Bas perlu dihadkan kepada laju tertentu sahaja. Jika di Ireland, bas tidak boleh melebihi 100km/j dan pemandu mereka mematuhi had laju tersebut. Rasa saya di Malaysia sudah ada usaha kearah itu, namun sekali lagi, penyakit sukar untuk melaksanakan dan mengaplikasi peraturan yang cukup bagus dan berkesan itu telah menyebabkan kecelakaan. Jalan kosong tidak bermakna pemandu secara automatik bertukar menjadi pemandu F1!

Pemandu mengantuk? Ada sesetengah pemandu yang hanya berehat beberapa jam sahaja sebelum memandu untuk trip seterusnya. Ada juga yang bekerja berhari-hari tanpa henti. Walaupun badan nampak cergas, tapi otak akan shut down dengan sendirinya jika terlalu penat. Pemandu juga perlu diingatkan mengenai pentingnya menjaga kesihatan yang baik, rata-rata pemandu bas mempunyai body mass index (BMI) yang tinggi, dan risiko untuk menghidap obstructive sleep apnoea (OSA) adalah tinggi. Penyakit ini menyebabkan kualiti tidur terganggu, dan boleh juga membawa kepada masalah kekurangan tidur dan mengantuk ketika memandu.

Negara kerugian besar apabila nyawa warganya melayang begitu sahaja di atas jalanraya. Kecelakaan ini boleh dielakkan, dan sepatutnya dielakkan. Faktor manusia yang menentukan segalanya. Pihak pengusaha, pemandu, kerajaan, penumpang dan rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan peristiwa ngeri seperti yang berlaku di Ipoh tidak akan berulang lagi. Ajal maut di tangan Tuhan, tetapi pemasangan kotak hitam, mematuhi had laju, menjaga kesihatan dan kecergasan ketika memandu, memastikan kenderaan dalam keadaan terbaik sebelum perjalanan, pelaksanaan dan pengaplikasian undang-undang jalanraya, dan banyak lagi boleh ditentukan oleh manusia.

Hatta dalam keadaan cuaca yang buruk sekalipun kecelakaan masih boleh dielakkan jika pemandu berhati-hati dan mengamalkan pemanduan defensif dan berhemah.

Semuanya terletak dibahu kita. Lebuhraya bukan litar, anda juga bukan seorang pemandu F1.

→ Leave a CommentCategories: Life · R&R
Tagged: , ,

Kelantan: Nik Aziz, Ariffahmi Gate & Bola Sepak

December 16, 2009 · 3 Comments

Nik Aziz

1. 18 tahun Nik Aziz jadi Menteri Besar Kelantan, sepanjang aku hidup, hanya Nik Aziz yang jadi Menteri Besar negeri kelahiran aku.

2. Dalam ramai-ramai ahli politik Malaysia yang memegang kuasa lebih daripada 15 tahun adalah Tun Dr Mahathir, Samy Vellu, dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Dua sudah berhenti, dua lagi belum.

3. Perlu rasanya diberi peluang kepada orang lain. Makin lama makin rosak imej baik Nik Aziz. Bukan kerana tuan punya badan itu sendiri, tetapi orang-orang disekelilingnya. Termasuklah juga lelaki yang puteri Nik Aziz panggil suami.

4. Setelah lama memerintah, ada juga yang telah terlebih mengangkat Nik Aziz ini. Sehinggakan apabila Nik Aziz ini tersilap, pantang ditegur pantang dikritik. Yang melucukan, bukan Nik Aziz yang tak mahu terima teguran, tetapi manusia-manusia yang ingin menumpang pengaruh Tok Guru, seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain.

5. Orang pertama yang perlu ditegur apabila melakukan kesilapan adalah golongan ulama’. Apatah lagi jika ulama’ itu seorang pemimpin kerajaan. Ayat-ayat seperti ‘jangan sentuh Nik Aziz’, ‘Andai saya kata MARA!’ dan sebagainya tak perlulah dilaung-laungkan. Kita tahu Nik Aziz telah melakukan kesilapan, iaitu dengan melantik menantu beliau sendiri memegang jawatan paling tinggi dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.

6. Orang-orang PAS dulu panggil perangai ni NEPOTISME semasa menghentam Mahathir dahulu.

Ariffahmi Gate

1. Pendedahan berani Syed Azidi ‘Kickdefella’ membuka pekung yang sudah lama menutup bau busuk dada-dada sesetengah makhluk yang berselindung disebalik jubah dan minyak atar. Berbotol-botol minyak atar pun sudah tidak mampu nak menutup bau busuk itu.

