Tag Archives: melayu

Retorika Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu adalah suatu konsep yang wujud hanya untuk dimanfaatkan oleh dua golongan.

Golongan pertama adalah mereka yang ingin berselindung di sebalik konsep ‘ghaib’ tersebut untuk mengaut keuntungan. Memastikan Melayu sentiasa menjadi ‘Tuan’, agar senang untuk menjalankan agenda jahat mereka….

Golongan kedua pula adalah mereka yang sengaja menimbulkan konsep Ketuanan Melayu ini agar masyarakat akan melihat bahawa kerja orang Melayu hanya ingin menindas orang bukan Melayu. Tentu, jika mereka konsisten, bukan Melayu akan bersama mereka.

Ketuanan Melayu adalah satu konsep yang non-existent. Hanya sekadar retorik yang dicanangkan oleh kedua-dua kelompok politikawan ekstrim.

Seperkara sahaja, jika benar Ketuanan Melayu itu wujud saya fikir ramai orang bukan Melayu akan menolak tawaran kerakyatan pada peringkat awal kemerdekaan dulu.

Ok, kalau kita debatkan konsep Ketuanan Melayu ini, kita juga akan terjerumus kedalam ‘whirlpool’ yang sengaja direka oleh kedua-dua golongan yang saya sebut diatas itu. Kehangatan kita berdebat mengenai konsep yang ‘vague’ ini akan menyebabkan kita terus melupakan bahawa keperluan utama adalah memastikan Melayu lestari dan berdikari.

Mungkin itu juga hujah utama pengasas kemerdekaan negara untuk mendahulukan bangsa Melayu melalui dasar DEB, MARA dan sebagainya. Dengan harapan agar pada satu masa nanti, apabila padang sudah diratakan, pelari pecut Melayu mampu memiliki ‘spike’ jenama Nike, sama seperti pelari pecut bangsa Cina dan India, barulah pertandingan 100meter itu menjadi lebih adil, bukan?

Ketuanan Melayu, jika disebut berulang kali boleh menzahirkan satu imej segregasi sosial serta memberikan gambaran golongan yang kuat (Melayu) menindas yang lemah (bukan Melayu). Ini tidak benar, kerana yang perlu bantuan adalah Melayu yang diakui ketinggalan pada awal merdeka dahulu. Melayu amat lemah ketika itu. Jurang sosial ini terlalu luas sehinggakan memerlukan satu dasar yang pro-Melayu agar perbedaan sosioekonomi tidak begitu ketara.

Keperluan Melayu adalah untuk ‘sustain’ dan berdikari. Dan saya pasti pada Melayu sekarang sudah tidak seperti dulu. Bangsa ini sudah meningkat daripada majoriti berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana. Tidak kurang juga yang berpendapatan mewah. Persoalan sekarang, bilakah masa yang sesuai utk menarik balik ‘tongkat’ yang diberikan ini?

Mungkin masanya sekarang, tetapi adakah ianya perlu dilakukan secara drastik?

Sama juga seperti narkoba, jika digunakan dalam kuantiti yang kecil dan terkawal (pengawasan pakar perubatan), manfaatnya ‘superb’. Tetapi jika disalahgunakan, tidak terkawal, ketagihan boleh bawa kepada kematian.

Sekarang tiba masa untuk Melayu tolong Melayu, bukan lagi Kerajaan tolong Melayu. Adakah seruan ini berbau perkauman? Saya rasa tidak. Saya tidak sebut pun walau sepatah seruan untuk menindas kaum-kaum lain.

Sekian.

Kenapa susah sangat untuk berbincang?!

Saya pernah menulis satu artikel di blog http://www.ruzaimiramza.wordpress.com menyentuh mengenai isu muzakarah ketika ia mula-mula timbul dalam perbualan politik tanahair. Pada waktu itu usaha ini melibatkan Tun Abdullah Badawi dan beberapa pemimpin PAS yang lain. Lebih kurang setahun selepas itu, perkara ini masih lagi hangat dibincangkan. Lebih-lebih lagi setelah berakhirnya Muktamar PAS ke-55 tempoh hari. Hampir setahun ‘bertikam lidah’, usaha baik untuk berbincang ini masih belum kelihatan.

https://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/07/20/bermuzakarahlah/

Di dalam artikel yang saya tulis, saya konsisten dengan saranan dan desakan saya agar segala bentuk perbincangan atau muzakarah ini diusahakan dan diteruskan. Untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah, kita harus bersemuka dengan masalah tersebut, dan bukannya lari daripadanya. Begitu juga dalam hal ini, apabila PAS mendakwa parti UMNO secara sejarahnya telah menjadikan muzakarah ini suatu yang mustahil bagi PAS, maka sewajarnya PAS perlu bersemuka secara terus dengan UMNO.

