Mencari titik penyelesaian di Perak? ~ Ref Malaysiakini

Seperti kata seorang rakan, “politik Malaysia lain, tidak ikut buku”. Saya hanya mampu menangguk bersetuju. Perkembangan terkini di Perak lagi menguatkan pendapat tersebut. Untuk mereka yang masih tidak tahu, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan. Kedua-dua entiti ini adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. Runtuh sistem demokrasi, runtuhlah institusi raja, dan begitulah sebaliknya.

Banyak yang kita boleh pelajari dan teladani daripada krisis politik+perlembagaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana pentingnya hubungan Dewan Undangan Negeri dan Istana, dan akibat jika kedua-duanya tidak bersefahaman.

Saya melihat peranan Sultan sebagai bukan hanya simbol kepada kekuatan bangsa Melayu, sebaliknya adalah sebagai ‘buffer’ kepada sistem demokrasi sedia ada yang dipraktikkan di Malaysia. Inilah keunikan Malaysia, unik tak semestinya positif, dan tidak juga semestinya negatif.

Beberapa opsyen untuk menyelesaikan masalah di Perak boleh dipertimbangkan,  opsyen ini juga secara tidak langsung akan menampakkan peranan Sultan yang  amat kritikal dalam membentuk kerajaan. Kita seharusnya tidak lupa, di setiap negeri di Tanah Melayu, kerajaan negeri dipayungi Istana, sejarah juga telah membuktikannya.

Antara opsyen yang ada;

1. Menerima cadangan Ir Nizar untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya

2. Menolak cadangan membubarkan DUN, dan mencadangkan sidang tergempar untuk undi tak percaya

3. Mencadangkan perletakan jawatan MB dan Exco dari kerajaan terdahulu yang sudah hilang kepercayaan majoriti ahli DUN.

4. Meneruskan kerajaan minoriti terdahulu, sehingga kes ‘surat letak jawatan tak bertarikh’ selesai di Mahkamah.

Opsyen pertama adalah opsyen pilihan PR dan bukan BN. Walaupun keputusan mungkin belum dipastikan memihak kepada PR mahupun BN (disebalik keyakinan PR untuk menguasai 2/3, BN juga yakin menang jika p/raya diadakan – kedua-duanya cakap politik – doesn’t carry much weight) pilihanraya negeri juga akan menyebabkan;

  • 1. Kos yang tinggi untuk mengadakan p/raya negeri
  • 2. Komitmen rakyat/kerajaan menyimpang daripada isu ekonomi dan kesan kemelesetan terhadap negara.
  • 3. Tiada jaminan keadaaan ‘seri’ antara PR-BN tidak akan berulang lagi.
  • 4. Cara ini adalah labour dan cost exhaustive. Yang seronok hanyalah ahli politik dan bukannya rakyat.

Opsyen kedua adalah bersifat ‘gentleman’ dan juga sebagai membuktikan MB sudah hilang kepercayaan majoriti ahli DUN di dalam Dewan. BN sepatutnya berusaha agar sidang tergempar diadakan dan pertukaran kuasa dilakukan melalui dewan yang mulia.

Opsyen ketiga pula akan menimbulkan kontroversi ‘campur tangan’ Istana dalam badan eksekutif, di mana Sultan hanya berperanan untuk melantik dan tidak memecat MB. Isu letak jawatan adalah bergantung kepada soal maruah MB, jika benar ahli sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan pegawai-pegawai beliau, seharusnya beliau undur.

Namun, jumlah ADUN yang cenderung kepada BN adalah terlalu kecil untuk memaksa MB meletakkan jawatan diluar kuasa dewan ditambah pula dengan dakwaan dua ADUN (Behrang dan Changkat Jering) yang mana kedudukan mereka dalam DUN dipersoalkan (walaupun SPR telahpun mengumumkan tiada kekosongan pada kerusi DUN yang diwakili mereka)

Opsyen keempat pula adalah opsyen yang tidak digemari BN. Dalam politik macam-macam boleh berlaku dalam jangkamasa sepuluh hari, sebagai contoh ADUN Bota boleh menyertai 2 parti dalam jangkamasa 10 hari. Menakjubkan bukan? Jika hendak ditunggu keputusan mahkamah, macam-macam boleh jadi.