2. Rakyat disuap dengan berita Kelantan adalah negeri yang bersih rasuah, korupsi dan salahguna kuasa. Namun, peristiwa pemecatan Kickdefella menandakan bermulanya pembongkaran satu demi satu salahlaku yang selama ini tersembunyi.

3. Ahli keluarga Nik Aziz berdiri dibelakang Ariffahmi, memang itu pun yang dijangkakan. Lumrah hidup berkeluarga, yang salah pada mata mereka semestinya orang diluar rumah.

4. Yang menarik dalam kontroversi ini adalah campurtangan exco tertentu yang dikatakan ingin menggantikan tempat Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Siapa dia Exco itu, tanya Nik Amalina, puteri Tok Guru.

5. Menyedihkan, di tahun-tahun akhir Nik Aziz sebagai MB, imej beliau tercalar, rasa hormat mungkin sudah berkurangan, hanya kerana Nik Aziz tidak tahu dari segi moral salah melantik menantu ke jawatan yang bertaraf  ‘Datuk Bandar’. Namun, kenaifan bukan alasan, dalam politik ini peluang buat lawan.

6. Akan ada episod seterusnya, akan ada kontroversi baru. Jika Ariffahmi meletakkan jawatan hari ini pun, saya harap pembongkaran-pembongkaran ini tidak akan berhenti. Kepada yang berhati busuk, tetapi gemar mandi minyak atar tu, lambat laun akan terkantoi juga dan boleh la kita sama-sama campak dalam ‘air char’.

Bola Sepak

1. Pengurusan baru terbukti berjaya bawa nafas baru buat pasukan bolasepak Kelantan. Tan Sri Annuar Musa yang sudah tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri membuktikan beliau boleh mengurus pasukan bola sepak dengan baik. Urus negeri? Allah sahaja yang tahu.

2. Dulu ada satu kes penjaga gol, Halim Napi, sepak pemain lawan. Haramkan terus Halim Napi daripada pijak rumput Stadium Sultan Mohammad V tu. Budaya bolasepak itu sudah lama patut ditinggalkan. Bawa budaya baru, orang puteh kata ’sportmanship’, menang macam ‘gentleman’, kalah pun mesti ‘gentleman’

3. Sayang sekali penyokong tenggelam dalam emosi yang melampau, macam Skinhead seronok dibuai lagu dendangan ACAB. Banyak perkara-perkara baik penyokong Kelantan yang patut ditonjolkan, bukannya amarah dan kependekan akal sehinggakan sanggup membakar kerusi dan memusnahkan harta benda. Tak kena langsung dengan title rakyat negeri Serambi Mekah.

4. Musim baru, pemain baru, azam baru, budaya pun kena baru. Harap dapat kita hidupkan suasana EPL dalam Liga Super. Apabila ‘match day’ kita akan tengok seluruh Kelantan lumpuh. Lumpuh sebab semua pun pergi ke Stadium.

Kelantan

1. Kelantan bukan hanya berkenaan Tok Guru, Ariffahmi dan Bolasepak. Kelantan perlu dijadikan pusat ekonomi rantau Timur.

2. Perancangan-perancangan Kerajaan Negeri bukan hanya untuk tontonan orang-orang terdekat sahaja sebaliknya perlu diumumkan kepada semua dan melibatkan semua.

3. Apa sektor yang boleh Kelantan banggakan, apa hasil utama pertanian negeri ini? Apa industri pembuatan utama Kelantan? Sektor pendidikan pula, adakah kita sudah mantap? Kemana arah kerajaan negeri selepas ini. Mungkin sama sahaja jika Menteri Besar pun sama.

4. With all due respect to Tok Guru, I think the time has come. Kelantan pun perlukan perubahan, perlukan ‘change’. Ada Obama Kelate yang sanggup?

→ 3 CommentsCategories: Politics
Tagged: , , , , , , ,

Retorika Ketuanan Melayu

December 14, 2009 · 1 Comment

Ketuanan Melayu adalah suatu konsep yang wujud hanya untuk dimanfaatkan oleh dua golongan.

Golongan pertama adalah mereka yang ingin berselindung di sebalik konsep ‘ghaib’ tersebut untuk mengaut keuntungan. Memastikan Melayu sentiasa menjadi ‘Tuan’, agar senang untuk menjalankan agenda jahat mereka….

