Tag Archives: agendadaily

Debat Penstrukturan Subsidi: Satu Analisa

Saya baru sahaja selesai menyaksikan secara langsung debat penstrukturan subsidi di saluran RTM1. Debat tersebut melibatkan YAB Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Hanafiah Man, pengendali agendadaily.com dan Syed Munawar selaku penganalisis bebas. Jika boleh dihuraikan dalam satu perkataan, debat tersebut ‘mengecewakan’. Menyedari akan hakikat memang mudah kita melihat titik hitam kecil di atas kertas putih yang besar, saya terpaksa mengambil pandangan gelas-separuh-penuh semasa menyaksikan rancangan tersebut.

Kecewa

Saya kecewa kerana, moderator tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam perbincangan tadi. Seringkali pendebat-pendebat menyimpang daripada soalan yang ditanya dan kadang-kadang langsung tidak menjawab soalan. Debat ini lebih merupakan perlumbaan untuk satu pihak menunjukkan kepada dunia yang dia tahu selok-belok urusniaga petroleum ini dengan memetik rujukan majalah ekonomi, ucapan Tun Abdul Razak dan juga petikan laporan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Saya juga kecewa kerana pihak yang lagi satu pula juga turut hanyut dengan persoalan-persoalan yang menjurus kepada hujah-hujah berbentuk pro tindakan popular berbanding tindakan yang prudent. Saya mendengar begitu banyak sekali perkataan-perkataan seperti ketelusan, bebas korupsi dan prudent digunakan dalam program tadi. Namun, jelas sekali maksud prudent itupun secara dasarnya tidak disepakati oleh kedua-dua pihak. Continue reading