Kolum Ringkas: K.Terengganu, Senyum, Labu, & Obama.

1. Sudah lama saya tidak menulis dalam ruangan kolum ringkas, mungkin atas alasan kesuntukan masa kali ini, cukup sekadar semuanya diulas secara ringkas.

Kuala Terengganu

2. PAS berjaya merampas kerusi p.36 K.Terengganu daripada BN dengan majoriti seramai lebih 2 ribu orang. Tahniah!

3. Berbeza betul pertembungan BN-PAS jika dibandingkan dengan BN-PKR, kenapa ya? Tidak timbul isu-isu keganasan, penyokong yang bertindak liar dan sebagainya. Kedua-dua membawa imej parti yang mana kewujudannya sudah melebihi separuh abad, matang.

4. Sebaik sahaja menang, PAS memuji SPR atas kelancaran proses pilihanraya kecil, PAS memuji pihak polis kerana berjaya mengawal keadaan, dan PAS juga telah meminta Abdullah Badawi kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

5. Terbukti peluang PAS untuk menang lebih banyak kerusi meningkat selagi Abdullah menjadi PM, mungkin kerana itu PAS mahu Abdullah kekal. Ingat, PAS juga merupakan sebuah parti politik.

5. Sekali lagi tahniah YB Wahid Endut dan PAS.

Senyum

6. Cerita senyum ini timbul diawal kempen pilihanraya kecil K. Terengganu. Calon BN, Wan Ahmad Farid menjadi sasaran lawan kerana kurang senyum dan elitis.

7. Maka terpaksalah Najib dan Ahmad Said memberikan tuisyen khas kepada Wan Farid, bagaimana untuk senyum dengan sempurna. Kata Najib kena jadi macam pengantin, terangkat kening Isteri Wan Farid.

8. Sebelum mengundi Tun Mahathir kata ‘a very bad choice’, samada telahan Tun tepat ataupun Tun juga menyumbang kepada kekalahan calon tersebut.

9. Kali terakhir Tun beri kenyataan negatif pesimis terhadap BN ialah pada Pilihanraya UMUM ke-12, dimana BN telah kalah di 5 buah negeri.

10. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, ramai yang menyalahkan pemilihan calon yang tak sesuai, saya percaya puncanya bukan sekadar pada calon semata-mata. UMNO-BN tidak perlu menipu diri sendiri.

11. Keputusan Pilihanraya kali ini tidak lah menunjukkan yang rakyat tidak sabar-sabar untuk melihat Anwar (atau Hadi Awang) menjadi Perdana Menteri, sebaliknya rakyat terus mengingatkan BN akan mandat yang telah diterima pada Mac lepas.

12. Wan Farid tidak daya lagi untuk senyum, apatah lagi setelah diumumkan tewas. Senyuman bukanlah faktor utama penentu prestasi seseorang calon. Kalau senyuman lah yang jadi penentu utama, kambing lebih layak untuk menang.

13. Kredit harus diberikan kepada kedua-dua pihak, yang menang tidak angkuh, yang kalah tidak pula melenting.

Labu

14. Adakah kita betul-betul memerlukan sebuah lagi lapangan terbang kos rendah? KLIA masih belum digunapakai dengan maksimum.

15. Rujuk laman blog Tun Dr. Mahathir dan Rockybru untuk ulasan lanjut mengenai projek ini. Walaupun ianya dibiayai sepenuhnya oleh swasta, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu agar ianya tidak menjadi satu “midnight regulation”.

16. Pembangunan perlu untuk memacu ekonomi negara, memberikan peluang pekerjaan baru, dsb. Maka kesungguhan Sime Darby perlu dimanfaatkan jika perlu.

17. Kerajaan British baru sahaja meneruskan cadangan pembinaan landasan ketiga Heathrow walaupun mendapat tentangan sengit daripada penduduk setempat.

18. Tiada pula cerita kedengaran yang sebuah lapangan terbang baru berjarak 2km daripada heathrow akan dibina.

Gaza & Obama

19. Selasa ini, Obama akan diisytiharkan sebagai Presiden Amerika, menendang Bush keluar daripada White House.

20. Masihkan ada harapan pada Obama? Saya ambil pendekatan berhati-hati, terutamanya dengan orang yang bermulut manis.

21. Beranikah Obama untuk memberikan harapan buat penduduk Palestin?

22. Berjuta-juta rakyat Amerika dijangka akan menyaksikan pengisytiharan tersebut, lebih separuh daripada mereka akan putus harapan sepertimana Israel menghancurkan harapan penduduk Palestin melalui pembinaan tembok pemisah.

23. Obama ingin menutup Guantanamao Bay, satu langkah yang sangat bagus. Obama lupa, Guantanamao Bay terbesar adalah di Palestin, dibina oleh puak Zionis.

24. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik Mr. Barrack Hussein Obama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s