Golongan kedua pula adalah mereka yang sengaja menimbulkan konsep Ketuanan Melayu ini agar masyarakat akan melihat bahawa kerja orang Melayu hanya ingin menindas orang bukan Melayu. Tentu, jika mereka konsisten, bukan Melayu akan bersama mereka.

Ketuanan Melayu adalah satu konsep yang non-existent. Hanya sekadar retorik yang dicanangkan oleh kedua-dua kelompok politikawan ekstrim.

Seperkara sahaja, jika benar Ketuanan Melayu itu wujud saya fikir ramai orang bukan Melayu akan menolak tawaran kerakyatan pada peringkat awal kemerdekaan dulu.

Ok, kalau kita debatkan konsep Ketuanan Melayu ini, kita juga akan terjerumus kedalam ‘whirlpool’ yang sengaja direka oleh kedua-dua golongan yang saya sebut diatas itu. Kehangatan kita berdebat mengenai konsep yang ‘vague’ ini akan menyebabkan kita terus melupakan bahawa keperluan utama adalah memastikan Melayu lestari dan berdikari.

Mungkin itu juga hujah utama pengasas kemerdekaan negara untuk mendahulukan bangsa Melayu melalui dasar DEB, MARA dan sebagainya. Dengan harapan agar pada satu masa nanti, apabila padang sudah diratakan, pelari pecut Melayu mampu memiliki ’spike’ jenama Nike, sama seperti pelari pecut bangsa Cina dan India, barulah pertandingan 100meter itu menjadi lebih adil, bukan?

Ketuanan Melayu, jika disebut berulang kali boleh menzahirkan satu imej segregasi sosial serta memberikan gambaran golongan yang kuat (Melayu) menindas yang lemah (bukan Melayu). Ini tidak benar, kerana yang perlu bantuan adalah Melayu yang diakui ketinggalan pada awal merdeka dahulu. Melayu amat lemah ketika itu. Jurang sosial ini terlalu luas sehinggakan memerlukan satu dasar yang pro-Melayu agar perbedaan sosioekonomi tidak begitu ketara.

Keperluan Melayu adalah untuk ’sustain’ dan berdikari. Dan saya pasti pada Melayu sekarang sudah tidak seperti dulu. Bangsa ini sudah meningkat daripada majoriti berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana. Tidak kurang juga yang berpendapatan mewah. Persoalan sekarang, bilakah masa yang sesuai utk menarik balik ‘tongkat’ yang diberikan ini?

Mungkin masanya sekarang, tetapi adakah ianya perlu dilakukan secara drastik?

Sama juga seperti narkoba, jika digunakan dalam kuantiti yang kecil dan terkawal (pengawasan pakar perubatan), manfaatnya ’superb’. Tetapi jika disalahgunakan, tidak terkawal, ketagihan boleh bawa kepada kematian.

Sekarang tiba masa untuk Melayu tolong Melayu, bukan lagi Kerajaan tolong Melayu. Adakah seruan ini berbau perkauman? Saya rasa tidak. Saya tidak sebut pun walau sepatah seruan untuk menindas kaum-kaum lain.

Sekian.

→ 1 CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , , , , , ,

Setelah hampir 5 bulan!

November 26, 2009 · 1 Comment

Dah lama tak jenguk blog ini rupanya. Sibuk melayari blog-blog orang lain. Banyak perkara hendak diperkatakan, tapi sejak adanya facebook dan twitter, microblogging menyebabkan blog ini terbiar.

Interaksi dua-hala lebih mudah dan efektif menggunakan medium di facebook dan twitter. Blog ini boleh dimanfaatkan sebagai tempat rasmi atau arkib kepada idea-idea penulis, mungkin juga hasil daripada perbincangan di ruangan micro blog facebook dan juga twitter.

Berita gembira! Pada 10hb November 2009 tempoh hari, penulis telah akhirnya ditauliahkan dengan sijil professional MB BCh BAO BA (Perubatan) daripada University of Dublin, atau lebih dikenali sebagai Trinity College of Dublin.

Itu jugalah alasan kenapa blog ini sunyi sepi tanpa berita, kerana sepanjang lima bulan lepas sebenarnya penulis bertungkus lumus untuk mendapatkan ‘lesen doktor’ tersebut.