Jika kita beranggapan kita tahu segala-galanya, tiada guna meneruskan bacaan anda sehingga ke tahap ini. Kerana kita tahu sedikit mengenai perlembagaan, sedikit mengenai Institusi diraja tidak bermakna kita ahli dalam isu ini. Oleh sebab itulah saya tidak tahu apakah jalan penyelesaian terbaik untuk krisis poltik+perlembagaan yang melanda Perak ini.

Jika kita ikut emosi penyokong PR – sudah tentu Sultan silap langkah kerana tidak bersama mempertahankan kerajaan Nizar. Dan jika kita ingin berkongsi senyuman dengan penyokong BN – dikata pula kita ini tidak demokratik.

Minggu lepas, ADUN Bota dalam langkah pertamanya menyertai PKR, tiada satu pun isu letak jawatan supaya p/raya semula diadakan timbul, malah kehadiran beliau disambut sebagai wira, siap dengan sambutan penuh keyakinan pemimpin tertinggi PR dengan menyatakan ianya akan memulakan gelombang baru. Ramai dijangka akan melompat ke dalam PR sebagai domino effect – ketika itu lompat masih lagi dianggap bermaruah!

Tidakkah saya katakan dalam politik 10 hari adalah tempoh yang panjang, sekarang lompat itu sudah jadi perkara yang paling dibenci dan digeruni oleh PR. Kegopohan dan overconfident adalah tendon achilles pemimpin tertinggi PR, kegopohan dan kegelojohan ini jugalah yang telah membuka ‘floodgate’ kepada lompat-melompat ini. Apabila ADUN BN ‘dicuri’ ia seakan memberi lampu hijau buat BN untuk membalas tembakan dengan ‘mencuri’ daripada kantung mereka pula.

Salah siapa semua ini berlaku? Ingat kita bukan hendak mencari kesalahan, kita hanya ingin belajar dari kesilapan orang lain.

Apakah ada penyelesaian krisis di Perak ini? Ada, asalkan kita terus menghormati prinsip demokrasi dan institusi diraja mengikut lunas-lunas yang ada dalam perlembagaan negeri dan negara.

Artikel-artikel yang wajar dibaca

http://www.malaysiakini.com/news/97651

http://www.malaysiakini.com/news/97687

http://www.malaysiakini.com/news/97620

http://nobisha.blogspot.com/2009/02/apa-salah-nizar-apa-betul-najib.html

http://kadirjasin.blogspot.com/2009/02/implikasi-tumbangnya-kerajaan-pr-perak.html

http://msomelayu.blogspot.com/2009/02/politik-tempoyak-8.html

Advertisements

5 responses to “Mencari titik penyelesaian di Perak? ~ Ref Malaysiakini

  1. jangan main-main la kawan. ini politik sampai derhaka sultan. cukup dah penat kami dengar cerita politik. beras dah habis…

  2. boy dgn tindakan umno yg membelakangi pilihan rakyat last election 08, percaya la coming election umno will be worse than now..believe it or not we will see in 4 years time..

    dgn keadaan umno yg terlibat dgn politik wang yg tak habis diperkatakan, how the leadership esp najib razak wants to win peoples’ heart? this is the beginning of demolition of democracy in malaysia and one day people can start arguing the constitutions that symbolize highest law in malaysia

    moga allah melindungi seluruh rakyat malaysia

  3. yeop,

    raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Dalam hal ini kita kena lihat adakah Sultan bertindak dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Jika ya, rakyat yang menentang itu barulah betul-betul derhaka. Jika tanya Anwar tentu Sultan silap, jika tanya Najib tentu Sultan betul, kita bukan Anwar dan kita bukan Najib, maka buatlah pilihan sendiri.

