The downside of weblog: A platform to insult one’s belief, should we just sit down and eat kuaci/popcorn?

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua.

Saya ingin membawa perhatian rakan-rakan kepada satu posting blog ini yang mungkin akan mengundang pelbagai reaksi daripada anda semua.

Surind

Surind

Peringatan: Individu ini tidak mewakili keseluruhan kaum India, isu kaum tidak perlu diheret dalam hal ini.

http://surind. blogspot. com/2008/ 12/hajj-most- shameful- journey-in- history.html

Saya melihat ini sebagai satu bentuk penyalahgunaan kebebasan bersuara melalui blog dan satu tindakan paling tidak bertanggungjawab untuk seorang warganegara Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama.

Tidak kira apa bentuk provokasi ataupun niat yang cuba disampaikan oleh penulis blog ini, saya rasa ramai yang akan terguris apabila membaca artikel ini terutama apabila umat Islam akan menyambut Aidiladha esok.

Mahasiswa/i perlu proaktif dan responsif terhadap isu-isu sebegini, kita tidak akan mahu mewarisi negara yang pincang ideologi, sahsiah, ekonomi, dan keharmonian antara agama dan kaum.

Imbas kembali pengalaman anda di Ireland/luar negara, masyarakat disini begitu sensitif dan sangat menghormati agama/kepercayaan orang lain.

Kita mempunyai kawan-kawan sekolej berlainan agama/bangsa, sampaikan lah maklumat yang betul mengenai praktis Haji (dan Islam) kepada mereka agar mereka tidak akan tersalah tafsir seperti penulis blog tersebut.

Persoalannya, adakah anda akan hanya duduk dan makan kuaci (popcorn untuk lebih Western)?

Selamat Menyambut Aidiladha

Eid Mubarak

Ruzaimi Ramza Ramli

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s