Sambutan Aidil Adha Kedutaan Besar Malaysia Dublin

Program Kedutaan Besar Mendampingi Pelajar dan Komuniti Malaysia di Ireland

Sukacita dimaklumkan bahawa TYT Duta Besar Malaysia, YM Raja Nazrin Aznam dan Kedutaan Besar Malaysia akan menganjurkan satu majlis jamuan khusus kepada semua pelajar dan ahli komuniti Malaysia seperti berikut:

Tarikh : 14 Disember (Ahad)

Tempat: Dewan Malaysia Dublin (31, Leeson Park , Dublin 6)

Masa : 10 pagi – 3 petang

Selain daripada meraikan Hari Raya Aidiladha, majlis keramaian ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan dan memberi peluang untuk TYT Duta Besar Malaysia dan isteri mendampingi warga Malaysia di Dublin khususnya, dan di Ireland amnya.

Kerjasama anda adalah dipohon untuk mempamerkan maklumat ini di laman web persatuan masing-masing dan memanjangkan jemputan ini secara e-mel kepada semua ahli-ahli.

Terima kasih.

Salam hormat,

Anand Baharuddin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s