Memetik daripada artikel yang sama;

“Meletakkan segala perbezaan ditepi, dan menumpukan usaha kepada sasaran yang dipersetujui bersama adalah usaha politik yang teramat matang. Sebarang usaha kearah itu melambangkan kesediaan pemimpin untuk meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya termasuklah keegoan sesebuah parti politik itu. Maka saya menyokong usaha muzakarah PAS-UMNO”

Sebenarnya tiada apa lagi yang perlu saya tambah didalam artikel tersebut, cuma saya ingin melontarkan persoalan dan kekecewaan saya kerana begitu lama masa yang diambil untuk menzahirkan muzakarah yang boleh menyelesaikan banyak isu-isu yang melibatkan rakyat dan negara.

Berdasarkan komentar yang diterima pula, sudah tentu ada yang menyokong dan ada pula yang skeptikal dengan pelawaan UMNO kali ini. Namun, harus diperhatikan, inisiatif muzakarah ini dicetuskan oleh Presiden PAS sendiri, mungkin atas kebimbangan beliau terhadap beberapa isu yang mungkin hanya dapat diselesaikan melalui muzakarah PAS-UMNO.

Namun, saya percaya, tiada siapa yang berada didalam kewarasan ingin menolak idea perpaduan. Walaupun usaha awalnya lebih menjurus kepada isu Islam-Melayu, namun jika perpaduan dapat dicapai dalam kelompok Islam-Melayu, tentunya Malaysia akan menikmati kesan-kesan positif daripada penyatuan tersebut. Jika kita meletakkan kesetiaan dan kepentingan parti politik melebihi segala-galanya, dinding perbedaan ideologi politik akan sentiasa menjadi penghalang utama perpaduan di Malaysia walau dalam apa bentuk sekalipun.

Mudah sahaja sifir yang saya guna, jika seseorang itu meletakkan kepentingan negara bangsa mengatasi kepentingan politik peribadi mahupun sesetengah kelompok tertentu, nyata idea bermuzakarah ini tidak akan menjadi masalah pun. Malahan, akan disokong sebulat suara. Pada saya politik kepartian ‘berakhir’ selepas keputusan pilihanraya diumumkan, kerana selepas itu adalah masa untuk bekerja untuk rakyat.

Terlalu sukar untuk kita duduk semeja berbincang sesama sendiri walhal yang hendak dibincangkan adalah hal masa hadapan negara bangsa sendiri. Mungkin sesetengah pihak dibayangi nostalgia lama, sampai bila kita hendak dihantui memori lama, bak kata pepatah Inggeris, ‘It’s time to move on’.

Terlalu lama masa diambil untuk merealisasikan impian ramai rakyat Malaysia yang sudah muak-bosan dengan terlalu banyak politiking didalam negara ini. Mereka mahukan affirmative action, dan melalui muzakarah ataupun perbincangan meja bulat, saya percaya banyak perkara yang mampu pemipin-pemimpin daripada kedua-dua pihak persetujui.

Sememangnya isu ini juga adalah merupakan satu ujian buat pemimpin-pemimpin dan juga pada mereka yang mengimpikan untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Ujian untuk menetukan adakah mereka ini merupakan seorang negarawan atau sebaliknya. Tepuk dada tanya hati (bukan parti).

Saya akhiri nota ini dengan memetik kata-kata akhir yang diambil daripada artikel saya yang pada pandangan saya masih lagi relevan walaupun sudah hampir setahun ditulis.

“Apabila ada yang berani bersemuka menyatakan kekecewaan, cuba merungkai sebarang perselisihan, dan lebih penting lagi cuba mengemblengkan usaha diatas objektif yang dipersetujui bersama melalui dua platform yang berbeza, ada pula yang bersangka buruk.

Saya berpendapat, perbezaan adalah satu rahmat, persetujuan memerlukan hikmah dan hasil daripada persefahaman adalah berkat.

Pendapat saya, bermuzakarahlah demi rakyat!”

I’m a Malay and I disagree with Ahmad Ismail

Not another one, Ahmad Ismail. Sigh. I wonder how much more dangerously disturbing remarks we have to endure coming out from this guy’s mouth. Sometimes being too passionate of own race also is not the cleverest thing to do especially when we are living in a country where we embrace multiracial cultures and practices,and multi religious beliefs. No man is an Island. Even Penang itself doesn’t consist of a single race, majority are Chinese dwellers and there are Malays and Indians too.

True UMNO is a party of Malay race, a party that is build to defend Malay rights from British Malayan Union. But that doesn’t give a license to any UMNO members to hurt the feelings of non-Malays. I am a Malay myself, and I believe Malaysia will not be Malaysia if we Malaysians do not observe and practice racial harmony and respect toward each others cultures and religious beliefs.

