Tag Archives: Ketuanan Melayu

Retorika Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu adalah suatu konsep yang wujud hanya untuk dimanfaatkan oleh dua golongan.

Golongan pertama adalah mereka yang ingin berselindung di sebalik konsep ‘ghaib’ tersebut untuk mengaut keuntungan. Memastikan Melayu sentiasa menjadi ‘Tuan’, agar senang untuk menjalankan agenda jahat mereka….

Golongan kedua pula adalah mereka yang sengaja menimbulkan konsep Ketuanan Melayu ini agar masyarakat akan melihat bahawa kerja orang Melayu hanya ingin menindas orang bukan Melayu. Tentu, jika mereka konsisten, bukan Melayu akan bersama mereka.

Ketuanan Melayu adalah satu konsep yang non-existent. Hanya sekadar retorik yang dicanangkan oleh kedua-dua kelompok politikawan ekstrim.

Seperkara sahaja, jika benar Ketuanan Melayu itu wujud saya fikir ramai orang bukan Melayu akan menolak tawaran kerakyatan pada peringkat awal kemerdekaan dulu.

Ok, kalau kita debatkan konsep Ketuanan Melayu ini, kita juga akan terjerumus kedalam ‘whirlpool’ yang sengaja direka oleh kedua-dua golongan yang saya sebut diatas itu. Kehangatan kita berdebat mengenai konsep yang ‘vague’ ini akan menyebabkan kita terus melupakan bahawa keperluan utama adalah memastikan Melayu lestari dan berdikari.

Mungkin itu juga hujah utama pengasas kemerdekaan negara untuk mendahulukan bangsa Melayu melalui dasar DEB, MARA dan sebagainya. Dengan harapan agar pada satu masa nanti, apabila padang sudah diratakan, pelari pecut Melayu mampu memiliki ‘spike’ jenama Nike, sama seperti pelari pecut bangsa Cina dan India, barulah pertandingan 100meter itu menjadi lebih adil, bukan?

Ketuanan Melayu, jika disebut berulang kali boleh menzahirkan satu imej segregasi sosial serta memberikan gambaran golongan yang kuat (Melayu) menindas yang lemah (bukan Melayu). Ini tidak benar, kerana yang perlu bantuan adalah Melayu yang diakui ketinggalan pada awal merdeka dahulu. Melayu amat lemah ketika itu. Jurang sosial ini terlalu luas sehinggakan memerlukan satu dasar yang pro-Melayu agar perbedaan sosioekonomi tidak begitu ketara.

Keperluan Melayu adalah untuk ‘sustain’ dan berdikari. Dan saya pasti pada Melayu sekarang sudah tidak seperti dulu. Bangsa ini sudah meningkat daripada majoriti berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana. Tidak kurang juga yang berpendapatan mewah. Persoalan sekarang, bilakah masa yang sesuai utk menarik balik ‘tongkat’ yang diberikan ini?

Mungkin masanya sekarang, tetapi adakah ianya perlu dilakukan secara drastik?

Sama juga seperti narkoba, jika digunakan dalam kuantiti yang kecil dan terkawal (pengawasan pakar perubatan), manfaatnya ‘superb’. Tetapi jika disalahgunakan, tidak terkawal, ketagihan boleh bawa kepada kematian.

Sekarang tiba masa untuk Melayu tolong Melayu, bukan lagi Kerajaan tolong Melayu. Adakah seruan ini berbau perkauman? Saya rasa tidak. Saya tidak sebut pun walau sepatah seruan untuk menindas kaum-kaum lain.

Sekian.