Kolum Ringkas: Mencarut

http://malaysiakini.com/news/92583

shut_up_and_put_up1. Dewan Rakyat Malaysia tidak pernah sunyi daripada lawak jenaka daripada orang-orang yang kita pilih untuk jadi wakil kita. Isu demi isu dibangkitkan, peraturan mesyuarat disalahgunakan, dilanggar, dimanipulasikan ikut suka hati sendiri, bahasa isyarat lucah, lelaki mengajak wanita bertumbuk, pekikan ‘you tak suka malaysia you keluar la’, bigfoot, orang utan, dan yang terbaru bastard.

2. Yang membimbangkan kita adalah kecenderungan YB-YB kita ini menyimpang daripada perkara pokok yang lebih substantif dan penting untuk negara bangsa. Yang lebih ditumpukan adalah perangai-perangai sesetengah YB yang masing-masing nak tunjuk berani.

3. Kadang-kadang kita menghamburkan kata-kata kesat kesan daripada provokasi melampau daripada seseorang yang mungkin sengaja ingin menguji kesabaran. Biasanya, kata-kata tersebut keluar tanpa melalui kotak fikiran rasional, apabila diasak dan diprovokasi, terhamburlah buah mulut seperti hawau, F-off, bastard, celaka, dan sebagainya.

4. Adakah kita bermaksud kata-kata yang dilepaskan itu? Most of the time, tidak. Ianya hanyalah reaksi sepertimana tangan diangkat apabila tersentuh benda panas, begitulah juga ‘bastard’ keluar dari mulut apabila lawan membuat tuduhan yang jahat.

5. Mungkin anda rasa saya membela sesetengah individu, tidak saya tidak memihak kepada sesiapa, saya ingin membela diri sendiri, kerana dalam tidak sedar saya pun ada juga bereaksi sebegitu. Contoh, apabila memandu dan ingin meletakkan kenderaan, kita menunggu begitu lama sementara ruang parking dikosongkan, tiba-tiba entah dari mana datang satu kereta memotong dan terus parking tanpa rasa segan dan malu. Habuannya, tentulah F-off, bastard, go to hell, pergi mati, dan lain-lain lagi. Oh dan juga hon yang sangat panjang dan menyakitkan hati pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

6. Kita ada pilihan, nak terus persoalkan perkara-perkara remeh macam ini, soal unpaliamentary, soal adakah si YB yang mulut lepas ini bermaksud ataupun hanyalah sekadar luahan rasa marah terpendam tanpa apa-apa makna, soal peraturan mesyuarat, ini semua merugikan rakyat. Letak ke tepi, dan bincang isu yang lebih bermanfaat. Dewan Rakyat bukan tempat untuk memperbetulkan moral YB, rakyat tidak membayar elaun anda semua untuk bertekak hal-hal remeh ini.

7. Sudahlah, kembali kepada perbahasan yang bernilai. Ada peluang berbahas keluar dari dewan dan ada yang tidak hadir, bila di dalam dewan pula sibuk nak mengprovokasi antara satu sama lain dan memperlihatkan kejaguhan bagai ayam tengah bersabung. Ketepikan politik karat kamu itu, sekarang bincang soal negara. Ada faham! Bastard! (tanpa maksud)

8. Nasihat: Mencarut tidak baik untuk kesihatan psikologi, mahupun pembentukan akhlak yang sempurna, maka seharusnya dielakkan apabila perlu. Maafkan saya sekiranya bahasa agak kasar.

9. Hari ini, dua YB DAP dihalau keluar dewan, satu ADUN DAP dihalang daripada menyertai persidangan kerana berpakaian tidak sopan (enggan memasukkan baju dalam seluar – a la otai sekolah menengah), dan apa lagi lah yang boleh kita harapkan dengan YB-YB kita ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s