Penulis kolum Harakah kata cerpen ‘bunuh YB’ berjaya – Malaysiakini

Dinsman: Cerpen ‘bunuh YB’ berjaya – http://malaysiakini.com/news/91289

Sebelum saya memulakan artikel saya sebelum ini yang bertajuk satira politik Chamil Wariya di sini, saya memulakannya dengan pendahuluan yang berbunyi;

Pembaca diingatkan, hanya yang berhati terbuka, berdada lapang sahaja yang digalakkan membaca cerpen ini. Ketepikan segala prejudis dan sangka buruk. Cerpen ini akan menentukan sejauh mana kebebasan media di negara kita dimartabatkan dan sejauh mana ianya dimanipulasikan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sejurus selepas cerpen ini diterbitkan, Lim Kit Siang melalui blognya menamakan YB Josephine sebagai Teresa Kok, dan membawa isu ini ke Parlimen. Artikel beliau bertajuk “Short story on killing of Teresa Kok” dan tona ini diikuti oleh beberapa pemimpin DAP yang lain, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, YB Teresa reserves suspicion on ‘YB Josephine’. Mengikut laporan tersebut, pemimpin DAP dimaklumkan akan membawa perkara ini kepada pihak berkuasa.

Harus diingat DAP mengangkat parti mereka sebagai pejuang kebebasan media, dan saya melihat tindakan pemimpin-pemimpin DAP sejak kebelakangan ini tidak melambangkan mereka adalah pro-kebebasan media. Pertama, tindakan menyaman Utusan yang saya percaya ramai akan mengkritik saya kerana mengetengahkan hal ini, walaubagaimanapun saya bersetuju dengan artikel Rockybru, In defense of Utusan Malaysia

Cerpen adalah pendekan daripada cerita pendek, yang berunsur fiksyen serta menuntut pembaca untuk tenggelam dalam dunia imaginasi dan khayalan. Cerpen juga adalah bertujuan untuk menyuarakan pendapat seseorang penulis serta medan bagi pengkarya untuk menghasilkan ‘nukilan kreatif’ masing-masing. Cerpen bukan satu berita yang tertakluk kepada fakta dan kebenaran.

Maka oleh itu, saya katakan hanya mereka yang berhati terbuka, berlapang dada sahaja yang digalakkan untuk terus membaca. Ternyata Lim Kit Siang hanya melihat aspek kepentingan politik beliau dan DAP ketika membacanya, didorong oleh rasa kebencian yang teramat terhadap akhbar medium Melayu tersebut.

Saya menyambung pula dengan menyatakan;

Kepada Chamil Wariya, anda seorang yang kreatif, karya sastera adalah untuk mencabar imaginasi pembaca, penafsiran karya tersebut bergantung kepada individu. Sebuah karya sastera yang unggul adalah karya yang apabila pembaca membacanya, setiap kali selesai pembacaan, pengakhirannya berubah.

Saya tetap dengan pendirian bahawa karya tersebut adalah sebuah karya yang kreatif dan punyai sentuhan peribadi dan imaginatif Chamil Wariya. Dan saya pula tegaskan penafsiran karya tersebut bergantung kepada individu. Jika kita kaji bahan sastera, jarang sekali penulis mengakhiri sesebuah karya dengan pengakhiran yang definitif, kebiasaannya pengakhiran yang tergantung menjadi pilihan, kerana sesebuah karya itu akan menjadi personal dengan pembaca apabila pembaca cuba untuk menafsirkan dengan sendiri bagaimana karya tersebut patut berakhir, bergantung kepada kesesuaian dan pemahaman pembaca itu.

Lihat sahaja cerpen Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, tidakkah pengakhiran yang dipilih adalah diserahkan kepada pembaca untuk memikirkan apakah jalan yang akan dipilih oleh anak-anak Lahuma dan Jeha yang semuanya perempuan itu? Adakah mereka akan terus ditimpa masalah yang sama dengan masalah ibubapa merekan, adakah keadaan kampung itu akan berubah? Adakah mereka akan terus diganggu ‘anak-anak tuhan’ dalam kehidupan mereka?

Pada pendapat saya, karya sebegitulah yang sebenar-benarnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.

