Cerekarama: Singh is King!

Hansard isu Karpal Singh di Dewan Rakyat

Dewan Rakyat 25/02/09

Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini ada beberapa tohmahan yang diarahkan kepada saya 100 laporan polis ada dilaporkan terhadap saya. Barangkali Tuan Yang di-Pertua ini jadi satu rekod dalam dunia. 100 laporan polis, dua peluru Tuan Yang di-Pertua. Bawah peruntukan seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri ada peruntukan. Jika seseorang memiliki satu peluru jika didakwa dalam mahkamah didapati salah hukuman adalah mandatori maut. Saya mahu dapat tahu di mana Pemuda UMNO ini, celaka ini dapat dua peluru ini.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Apa ini? Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tarik baliklah perkataan tersebut, ini unparliamentary.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, celaka.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Mana dia boleh kata Pemuda UMNO.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua ini bukan dituju kepada sesiapa dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ya tetapi jangan cakap Pemuda UMNO. Ada bukti tidak?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kerana Pemuda UMNO ini adalah celaka.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tarik balik Tuan Yang di-Pertua ini sudah gila ke?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-Pertua tarik baliklah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan ganggu saya.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mana ada bukti Pemuda UMNO ada peluru.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Eh rasa pedas kah?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Sangkaan Pemuda UMNO ada peluru mana ada.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Cakap kurang ajar boleh. Kalau saya cakap boleh?

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tarik baliklah, minta tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tunggu Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau semua kita cakap Yang Berhormat siapa yang hendak dengar lagi?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan main.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jangan main apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau tidak perlu duduklah Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Okey sudah duduk semua. Bukit Gelugor teruskan ucapan tetapi saya tidak hendak dengar lagi celaka ini Yang Berhormat. Ini sepatutnya tidak dipakailah Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kerana ini adalah apa yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bukan soal …

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bukan soalan…

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Mana ada benar Pemuda UMNO celaka.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya tidak mahu ada sesiapa mengganggu saya, Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya tidak mahu dengar perkataan itu lagi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya ada hak untuk bercakap apa yang betul. Ini betul, kebenaran.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta…

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Pemuda UMNO adalah celaka.

Beberapa Ahli: [Bangun] [Menyampuk]

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta Yang Berhormat tarik balik celaka ini.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ada demonstrasi, Tuan Speaker di Pulau Pinang.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dia memang hendak mencabar sebenarnya.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Hendak mencabar ini, memang hendak mencabar.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kita tidak mahu ada orang gila ada dalam Dewan ini.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Bukit Gelugor sengaja hendak mencabar.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, perkataan ini memang tidak boleh dipakai, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta tadi jangan Yang Berhormat sebut lagi perkataan ‘celaka’ tetapi masih keluar juga. Itu sahaja. Jadi siapa yang Yang Berhormat sumpah…

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baiklah, Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: …tetapi perkataan ini memang tidak boleh dipakai.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika Tuan Speaker tidak sukai, saya tarik balik. Itu tidak ada apa-apa masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ha, tarik balik, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya sudah tarik balik.

Seorang Ahli: Duduk, duduk!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tarik balik, sudah tarik balik.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk yang lain. Jangan ganggu lagilah. Dengar sahaja.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya. 100 laporan polis, siapa buat semua ini? Saya memberi amaran kepada Pemuda UMNO, jangan main-main dengan saya.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tarak takut punyalah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan lupa…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dengan Permatang Pauh, kenapa pengecut?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mula-mula suruh minta bertaubat, sekarang jadi takut Permatang Pauh. Siapa yang pengecut?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Siapa yang takut?

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Baru balik haji itu. Minta laluan Tuan Speaker dahulu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Speaker.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini Pengerusi DAP ini tidak ada taringlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kuala Krau, sudahlah. Sila, sila Yang Berhormat, teruskan.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan main-main dengan saya. [Ketawa] [Disampuk] Jangan lupa King is Singh and Singh is King. [Ketawa] [Tepuk]

Bersambung di bahagian ke-2, sila rujuk mukasurat 69-73 Hansard Dewan Rakyat 26/02/09

Advertisements

One response to “Cerekarama: Singh is King!

  1. Just passing by.Btw, you website have great content!

    ______________________________
    Don’t pay for your electricity any longer…
    Instead, the power company will pay YOU!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s