Alhamdulillah, pujian hanya kepada yang Maha pemurah. Sekarang, penulis berada pada landasan betul untuk mengikut jejak langkah arwah Daddy dan juga abang yang sulung, yang kini berkhidmat sebagai pakar bedah di HUSM.

Bab baru, episod baru. Perjalanan hidup akan jadi lebih mencabar selepas ini. Pelbagai pengalaman baru yang akan ditimba. Harap semuanya dapat dimanfaatkan untuk menjadikan penulis insan yang lebih berguna.

Menjadi seorang doktor adalah cita-cita sejak kecil lagi, sekarang masa untuk berkhidmat!

Ya Allah, permudahkanlah.

→ 1 CommentCategories: Uncategorized

Teoh Beng Hock’s death needs explanation not wild accusations.

July 21, 2009 · 3 Comments

I chose not to write about the sudden death of Teoh Beng Hock, the political aide of Selangor Executive Councilor in the vicinity of Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) few days ago. However today I think if justice is what all of us been trying to fight for, in my eyes looking from recent progress, most of us end up doing injustice towards others other than justice.

Unless if your school of thought permits and advocates the practice of ends justifying means, I guess you should discontinue your reading now.

Firstly, I would like to convey my condolences to the family of the deceased, and to all the mourners of his death too. I was as shocked as many of us here when I read the news and saw the horrifying picture of the body of Teoh lying still on the rooftop of Masalam Plaza, in pool of blood. As I was looking at the picture, too many questions lingered in my mind, and I was so eager to know the cause of his death.

But, I refrained from guessing what caused his death, because I think I will never be able to come to a conclusion just by observing the picture and reading the comments and articles from the internet. I can’t be doing CSI while sitting on the comfort of my chair, while taking sips from my cup of coffee. At least by doing so, I refrained myself from doing injustice to others and at the same time yearning for justice to be done to Teoh Beng Hock.

To my surprise, some of us in the online world had already made their minds, and knew wholeheartedly whose behind Teoh’s death. So it seems justice has been served – at least to them, politically too.

One day after Teoh’s death, the master of all provocateurs wrote an article telling to the finest details of how Teoh being aggressively interrogated and finally thrown out of the window. One more time, justice has been served, it seems – at least to the forever wild imaginations of the author.

In this another sad episode of Malaysian politics, someone see this as an opportunity and benefit from it, for good or bad. And the program in Kelana Jaya Stadium is the snap shot of how ‘lucky and peaceful’ Malaysia will be if this country is under the hands of Pakatan Rakyat. One thing for sure is, the judges will have more time to write their long delayed judgments because this PR people can use their crystal balls to fight crimes. Or they can just simply blame everything to BN, like what they are doing for the past 16 months. Easier said, easier done.

Justice is served when the accused is the enemy of Pakatan – so it seems.

I should be ready to face the wrath of Pakatan Rakyat supporters’ court for this article, they will not like this – I can assure you on this.

What matter the most now is for us to learn and know the due process of law, how justice is and should be served.

To implicate certain parties to be responsible for the death is an irresponsible act. To allow an uninterrupted investigations is the only sensible things to do especially when emotions run high.

Teoh Beng Hock’s death needs explanation, and not wild accusations. Those explanations can only be given if the investigations is done without external pressures to disqualify the body that is running the investigation. Yes, you might not like them, but not all policemen are jerks as what some of us think. You call them goons when they act against you, and when they are OK with you, they are now friend.

Not joining certain parties’ accusations against MACC does not make me less sympathetic, less empathetic to the families of Teoh Beng Hock. But it does make me an enemy to their (that certain parties) eyes. My way of fighting for justice to Teoh is not by making accusations, but to wait for the investigations to be completed.

I would question the action of an aide of the deceased for refusing to cooperate with police, and if I follow the ’standard operating procedure (S.O.P)’ of you-know-who, he might top the list of the possible suspects. After all who would not be suspicious of such refusal to cooperate. And speaking of suspicion, I would be careful or suspicious with someone who showed ‘extra’ anger and reacted in unusual manner (i.e shouting, kicking the door). Haven’t you heard of a story of a kidnapper who pretended to help and participate in search and rescue team to find the body of already murdered victim? Those kind of bastards do exists. (If and only if I follow ‘their’ S.O.P)

I’m not saying MACC should not be held responsible, they should if they are, but if they are not guilty, should they? Who knows they are guilty even before investigations are done?

Well only if you own a crystal ball.

Justice for Beng Hock!

→ 3 CommentsCategories: Uncategorized
Tagged: , , ,