  4. mujedn,

    setuju, moga Allah melindungi seluruh rakyat Malaysia.

    soalan: melindungi daripada apa? daripada politik matlamat menghalalkan cara ataupun fitnah yang berleluasa? Kedua-duanya bukan?

    sila baca tulisan raja petra bertajuk ‘what more to say’, dan lihat krisis yang berlaku di Perak dalam beberapa angles (strategi politik, soal legality, moral, dan bentuk retaliation rakyat)

    soal strategi politik: mengalahkan ‘cakap besar’ anwar ibrahim menggunakan ‘senjata’ ciptaan anwar sendiri adalah kejayaan besar BN mengikut perkiraan perang politik.

    soal legality: walaupun secara peribadi saya tidak setuju politik lompat-melompat, menurut undang-undang lompat parti adalah dibenarkan (menurut perkara freedom of association dalam perlembagaan), dan banyak grey area dalam undang-undang tubuh/perlembagaan telah diulas dengan hentam keromo oleh pemblog dan aktivis-aktivis politik yang tidak ada autoriti langsung untuk mengulas.

    Apatah lagi jika kita fikirkan Sultan Azlan merupakan bekas Lord President yang mana penghakiman Baginda juga telah dirujuk oleh Mahkamah di Britain. Sekarang, oleh kerana baginda tidak memihak kepada sesuatu pihak, baginda telah dihentam dan diherdik, lupa pula pujiang dan sanjungan melambung pihak tersebut apabila Sultan berada di pihak mereka.

    Panjang lagi jika hendak dihujahkan mengenai soal undang-undang, saya bukan arif, maka berdasarkan ilmu Theory of Knowledge (saya percaya saudara juga diajar yang sama di KMB) kita cenderung untuk menerima fakta berdasarkan authrity (Sultan Azlan dalam hal ini punyai authority)

    soal morality: Apabila ADUN bota melompat ke PKR, adakah timbul soal morality? Anwar mengumumkan kepada dunia inilah permulaan kepada gelombang baru, dari bota ke putrajaya, dan macam-macam lagi. Saya ingat tiada sekelumit pun perkataan minta p/raya semula keluar dari mulut anwar.

    Sekarang, apabila terkena batang hidung, kata-kata seperti serahkan kuasa kepada rakyat berkumandang kembali. Ini politik chameleon. Isu morality terbatal dengan sendirinya apabila anwar menerima adun bota. Lagipun, politician mana yang ‘bermoral’ dalam soal kuasa? Moral adalah tersangat subjektif dalam ilmu politik.

    Bentuk retaliation rakyat: Krisis ini adalah merupakan krisis perlembagaan (terdapat grey area dalam undang-undang tubuh perak mengenai kuasa Sultan, pemecatan MB dan sebagainya) Maka penyelasaiannya adalah melalui mahkamah bukan demonstrasi jalanan pihak PR mahupun BN.

    Mujedn,

    perlembagaan adalah ‘debatable’, tiada halangan untuk membincangkan perlembagaan, namun perlembagaan is not everybody’s game. Hanya yang betul-betul tahu lenggok bahasa perlembagaan sahaja yang akan faham. Dan Sultan Azlan Shah bukan seorang blogger ataupun aktivis politik, he was the Lord President of Malaysia.

    Terima kasih

  5. “Raja adil Raja Disembah, Raja zalim Raja Disanggah”..cantik prosa klasik itu, tetapi apakah benar Sultan Perak telah bertindak zalim? Siapa yang dizalimi? Dalam konteks apakah Sultan menzalimi?

    Dengan izin,
    http://ondastreet.wordpress.com/2009/02/09/raja-adil-raja-zalim/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s