Minyak turun lagi, peniaga buat-buat tak tahu.

Malaysiakini: Minyak turun lagi – http://malaysiakini.com/news/91251

Harga minyak mentah di pasaran dunia merudum lagi, melepasi tahap USD78 setong berikutan penurunan permintaan daripada negara-negara besar seperti Amerika dan beberapa negara di Eropah yang sedang berada dalam krisis kewangan yang berskala mungkin lebih besar daripada ‘The Great Depression’ pada tahun 1929.

Apa yang menarik, kali ini suka ataupun tidak, Barat telah meniru langkah-langkah menyelamatkan ekonomi Malaysia yang telah dipraktikkan ketika kemelesetan ekonomi 10 tahun lepas. Penggabungan institusi kewangan (contoh HBOS dan Lloyds TSB di UK), memiliknegarakan institusi kewangan (BnB, AIG, RBS di UK dan US) adalah adaptasi kepada langkah Malaysia 10 tahun lepas.

Ironinya, dahulu Malaysia dan beberapa negara kecil Asia dihentam dan dikritik kerana tidak membenarkan institusi-institusi kewangan yang tenat ini dibiarkan mati secara semulajadi dalam apa yang dikatakan sebagai ‘kemusnahan kreatif’ dan langkah kerajaan untuk masuk campur adalah tidak selari dengan prinsip kebebasan pasaran, serta tidak disokong oleh IMF. Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu juga memilih untuk membiarkan institusi perbankan dan pinjaman kewangan Malaysia pada ketika itu merasai keperitan pemusnahan kreatif tersebut.

Malaysia tidak mengikut telunjuk IMF dan bebas daripada kemelesetan. Yang menghairankan saya, ada seorang Perdana Menteri dalam penantian masih konsisten dan percaya IMF adalah penyelesaian kepada segala masalah.

Hari ini harga minyak mentah turun lagi, sudah kali ketiga harga pasaran tempatan petrol per liter telah dinilai semula, dan setiap kali penilaian semula dibuat, harga petrol diturunkan. Secara jumlahnya, harga petrol di pam telah diturunkan sebanyak 40sen/liter (peningkatan bersih hanyalah 38sen/liter)

Kesannya, pasaran dan ekonomi Malaysia pada masa kini adalah menggambarkan ekonomi semasa dunia dan bukan lagi ekonomi fantasi. Kenapa, apabila harga minyak dunia meningkat, harga petrol di pam kekal di takuk sama, kos peningkatan terpaksa diserap oleh Kerajaan dan ini akan menyukarkan perancangan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Sekarang, harga di pam menggambarkan harga pasaran dunia ( dengan diskaun kekal 30sen per liter ) dan penjimatan yang dibuat oleh Kerajaan harus dan mesti disalurkan kepada perkara-perkara yang menguntungkan rakyat terbanyak secara langsung. Contoh, penjimatan diberikan dengan mengurangkan harga barangan kawalan, memperbanyakkan stok simpanan, mengurangkan beban rakyat miskin, memperbanyakkan ruang dan peluang untuk rakyat berkemampuan rendah untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan sebagainya.

Berbeza sekiranya harga petrol masih di alam fantasi, apabila harga petrol kekal pada tahap yang sama, harga pasaran dunia terus meningkat, negara menanggung beban subsidi yang sangat tinggi hanya untuk bahan bakar yang tidak dinikmati secara sekata. Kenapa saya berkata begitu? Kerana tidak semua rakyat Malaysia memiliki kenderaan, hidup mereka tidak terjejas secara langsung sekiranya harga petrol meningkat seratus peratus sekalipun.

Jika terjejas pun, secara tidak langsung. Kesan domino daripada peningkatan harga minyak, boleh menyebabkan harga barang runcit lain meningkat. Alasannya, kos pengangkutan meningkat. Minyak naik 78 sen per liter, harga barangan turut naik mendadak. Kerajaan telahpun melakukan apa terdaya untuk menurunkan kembali harga minyak. Harapan saya cuma dua perkara;

1. Nilai kembali harga pasaran dunia dengan harga petrol tempatan dengan lebih kerap

2. Pastikan peruncit, peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara mendadak apabila petrol naik dan liat untuk menurunkan harga kembali apabila petrol turun.

Rujuk artikel saya mengenai kenaikan harga petrol di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s