Politik Kongkalikong

Saya merujuk kepada posting Anwar Ibrahim dalam blog beliau yang menyindir Abdullah Badawi sebagai “PM kongkalikong”. Secara jujur saya tidak punyai kamus Dewan untuk merujuk apa makna sebenar kongkalikong itu, maka saya fikir ianya mungkin boleh ditakrifkan sebagai flip flop ataupun kluk klek dalam loghat Terengganu. Disini DS Anwar menjadikan konsistensi kepada prinsip sebagai topik utama beliau, dan maka elok kita kupas topik ini berdasarkan keadaan caca-merba di Perak dan juga beberapa babak dalam politik tanahair yang masih segar dalam ingatan kita.

Kita buka minda, kita abaikan seketika kejumudan emosi politik partisan, kita rungkai permasalahan dan kesan daripada pertelingkahan politik yang tidak sudah-sudah ini kepada negara kita, Malaysia.

Kedua, PM Datuk Seri Abdullah kongkalikong mengalu-alukan kehadhiran mereka kedalam UMNO walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut!

Ketiga, apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu? Datuk Seri Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua ADUN tersebut.

http://anwaribrahimblog.com/2009/02/02/bingkisan-drama-kehilangan-dua-adun-perak/

Kenyataan diatas adalah sebagai membalas kepada laporan media yang memetik kenyataan Abdullah Badawi mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat daripada parti PR ke dalam BN.

Nampaknya, penghijrahan yang diklasifikasikan sebagai halal dan berprinsip oleh Anwar hanyalah penghijrahan yang menguntungkan beliau sahaja, pada beliau perpindahan YB hanyalah trafik sehala. Dalam erti kata lain, PR boleh ‘curi’ BN punya, BN pula tidak boleh ‘curi’ daripada PR.

Soalnya, siapa yang memulakannya dahulu? Bukankah ADUN Bota yang ‘dipancing’ terlebih dahulu daripada kolam BN? Dan penghijrahan itu digendang-gendangkan sebagai berprinsip dan sebagainya. Sudah ada rumus yang cuba di indoktrinasikan iaitu jika BN lompat ke PR, si pelompat adalah hero, manakala jika PR lompat ke BN, si pelompat telah disogok dengan wang dan kuasa.

Sikap hollier than thou ini sudah jadi amalan beberapa ajaran ekstrim yang sesat lagi menyesatkan, hanya mereka sahaja yang betul, yang tidak bersama mereka semuanya salah. Masih ingat pengikut-pengikut Ayah Pin dan Nabi Kahar? Saya bukanlah hendak menyamakan sesuatu parti dengan ajaran sesat, walaupun jauh berbeda kedua-duanya, tetapi ada sedikit persamaan, itu sahaja.

Sebaliknya apabila ‘hilang’ sahaja ADUN PKR, terus diserang kem BN dengan peluru-peluru seperti akuan bersumpah (yang sudah tiada nilai dalam politik Malaysia), kenyataan akhbar yang tergesa-gesa oleh YB di Kedah, dan sebagainya. Lebih mengejutkan lagi, awal-awal lagi PR sudah memasang fail-safe mechanism iaitu surat meletak jawatan bertandatangan serta tidak bertarikh yang dipegang oleh MB. Rupa-rupanya mengikut kamus demokrasi PR, calon pilihan rakyat boleh dipecat sebagai wakil rakyat tanpa persetujuan rakyat oleh MB. Mungkin kuasa MB membenarkan beliau memecat Exco kerajaan negeri, tetapi bukan wakil rakyat.

Apapun itu cara politik PR, sudahpun didebatkan oleh pakar-pakar perlembagaan, penganalisis veteran pilihanraya, serta peguam-peguam berpengalaman, kita tunggu sahaja keputusan perbincangan itu.

Perkembangan politik di Perak ini diharap akan membuka mata umum akan kesan negatif usaha membeli ataupun memancing sokongan YB melalui lompat parti. Setahu saya DS Anwar Ibrahim secara terbuka mengumumkan usaha beliau untuk mendapatkan sejumlah YB daripada BN untuk menyertai PR agar beliau dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16hb September tahun lalu. Apabila PM Abdullah secara terbuka menerima YB PR melompat ke BN, melenting pula Anwar Ibrahim.

