Perspektif mengenai alkohol di Ireland buat teladan Malaysia

noalcoholSebelum anda meneruskan pembacaan anda, saya ingatkan supaya mengetepikan segala berat-sebelah politik, perkauman dan agama yang sudah berkarat dalam diri masing-masing. Dan untuk beberapa minit ini, cubalah untuk berfikir sebagai makhluk dari spesies homo sapiens demi kepentingan sejagat. Kerana pengaruh alkohol tidak mengenal ideologi parti politik, batasan agama, mahupun kedudukan geografi sesuatu negara, Ironinya, sudah banyak negara yang sudah menyedari akan bencana yang datang bersama alkohol, tetapi tidak di Malaysia.

Seluruh dunia akan teruja apabila menyebut nama Ireland, negara kecil terletak bersebelahan Kesatuan Britain, dikelilingi Lautan Irish, dan Lautan Antlantik. Sebut sahaja anda warganegara Ireland, terus ditanya berapa pint Guinness kah yang selalu diteguk ketika tibanya malam penghujung minggu. Pemuda dan pemudi Ireland juga di’hormati’ kerana kebolehan mereka ‘berenang, menyelam dan terjun tiruk’ dalam lautan Guinness yang merupakan minuman kebangsaan kebanggaan Ireland. Jumlah pub dan bar yang menyediakan minuman keras ini hampir menyamai, jika tidak melebihi, bilangan gereja di negara ini.

Tidak hairanlah, di mana-mana sahaja ceruk di dunia ini, akan wujud sekurang-kurangnya satu Irish Pub berlogokan daun trifoli dan berlatarbelakangkan warna hijau.

Perkembangan semasa isu alkohol di Ireland, sejak sepuluh tahun yang lalu, statistik menunjukkan peningkatan 17% penggunaan alkohol, dan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital kerana kes-kes yang berkaitan alkohol meningkat 90%. Tidak cukup dengan itu, wujud trend baru yang melihatkan remaja seawal umur 13 tahun terlibat dalam masalah penggunaan alkohol yang berlebihan. Seterusnya mewujudkan kesan domino kepada peningkatan kes masalah kegagalan hati yang dikesan pada peringkat kumpulan umur yang lebih muda daripada biasa. Hampir setiap hari, akan ada slot berita yang dikhususkan untuk isu-isu berkaitan alkohol seperti peningkatan kes jenayah, kemalangan jalanraya, masalah sosioekonomi yang disebabkan ketagihan alkohol dan pelbagai lagi musibah yang disajikan melalui berita-berita samada di media elektronik mahupun media cetak.

Menyedari masalah yang semakin meruncing ini, terdapat segelintir pihak yang prihatin telah mula memberikan tekanan kepada kerajaan Ireland untuk mengetatkan lagi undang-undang yang melibatkan penjualan akohol. Ada yang mencadangkan meningkatkan 50% harga jualan minuman keras ini, dan ada pula yang mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah-pesalah kes-kes melibatkan alkohol. Pengilang sendiri telah diarahkan untuk menjalankan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penggunaan alkohol yang berpatutan dan bertanggungjawab. Ironinya, pengilang akan melipat-gandakan usaha pemasaran alkohol keluaran mereka untuk menanggung kos kempen tersebut.

Yang penting, kem anti-alkohol telah memulakan usaha untuk menyelamatkan Ireland daripada kesan jangka masa pendek dan panjang alkohol keatas sosial, ekonomi, dan paling utama, kesihatan rakyat Ireland. Bagaimana pula di Malaysia?

Lain pula di Malaysia, rakyat negara ini seakan-akan tidak menerima kesan negatif penggunaan alkohol yang berlebihan. Jika di negara yang begitu masyhur dan sinonim dengan peminum tegar alkohol iaitu Ireland juga telahpun menyedari keburukan minuman keras ini, kita seakan-akan menidakkan fakta-fakta yang disokong oleh hujah statistik mengenai kesan negatif alkohol. Apabila ada usaha untuk menghalang penjualan alkohol, ianya ditentang dan digagalkan. Kita tidak dapat menafikan demografi Malaysia yang dibentuk oleh masyarakat berbilang kaum dan agama, setiap agama ada hukum berbeza mengenai status halal/haram alkohol namun apa yang pasti tiada agama yang mahukan penganutnya merosakkan kesihatan sendiri serta membahayakan orang lain.

Jangan sampai terhantuk baru hendak tengadah. Tidak perlu kita mengalami apa yang berlaku di Ireland ketika ini untuk kita sedar akan bahaya alkohol. Memang benar, jika pandai mengambil peluang, isu ini boleh memberikan political mileage kepada mereka yang bercita-cita besar. Pokoknya, alkohol tidak akan memberi sebarang manfaat kepada orang Melayu, Cina dan India dari aspek kesihatan, sosial dan juga ekonomi.

Apatah lagi jika dalam rangka demografi politik Malaysia, sesuatu kawasan itu akan mempunyai majoriti kaum Melayu beragama Islam, manakala selebihnya adalah bukan Melayu dari pelbagai agama. Maka, seharusnya larangan jualan di kawasan bermajoriti penduduk Melayu adalah ‘masuk akal’ dan selari dengan niat untuk menjaga sensitiviti kaum dan agama penduduk majoriti kawasan tersebut. Bukankah politik adalah seni untuk mendatangkan manfaat kepada rakyat majoriti terbanyak?

Sebaliknya pula di tempat bermajoriti bukan Melayu, jika mereka ingin minum like an Irish, silakan. Namun implikasi yang dibawa ekoran kesan negatif alkohol yang akan mendatangkan mudarat kepada orang lain harus diberikan perhatian dari segi aspek perundangan yang tegas. Hukuman yang berat perlu dikenakan.

Cukup sekadar memberikan contoh apa yang berlaku di Ireland mutakhir ini untuk kita sedar, jika alkohol dibiarkan berleluasa di Malaysia, kita akan menghadapi kesan yang sama. Natijahnya tidak tersenarai banyaknya merangkumi segala aspek politik, ekonomi, sosial, kesihatan, keselamatan, jenayah, perundangan dan sebagainya. Jika setiap bahagian pokok kelapa ada manfaatnya yang tersendiri, setiap titik alkohol pula ada ‘pulangannya’ yang tersendiri.

Malaysia menjelang 2020 adalah Malaysia yang sihat walafiat, bukan begitu?

p/s: Menanti masa Malaysia memulakan kempen agresif anti-merokok dalam bangunan, kenderaan, premis berbumbung dan kawasan-kawasan awam.

Pautan berkaitan:

HSE (Ireland) Public Health Report

Malaysiakini :-

Ahli PAS batal usul kawal arak

Anwar: Tiada larangan jual alkohol di Selangor

Alkohol: PAS ‘bongkak’ kata DAP

Advertisements

One response to “Perspektif mengenai alkohol di Ireland buat teladan Malaysia

  1. Islam itu indah dan suka keindahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s