Yang merisaukan saya apabila dua pengunjung meninggalkan komentar diakhir artikel Satira Politik Chamil Wariya di blog ini yang berbunyi;

Ahmad S H

Ini bukan kreatif, ni mengambil cerita politik sekarang..lebih kurang tambah2 sikit.

Tak sangka Chamil sedangkal ini…jangan la bermain api perkauman lagi..tolonglah..kalo semua cina dn India x sokong BN nanti, xde BN menang lagi dah…

Islam melarang perkauman…

dan

Asimo

jahat betul orang tua ni, balaci umno.

patut masuk je dalam ISA anak haram wariya ni

Perkauman? Saya tidak merasakan begitu, ianya mungkin mencabar dan bermain digigi-gigi air kontroversi perkauman, namun saya tidak melihat karya ini berbaur perkauman. Memang betul Islam melarang perkauman, namun ada hikmahnya kenapa kita diwujudkan berpuak-puak.

Asimo ternyata mengecewakan, bukan sahaja beliau gagal untuk menyuarakan pendirian ilmiah beliau, sebaliknya beliau memilih untuk menghumbankan diri beliau bersama golongan yang tidak mampu untuk menunjukkan betapa adab dan ketamadunan itu penting dalam membawa diri terutamanya dialam yang penuh mencabar ini. Apabila seseorang itu mula melabel seseorang, kebebasan menganalisa akan turut terbatas. Apatah lagi dituduhnya penulis anak haram.

Sebaliknya, penulis kolum Harakah, yang juga karyawan terkemuka Dinsman dalam laporan Malaysiakini menyatakan yang cerpen ini berjaya.

Cerpen ‘Politik baru YB J’ disifatkan sebuah “cerpen yang berjaya” sehingga menjadi topik perbahasan di parlimen, kata budayawan terkenal Dinsman.

“Kita lihat, orang yang tidak pernah bercakap tentang cerpen pun bercakap tentangnya.

“Daripada aspek ini, saya fikir berjayalah cerpen itu,” katanya, yang juga penulis kolum Harakah hari ini.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa selagi karya ini diletakkan dibawah kategori fiksyen, tiada tindakan yang patut diambil kecuali mengkaji karya ini melalui kanta seorang pengikut sastera yang penuh rasa ingin tahu. Saya akhiri artikel ini dengan komentar Dinsman yang agak serupa dengan peringatan yang saya kemukakan diawal artikel Satira Politik Chamil Wariya dua artikel sebelum ini.

Dinsman atau nama sebenarnya Che Shamsudin Othman berkata, sesebuah cerpen, memang menggambarkan pendirian penulisnya tetapi kebebasan berkarya harus dihormati oleh semua pihak.

Advertisements

8 responses to “Penulis kolum Harakah kata cerpen ‘bunuh YB’ berjaya – Malaysiakini

  1. Salam,

    Kebebasan yang dituntut harus selari dengan prinsip kebenaran . Apa ertinya kebebasan media jika yang dilapor itu palsu dan tidak benar? Apa gunanya kebebasan berkarya jika yang dihasilkan itu bertentangan dengan akidah si pengkaryanya?

  2. saudari nur aflah,

    saya bersetuju, kebenaran harus ada bersama kebebasan media, tapi dalam konteks ini, yang dihasilkan adalah sebuah karya sastera dan bukannya satu bahan berita arus perdana. Jika kita ingin memperkatakan kebenaran yang harus selari dengan kebebasan media, saya percaya masih banyak yang perlu diperbaiki dalam corak penerbitan berita Suara Keadilan, Harakah dan juga Utusan sebagai contoh.

    saya agak keliru dan tertanya-tanya apakah keadilan atau freedom membenarkan kita melakukan segala-galanya? saya tidak fikir begitu. Namun yang dipersoalkan sekarang adalah 1. karya itu adalah karya sastera, dan 2. ‘pejuang’ kebebasan media adalah yang paling lantang meng’hentam’ media sekarang.

  3. You bodoh kah? Kalau media melaporkan berita yang benar ok lah. Tapi suratkhabar UTUSAN itu memang CRAP dan tidak betul apa yang dia laporkan! Kenapa you sokong dia? Cilakoi betul UTUSAN!

