Kolum Ringkas: Komen berita daripada Malaysiakini

Blog Hiatus

1. Minggu ini hingga pertengahan bulan adalah minggu peperiksaan, maka fikiran sedikit terganggu dengan beban ini. Teringat dulu, semasa di sekolah, pernah cikgu Bahasa memberikan tugasan karangan bertajuk apakah sistem terbaik, penilaian berterusan ataupun peperiksaan, bincangkan.

2. Jenuh memikirkan isi-isi penting untuk dibandingkan, kedua-duanya bagus, mungkin bergantung kepada situasi dan perkara yang ingin dinilaikan. Tiada satu sistem yang sempurna. Walau apapun, insyaAllah tahun depan tamat pengajian. Apa kan jadi selepas itu? Mungkin boleh jadi satu topik karangan yang menarik untuk dibincangkan.

Naik Turun

http://malaysiakini.com/news/92245

1. Naik sekali terus 78sen per liter. Turun berperingkat-peringkat, sekarang sudah 3 kali turun. Harga petrol sekarang untuk unleaded sudah jadi 2.15sen per liter kerana harga minyak mentah dunia juga turut merudum, katanya permintaan dunia berkurangan. Prinsip mudah supply and demand diaplikasikan disini.

2. Masa mula-mula naik dulu ada protes di Kelana Jaya, tapi mesej tak sampai kerana mesej cuba disampaikan dengan bontot dan muzik keras. Tetapi, kesan daripada kenaikan harga minyak mendadak memberi ruang dan peluang untuk peniaga menaikkan harga barangan.

3. Semua itu sudah berlalu, yang dah dapat rebet RM625 tersenyum riang, sambil sekali-sekala masih mengkritik kerajaan, tak mengapa janji duit rebet dah masuk poket (poket sendiri ataupun poket tauke pasaraya). Yang menghairankan sekarang ini harga barang tak turun-turun, harga minyak dah 3 kali turun.

4. Pekedai dan pengusaha restoran ada mengatakan yang mereka tidak sudi untuk turunkan harga, ye lah sudah dapat untung berlipat kali ganda. Bila bab naik cepat sahaja tindakannya, kalau nak turun, liat betul.

5. Peruncit, pasaraya besar sudah mula turunkan harga barang keperluan, bagaimana nak bersaing kalau harga masih tinggi, kebanyakkan pembeli akan pergi kepada siapa yang tawarkan harga lebih murah. Konsep Price dalam 4P yang digunakan untuk bidang perniagaan harus diselidik dan diberi perhatian.

6. Beras pun sudah turun 20sen sekilogram. Tumpukan pada aspek pertanian, pengeluaran padi negara masih belum cukup untuk menampung jumlah keperluan untuk penduduk Malaysia, kita tidak perlu eksport beras, kita masih ada tanah yang luas, kita bukan negara jiran yang batu sebiji pun berkira.

Debat Pemuda

1. Kalau nak bandingkan, ketiga-tiga calon ini sama kuat. Kuat apa? kena tanya calon sendiri la. Saya kata kuat je, mungkin kuat tabur habuan, kuat berkempen, kuat berjalan, kuat bodek dan juga yang terbaru kuat berdebat. Baru sahaja cukup pencalonan sudah diajak berdebat, macam budak silat baru dapat keris terus nak ajak bertarung.

2. Seorang yang dicabar setuju, seorang lagi tolak. Maka, terus yang menolak debat itu diejek dengan pelbagai nama, penakutlah, tidak berani berubah lah, dan pelbagai lagi. Sekali, Boss ‘Ketua Pemuda’ sekarang keluarkan penegasan bahawa beliau masih lagi Boss, jangan ada sesiapa yang ingin jadi Boss ajak orang debat sana sini.

3. Walaupun saya setuju debat ini bagus untuk demokrasi, mungkin dalam hal pemuda UMNO ini, jika hendak dibuat pun biarlah tertutup, kalau tidak jangan ikut format debat, format forum, pembentangan kertas kerja pun boleh.

4. Ramai juga menteri yang kurang setuju debat diteruskan, yang setuju dan aktif menghentam calon yang tidak mahu debat adalah Ketua Pemuda Cawangan dan Bahagian yang mungkin kuat ampu dan juga kuat bodek.

5. Mengenai calon-calon, ketiga-tiga ada peluang cuma jika ada bukti penyelewengan ketika proses pencalonan peringkat bahagian ini, diharap kelayakan bertanding ditarik balik.