Ahmad, I know you are man of your words. But I am leaving you with this peribahasa from our nenek moyang, “Kerana mulut badan binasa”. I am a Malay and I DISAGREE with you, Ahmad Ismail.

Owh, to the guy who tore Tan Sri Koh’s picture, if ever I see your picture hanged on the wall, I’ll take it down and tear it into half too. Owh anyway, where on earth can i find that?

I strongly urge Pak Lah to take stern actions on both, well I just think that they need to be disciplined after this latest press statement.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau “sangat tidak gembira” dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semalam yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya,”

And, I am happy that our Police and Armed Forces are forever ready to combat our ‘musuh dalam selimut’.

Armed Forces chief General Tan Sri Abdul Aziz Zainal has proposed that the Government take stern action against those who stoke racial sentiments.

He said racial issues should not be raised as it could create chaos and disorder.”

Racial issues are the most feared by security forces as they could lead to chaos. They are a security threat,” he said at the Wanita Umno Hari Raya contribution presentation to the Armed Forces and the police at the Putra World Trade Centre here on Tuesday.

Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said street politics is under control and peace is upheld.

He added that the police force is in a state of readiness to face such occurrences.

We are ready to work day and night, rain or shine, without food and drink to ward off such threats,” he said.

Malaysiakini – Gerakan P. Pinang putus hubungan dengan UMNO Negeri

Malaysiakini – PM: Ahmad akan dikenakan tindakan sewajarnya

Tun Mahathir Isytihar Keluar UMNO (update #3)

Lagi satu tindakan berani, UMNO kehilangan mungkin gentleman Melayu terakhir yang berani mempertahankan tindakan beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dahulu seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan lain-lain semuanya punyai pendirian yang tak mudah goyang.

Apapun, Tun punyai sebab musabab kenapa UMNO yang dibela sekian lama, ditinggalkan jua. Bagai seorang ayah yang meletakkan tanggungjawab kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri, salah satu proses untuk menguatkan jatidiri UMNO.

Tun adalah seorang yang berani menyatakan apa yang salah, dan apa yang benar. Jika tidak, masakan di dalam ucapan beliau di hadapan pemimpin-pemimpin Asia Barat, beliau mengatakan Israel telah menguasa dunia melalui proksi, dalam rancangan Hardtalk, Tun lantang mengkritik Amerika, dan British sendiri (negara dimana wawancara tersebut dijalankan) berkenaan dasar mereka yang menyokong perang di Iraq. Tun seorang yang konsisten dan bagi saya, mesej besar pengunduran Tun daripada UMNO jika dilihat hanya sebagai satu tindakan ekoran kekecewaan Tun sahaja, akan mengundang padah yang lebih besar bukan sahaja kepada perpaduan UMNO, malah kestabilan politik negara. Continue reading

Sebulan pasca PRU-12: Babi pula yang diberi perhatian

Pasca pilihanraya umum ke-12 menyaksikan satu aura kesedaran politik yang merebak ke seluruh negara, dari Perlis sampai ke Sabah, merentasi lautan-lautan utama dunia ke seantero dunia, dimana manusia bernama Malaysian boleh ditemui. Kesempatan ini, diguna pakai sebaik-baiknya oleh sesetengah pihak yang berideologi tertentu untuk mempengaruhi minda-minda politikus bidan terjun yang hanya akur kepada situasi semasa, menurut pada kekuatan gelombang arus politik dek bimbang digelar ketinggalan zaman ataupun tidak mahu terasa tersisih dan terasa lost dalam perbincangan politik tanahair yang masih lagi hangat diperkatakan ramai. 

Seperti jua rakan-rakan yang lain, penulis akur akan kegagahan aura ini, namun bezanya penulis mungkin telah lama cakna pada isu ini.

Apa yang sibuk diperdebatkan sekarang adalah isu babi. Menarik bukan? Marilah kita meneliti isu ini tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, dan tanpa fear or favour. Babi pada pandangan bukan melayu yakni non-muslim adalah sumber makanan. Bagi orang melayu pula (muslim), babi pula adalah seteruk-teruk najis yang haram dimakan, dan juga tidak diharuskan disentuh. Melihat dari luar kotak, babi adalah ujian Allah s.w.t akan toleransi manusia di muka bumi ini. Yang mana satu pihak akan melihat, ‘najis’ menjadi santapan perut. Manakala pihak yang lagi satu pula akan tertanya, bagaimana mungkin makanan harian mereka dipandang sebegitu hina. Pada saya inilah sesukar-sukarnya ujian pada toleransi kaum yang ada di Malaysia. Continue reading