Tentu sekarang beliau faham kenapa Abdullah tidak melayan permintaan beliau untuk mengadakan sidang tergempar parlimen selepas temberang beliau pecah, 16hb September tidak jadi kenyataan. Apabila Abdullah menolak desakan beliau untuk mengadakan sidang tergempar itu, boleh lah Anwar menyembunyikan kelemahan beliau dengan mengkritik keengganan Abdullah untuk menurut kehendak peribadinya itu. Jika masih tidak percaya, cuba teliti kenyataan-kenyataan pemimpin PR Perak, sedikit sebanyak menyerupai kenyataan pemimpin BN tatkala Anwar Ibrahim melipatgandakan usaha beliau untuk ‘memujuk’ MP BN untuk melompat.

Rupa-rupanya, tidak enak rasanya apabila kita sibuk mengemaskan ruang tamu rumah, ada penceroboh yang cuba mengopak pintu dapur di belakang rumah kita.

Mungkin ramai sudah lupa janji yang tidak dikotakan itu, Anwar masih belum lupa, cita-citanya belum tercapai lagi, sedia untuk lakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian.

Siapa sebenarnya yang kongkalikong? Siapa sebenarnya yang kluk klek? Saya fikir kita tidak perlu jawab soalan ini, kerana saya pun tidak mahu memanjangkan perbincangan politik yang tak sudah-sudah ini.

Tatkala negara dirundung isu yang lebih besar iaitu ekonomi yang meruncing, tekanan hidup rakyat terbanyak, krisis pengangguran pekerjaan dan halatuju negara menuju Wawasan 2020 yang semakin hari nampaknya semakin pudar, ahli-ahli politik masih lagi giat berusaha untuk mencapai cita-cita peribadi. Di Malaysia, walaupun saban hari kita mendengar suara rakyat adalah suara keramat, sebenarnya yang diperbodohkan selama ini adalah rakyat jua.

Saya rasa dan akan terus menegaskan ini, sudah terlalu lama rentetan perebutan kuasa politik Malaysia ini berterusan. Dan natijahnya pada negara adalah sangat negatif. Memang seronok kita dengar cerita politik, tetapi jika terlalu kerap berpolitik, bila pula masanya untuk menterjemahkan manifesto pilihanraya kepada realiti? Bila pula rakyat akan menikmati ‘pulangan’ hasil dari undi yang telah diberikan?

Tiada guna kita menggelar seseorang itu kongkalikong atau dengan apa-apa nama sekalipun jika yang menggelar itu sendiri tidak pernah melihat cermin!

Tulisan ini adalah analisa dan pandangan kritis saya, bukannya sebuah spekulasi seperti yang kita boleh dapati di blog-blog lain.

Advertisements

2 responses to “Politik Kongkalikong

  1. orang politik penting diri sendiri saja. hanya fikir rakyat bila pilihanraya. sama saja barisan ke pakatan ke.

  2. You are nearly right smsam. It is really sad when we notice the amount of expectations we like the politicians to do after they rise to power. Actually when these politicians are outsiders i.e. not in the system yet, they will offer a lot of things, and then when they are inside, possibly they just realize that actions are not as simple as spoken words. But still (1) During manifesto, rakyat expect them to say something because they wanted to choose so the politicians need to say everything. (2) When power is in hand, rakyat will expect them to do a lot more actions like they claimed they are able to do before.

    However, time is probably not an answer rakyat can take. I understand that in developing countries where issues are revolving around justice, resources and management, it is not easy to get everything done as we expect. We are getting there, though slowly as rakyat sees. Even though there are less leaders with competence and effectiveness, we still need leaders. There are no way, given that how the human progressed in thousand years, that we can live without leaders in our society structure.

    A friend told me that Malaysia is deemed to be a nation in a hurry, because we are trying really fast to get “there”. (There probably is the developed status). It is just around 50 years that we are independent as a nation and get to do things ourselves and for me, it is not too bad. From the point of view of health care, I think Malaysia is doing pretty well. Looking at our demography, health care has to take care of 20 over millions of people therefore obviously the issue of insufficient care is rampant.

    May I note that our leaders, as well as rakyat is in the process of maturity. I remember that among the few basic aspects of a developed nation include social justice. This is definitely happening in Malaysia, I need not to tell as is so obvious.

    Kongkalikong, flip-flop or kluk klek whatsoever is nevertheless the way we roll as human. It is humane to do that. If DSAI goes to power, he might be that though he might define it differently. But the thing is, we have to do what we have to do. The essence of a good leader is not at his kongkalikong-ness, but much deeper. I think it is about how much he or she alike, wants to work for the people for the betterment of Malaysia. As this is much harder to see and more subjective to prove, people will comment about kongkalikong instead because simply words can be heard as compared to ‘niat di hati’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s