Razak Baginda Bebas

http://malaysiakini.com/news/92193

1. Saya tak cakap pasal kes ini dahulu kerana takut subjudis, menganggu perjalanan mahkamah. Tapi saya tengok blogger-blogger lain hentam sahaja, tak takut menghina mahkamah ataupun sebagainya. Mereka tahu satu sahaja, mereka nak bikin artikel dan nak orang masuk blog mereka.

2. Saya lebih suka biarkan mahkamah berjalan ikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.

3. Pendakwaraya, peguam, dan hakim adalah profesyen yang terpuji. Perbicaraan berlangsung 151hari, dan keputusan telah dibuat tanggal 31hb Oktober, Razak Baginda tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Tetapi, ada juga blogger dan beberapa pemimpin yang lebih pandai daripada hakim ataupun memang sudah buat ketetapan siapa pesalahnya, mengikut kata hati sendiri, atau lebih tepat kecenderungan politik masing-masing.

4. Razak Baginda tidak bersalah, tetapi ada yang nak tengok manusia yang telah dibuktikan tidak boleh disabitkan ini dihukum. Pernah terfikir, kalau betul bukan Razak yang buat. Siapa kita untuk yakin beliau yang terlibat, Adakah cukup dengan S.D Balasubramaniam yang tidak konsisten itu? Ada kemungkinankah Bala dibayar?

5. Sampai bila-bila Malaysia perlukan judiciary reform jika selagi segala keputusan mahkamah itu tidak memihak kepada pembangkang, selagi itulah tuduhan mahkamah Malaysia kangaroo court dan sebagainya akan terus dilemparkan oleh pembangkang.

6. Saya melihat tindakan beberapa individu yang sinis terhadap keputusan hakim adalah seperti memperkecilkan profesyen hakim, peguam dan pendakwaraya. Merendah-rendahkan kebijaksanaan Yang Arif. Oh, lupa pula, mereka lah yang paling Arif daripada segala Yang Arif.

Bar Council

1. Tak perlu lah kot kita cakap panjang tentang bar council ini. Kalau sesiapa yang mengikuti artikel Rockybru sejak akhir-akhir ini, kita dapat buat rumusan mudah, Bar Council sudah jadi alat propaganda kumpulan tertentu untuk menonjolkan kehebatan sesetengah kumpulan atau orang serta melemahkan kekuatan kumpulan yang membentuk majoriti rakyat negara ini.

2. Double standard? Apa jadi kes Tun Salleh Abbas yang dilayan dengan begitu teruk sekali oleh Bar Council? Kalau dulu, pembangkang nak jadi juara judiciary reform, tetapi membisu dalam kes ini. Habis madu sepah dibuang kot.

3. Isu Islam dan kesucian Islam dicabar, isu Hakim Ian Chin yang membuat tuduhan melulu, lebih teruk lagi menyelitkan tuduhan itu dalam teks penghakiman. Wajarkah? Adakah perlu menubuhkan tribunal siasatan? Kenapa Bar council diam sahaja? Mungkin tiada political benefit disini.

Zaid Ibrahim

1. Beliau masih lagi kecewa dengan perebutan ketua bahagian UMNO Kota Bharu. Mungkin ada unsur-unsur sabotaj, siapa tahu. Untuk beliau menunjukkan kekecewaan dengan meletakkan jawatan sebagai menteri dan senator, mungkin menandakan waktu beliau bersama UMNO sudah boleh dihitung.

2. Kemana perjuangan beliau selepas ini, baju apakah yang akan dipakai Zaid, tidak akan memberi kesan yang besar, kerana semasa dalam UMNO pun beliau sudah pakai ‘baju lain’.

3. Apapun saya hormati individu ini atas ketegasannya untuk memperjuangkan apa yang beliau rasakan betul. I might not agree with him, but I’ll defend his right to speak up. Jangan pula kerana kelantangan Zaid ini, beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin sepertimana PKR lakukan terhadap YB Zulkifli.

4. Jawatankuasa Disiplin, sila selesaikan masalah rasuah wang dalam pemilihan. Tangkapan ikan besar seperti yang berlaku pada pemilihan UMNO yang lalu akan menaikkan nama UMNO kembali. Jangan takut sauk je semua ikan-ikan yang ‘lapar duit’ ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s