AMK: Serius ataupun tidak? ~ Malaysiakini

Masih ingatkah kata-kata penuh yakin ini? “We’ve got the numbers..” dan “The numbers are increasing by the hour.. “. Tolak ketepi persoalan adakah ini satu pembohongan atau tidak, yang ingin dibincangkan adalah hubungkait nombor dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

16.9

Angka ini telah menyaksikan Malaysia huru-hara buat seketika. Kata-kata yang keluar daripada mulut Ketua Umum PKR ini telah menyaksikan kejar-mengejar berlaku antara MP PKR dan juga MP BN di Taiwan. Bohong atau tidak? Cukup atau kurang? Berani atau takut? Bijak atau gopoh? Biarlah persoalan ini tenggelam bersama misteri 16.9 bersama kredibiliti orang yang menjanjikan harapan ini. 

70% dan 2 juta

Ketua AMK, Syamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu sidang media telah mensasarkan AMK mendapat sokongan 70% daripada jumlah 2 juta pengundi baru yang berdaftar menjelang pilihanraya ke-13. Ini adalah untuk memastikan kemenangan PR dalam pilihanraya umum tersebut, seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan daripada BN.

1

Adalah jumlah kerusi yang dimenangi oleh PKR pada PRU-12, iaitu kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dan yang terkini..

600 tinggal 50

600 orang perwakilan AMK menyahut sorakan dan gayung kritikan daripada ketua AMK terhadap pemimpin dan kerajaan PKR pada kongress AMK di Shah Alam. 550 daripada mereka pulang awal. Hanya 50 yang tinggal untuk mendengar perbahasan daripada ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Ahmad yang membawakan 3 usul untuk diperbahaskan. Tiada sorakan kali ini.

PKR dilaporkan mempunyai 180 bahagian, kurang 11 daripada UMNO, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Jika betul ingin memerintah negara tahun depan, jika mengikut kata ketua AMK yang menyahut gayung ketua Umum PKR, stamina harus tinggi. Kalau perbahasan AMK pun 92% tidak boleh tunggu sehingga habis, bagaimana ingin memerintah negara? Perbahasan di Dewan Rakyat kadangkala meleret sehingga jam 10 ke 11 malam.

Bercakap mengenai mengkritik pemimpin muda mereka yang ‘hilang’ selepas menang, tepuk dada tanya selera.

Artikel berkaitan:

Malaysiakini:-

Wakil rakyat PKR, K’jaan PR sasaran kritikan

AMK: Tukar kerajaan Pusat tahun depan

Advertisements

2 responses to “AMK: Serius ataupun tidak? ~ Malaysiakini

  1. semua pembohongan dan janji palsu

  2. Pingback: PKR UPGRADE v2008 BETA, Renewed After March 8 | Jed Yoong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s