  4. Mana prinsip keadilan dalam Islam?. Macam mana orang bukan Islam nak menghormati Islam sebab penganut Islam sendiri tidak berpaksi kebenaran, keadilan dan kejujuran?. Jadi jangan disalahkan Lim Kiat Siang atau Karpal Singh memperlekehkan Islam kerana orang seperti Chamil Wariya yg otak beku dan terlalu taksub pada nasionalism. Nasib baik ada orang macam Nik Abd Aziz kalau tidak langsung Islam tidak dihormati langsung di Malaysia!!

  5. Budak Mulhouse,

    Saya hanya mengulas karya ini berdasarkan kualiti karya ini sebagai bahan sastera, anda faham apa itu maksud sastera? Kalau anda tidak menyukai UTUSAN, saya tiada masalah dengan itu.

    Kembaralah ke pelusuk dunia, baru kenal erti kerdilnya kita dan pemikiran kita. Di tempat kita, memang lah kita jaguh, apa yang kita fikir benar belaka. Di tempat orang, mulia pada mata kita, hina pada mereka, ataupun sebaliknya. Barulah kita kenal pendapat berbeza mengikut tempat dan budaya. Yang sama, penerimaan pada karya sasteranya, baik yang puitis, kritis ataupun fiktif sebegini.

    Kecilkan skop anda kepada sastera dan kebebasan media merujuk kepada karya sastera Chamil Wariya.

    Kemudian tanya diri sendiri, siapa yang bodoh?

    Slyderrose,

    Pertama, saya tidak mengerti apa maksud nama kamu, tetapi saya faham sekali akan soalan kamu itu. Keadilan dalam Islam bukanlah kesamarataan seperti yang dicanangkan sesetengah orang, pada saya ianya bermaksud mendahulukan mana yang berhak. Maka kita harus kenalpasti siapa yang berhak terlebih dahulu.

    Soal saya kepada kamu, adakah salah jika nasionalisme Chamil Wariya begitu menebal? tidakkah Utusan dan wartawan melayu ketika zaman pra-merdeka yang menyuntik semangat kebangsaan yang menebal dalam diri setiap orang Melayu? Sehinggakan negara kita mendapat kemerdekaan.

    Islam bukan pada individu, tidak tertegak Islam di M’sia hanya kerana Nik Abdul Aziz. Saya hormat pada dia, namun tidak berani saya nyatakan maruah Islam terletak pada manusia, jika ditakdirkan satu hari nanti beliau terpesong jua, apa akan jadi pada maruah Islam jika air muka Islam bergantung padanya?

  6. alah…klau nak ikut..dlm goblok pembangkang tu lagi ha…bertimbun2 fitnah…adilkah? dlm posting reply kat sini ada kata utusan penipu…sbb wadah kerajaan

    wah2..kenapa tak cakap blog lim kitsiang penipu? harakah penipu..suara keadilan penipu? kan media2 ni adalah propaganda pembangkang..napa tak diiktiraf penipu pulak?

    yg ni hasil sastera n klau nak ikut kan pun aku setuju jek dgn cerpen tu..biar kasik bersepai sket otak teresa tu

  7. ISA harus bertindak serta merta kepada pengarang dan utusan… mana pandangan albab… napa tidak bertindak… jelas mengundang kumpulan fanatik dan yang tidak berkepentingan dalam hidup untuk mengikut panduan cerpen ini supaya niat ini dalam mesej itu dapat direalisasikan secara tidak langsung… ini strategi PENGGANAS!

  8. Jangan taasub sangat dengan Nik Aziz. Dalam agama mungkin dia boleh dibuat rujukan. Tetapi dalam soal tertentu yang lain kena tanya pakar yang berkaitan. Yang marah karya Chamil mungkin kerana kedangkalannya dalam medium kesusasteraan itu sendiri. Atas tanggungjawablah maka karya tersebut terhasil. dan tidak mungkin karya itu terjadi secara tiba-tiba. Proses minda inilah yang perlu ditelaaah kita semua. Marah-marah hanya meletihkan saja.
    Peminat Nik Aziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s