Belasungkawa buat keluarga YB Razali Ismail

Dalam banyak-banyak ahli Parlimen, saya percaya beliau mempunyai lenggok bahasa dan penguasaan bahasa Melayu yang hampir sempurna. Bertepatan dengan jawatan yang beliau pegang, selaku Timbalan Menteri Pelajaran.

Jika semua ahli Parlimen mampu berhujah seperti beliau, saya percaya bukan sahaja Parlimen Kelas Pertama yang kita capai, malahan bahasa Melayu akan diangkat martabatnya kembali seperti ketika zaman kesultanan Melayu dahulu.

Pemergian mengejut beliau merupakan peringatan kepada semua bahawa umur manusia itu singkat dan bukan milik kita. Apabila tiba masanya, akan pergi juga hambanya ini untuk menghadap Ilahi.

Kematian adalah peringatan buat yang masih hidup, untuk terus mengingati mati.

YB Razali Ismail, meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 6.30pg hari ini, ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Takziah buat keluarga Allahyarham dan juga kepada warga Kuala Terengganu.

Saya pasti bukan saya sahaja yang akan merasai kehilangan seorang pembahas yang hebat ini.

p/s: Saya ada menulis mengenai kematian mengejut ahli politik Malaysia terutamanya yang melibatkan penyakit koronari. Apakah bebanan tugas yang menjadi faktor risiko? Mungkin Parlimen perlu mengadakan kempen menjaga kesihatan kepada ahli-ahli Parlimen.

Artikel berkaitan:

Malaysiakini:-

Timbalan Menteri mati mengejut

Blog ini:-

Unhealthy Politics

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s