Bukang Abang Mat, Bukang Azmang ~ Ref Malaysiakini

benderapaspetak1PAS pilih calon luar kotak

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/1/mstar_mutakhir/20090101225516&sec=mstar_mutakhir

Abdul Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) jadi pilihan PAS untuk lawan Wan Farid. Tamat sudah pertelingkahan antara puak Erdogan dan puak Ulama’ dalam PAS, yang masing-masing mengetengahkan calon pilihan yang dekat di hati masing-masing.

Walau bagaimanapun, kuasa di tangan Presiden PAS, Haji Hadi Awang telah memilih bukan Muhammad Sabu, ataupun calon favourite pilihan bloggers, Syed Azman. Sebaliknya Abdul Wahid Endut, yang mungkin pada sesetengah orang (saya sudah diberi hint oleh seorang rakan), satu keputusan yang tidak dijangka-jangka.

Now the game is on, Wan Farid akan bertembung dengan Wahid Endut. Di harap kempen pilihanraya akan diwarnai isu-isu politik yang akan menggambarkan kematangan politik tanahair seperti yang digembar-gemburkan. Walaupun, sudah ada tohmahan yang dilemparkan keatas calon BN, Wan Farid melalui gambar beliau yang sedang berkaraoke bersama ahli keluarga.

Kenapa Wahid Endut? Calon pertengahan yang dipilih? Adakah perebutan antara dua pihak dalam PAS sudah terlalu kritikal? Atau sekadar ingin menunjukkan bahawa Presiden mempunyai kuasa menentukan apa yang terbaik buat parti. Mungkin juga sebagai membuka mata ahli PAS yang berpresidenkan Anwar dan bukan Hj Hadi.

Jauhi politik murahan, jika BN yang mencanangkan keburukan lawan melalui fitnah, busuk nama Melayu dan Islam. Jika PAS yang menjuarai perang fitnah, caci-mencaci ini, buruklah agama Allah.

Seperti kate orang ganung, bukang Abang Mat (Oghang luor), Bukang Syed Azmang (YB Batu Bughok), tapi kejutang, takde sape jangke.

p/s: Wakaf Mempelam, aku pernah pancing Ikan Haruan kat sawah tepi rumah saudara disitu.

http://malaysiakini.com/news/95524

Selamat berdemokrasi!

Advertisements

One response to “Bukang Abang Mat, Bukang Azmang ~ Ref Malaysiakini

  1. baik undi umnolah daripada undi pas dalam pakatan yang terang2 menghapuskan hak orang melayu secara terang-terangan…. bukannya tak tahu tapi kata orang terengganu ‘gong” yang bermakna bodoh sombong … rela bagi undi pada pas yang memang hanya menang sorak kampung tergadai…sedarlah wahai orang melayu…berpijaklah di bumi yang nyata…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s