Bahaya Matlamat Menghalalkan Cara

Blog ini pernah membincangkan mengenai bagaimana sesetengah pihak cuba memalitkan persepsi buruk terhadap musuh mereka melalui pelbagai cara asalkan matlamat mereka tercapai.

Umum telah sedia maklum bahawa suhu politik Malaysia tidak pernah turun melepasi paras mendidih, airnya sentiasa berkocak dan menggelegak. Perkataan suam suam kuku mungkin sudah tidak wujud lagi dalam lautan politik Malaysia. Semuanya panas sahaja, demikian juga dengan cuaca di negara ini.

Memang benar, all is fair and equal in war and love, namun sebagai manusia yang bertamadun dan berakal, tidak seharusnya kita patuh kepada falsafah tersebut secara membuta-tuli.

Sejauh mana seseorang itu sanggup untuk merendahkan diri sendiri dengan menggunakan cara yang sangat tidak beretika, melanggar undang-undang serta tidak bermaruah untuk memastikan sasaran akhir mereka tercapai?

Dalam salah satu daripada episod drama politik tanahair yang sungguh berwarna-warni ini, ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan secara mengedarkan gambar palsu yang telah diedit menggunakan komputer demi memastikan rakyat akan mendapat mesej palsu yang cuba disampaikan. Jika sekalipun ramai yang tidak percaya,  memadai jika persepsi yang cuba disampaikan melalui gambar tersebut tertanam di minda mereka yang melihatnya.

Jika perkara ini dilakukan oleh cybertroopers parti dikalangan ahli-ahli biasa, mungkin kita boleh memaafkan enthusiasm ahli tersebut. Kita mungkin boleh lagi bersangka baik, mungkin beliau hanya ingin menonjolkan diri agar dihargai oleh pemimpin atasan. Tetapi perkara keji ini dilakukan oleh seseorang yang bertaraf Ketua Penerangan Parti politik, diletakkan pula didalam blog beliau, tidak cukup dengan itu, disebarkan pula kepada umum melalui ceramah-ceramah politik bagaikan peristiwa tersebut benar-benar berlaku.

Gambar sahaja mungkin tidak mencukupi, usaha untuk memburukkan sesuatu individu perlu lebih daripada satu cara. Artikel-artikel liar pula dihasilkan, dengan olahan cerita yang sangat menarik, pembaca boleh hanyut didalam kronologi dan jalan cerita yang sangat mencabar imaginasi itu. Dilakarkan tempat kejadian pembunuhan seorang model Mongolia dengan bayangan-bayangan watak-watak yang tertentu mengikut imaginasi penulis.

Akuan bersumpah sudah menjadi seperti tisu tandas, boleh ditulis, dan dimanipulasi mengikut kemahuan dan matlamat akhir masing-masing. Setelah selesai, yang membuat akuan tersebut akan ‘lenyap’ secara tiba-tiba. Dan tentunya plot cerita lebih menarik dan pembaca akan lebih seronok jika yang me’lenyap’kan si pembawa ‘kebenaran’ itu adalah watak antagonis yakni sasaran persepsi tersebut.

Pelbagai lagi usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan persepsi ini tertanam dalam minda umum, melalui blog-blog mereka yang berkopiah, yang memakai skirt, berbaju petak-petak merah, dan juga mereka yang tidur terselak kain. Bagai sudah hilang rasa takut menyebarkan fitnah. Atau mungkin sesetengah bloggers sendiri sangsi dengan fakta-fakta tersebut, tetapi demi mencapai matlamat, musuh politik hendaklah dijatuhkan by hook or by crook.

Selesai sudah usaha mereka memalitkan persepsi melalui cara-cara yang diragui status ‘halal’nya itu, mereka bingkas pula meminta tertuduh untuk membersihkan nama daripada persepsi yang mereka sendiri palitkan.

Portal berita online seperti Malaysia-Today juga memainkan peranan utama dalam memastikan persepsi ini bukan sahaja tertanam, malahan terus segar dalam minda setiap rakyat Malaysia. Malaysia-Today yang cuba dicorakkan portal tersebut adalah Malaysia yang mana rakyatnya mudah diperkotak-katikkan dan dipengaruhi dengan fakta separuh benar-separuh palsu. Malaysia hari ini yang diidamkan adalah Malaysia yang menghargai usaha menyebarkan fitnah lebih daripada usaha untuk mencari kebenaran.

Terbaru, portal berita popular tersebut, dalam usaha terbarunya untuk terus memburukkan nama Polis Diraja Malaysia, PDRM, telah memuatnaik video yang terang-terangan tidak melibatkan pihak PDRM, namun dinukilkan dengan begitu licik sekali agar pembaca-pembaca dapat ditipu hidup-hidup, dan matlamat mereka iaitu meng’hitam’kan nama PDRM akan tercapai. Satu cubaan yang menjijikkan pada pandangan saya, dan seharusnya dilihat sebagai cubaan memutarbelitkan fakta dan merosakkan kredibiliti PDRM.

Malangnya, tentunya ada sahaja golongan yang telah buta mata hatinya, ataupun sudah taksub dengan ‘ilmu’ ajaran Malaysia Today ini. Walaupun pada mata kasar pun sudah jelas video tersebut tidak melibatkan PDRM langsung, namun pada mereka apa sahaja yang disajikan ‘tuan’ mereka, mereka akan makan dan jilat.

Ini bukan kali pertama ‘kesilapan teknikal’ sebegini berlaku. Sayangnya, Malaysia Today mungkin menyangka setelah sekian lama, rakyat Malaysia sudah dibrainwash oleh tulisan-tulisan yang diterbitkan portal tersebut. Di bantu pula oleh Malaysiakini yang semakin hari semakin menampakkan kecenderungan mereka yang satu ketika dahulu cuba menonjolkan merekalah media yang tidak berat sebelah dan sebagainya.

Saya bimbang sekiranya, amalan-amalan matlamat mengahalalkan cara ini telah lama menjadi modus operandi mereka yang anti-establishment. Ianya bukan sahaja salah dari segi etika, undang-undang dan dari sudut moraliti, perbuatan-perbuatan keji sebegini akan menjadikan fitnah dan pemalsuan fakta sebagai perkara biasa dalam masyarakat dan lama kelamaan diterima sebagai norm.

Golongan-golongan muda adalah kumpulan paling ramai menggunakan internet sebagai sumber maklumat utama, dan pemalsuan fakta serta fitnah amat berleluasa dengan ganas sekali di alam internet ini. Selagi kita mengambil jalan untuk menelan sahaja apa yang diberitahu oleh ‘idola’ dan sesiapa sahaja yang disokong, padahnya ialah apabila mereka ini berkuasa kelak.

Tapis segala maklumat yang diterima, jangan ditelan bulat-bulat. Setiap cerita punyai dua sudut, dan kita perlu menilai sesuatu cerita selepas melihat dan menganalisa secara adil dan saksama. Kematangan politik tanahair bermula dengan generasi muda yang prihatin dan bertanggungjawab.

Mereka sudah biasa dan lali dengan modus operandi ‘matlamat menghalalkan cara’, sudah tentu apabila mempunyai kuasa yang lebih besar, kita seharusnya menjangkakan ‘kejutan-kejutan’ yang lebih besar.

Memetik rangkap daripada puisi bekas Mufti Perlis, carilah ganti berbudi tinggi. Bukan perompak ganti pencuri .

END.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s