PAU08: Tangguh ataupun tidak..

1. Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan Pemilihan Agung UMNO 08 akan ditangguhkan daripada Disember 08 kepada Mac 09. Usul ini telah dibawa oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Badawi, dan disokong oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. Jawatan Perdana Menteri Malaysia akan bertukar tangan, persoalannya kepada siapa?

2. Siapakah calon-calon Perdana Menteri Malaysia ke-6. Mereka adalah YAB Datuk Seri Najib Razak, YM Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga tidak ketinggalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (susunan adalah tidak mengikut keutamaan).

3. Konsep peralihan kuasa adalah satu amalan yang boleh menjamin keamanan, ketenteraman dan juga memastikan kelancaran proses pengalihan kuasa tersebut. Dengan adanya peralihan kuasa tertinggi eksekutif negara yang teratur dan lancar, maka perjalanan proses pentadbiran negara tidak akan terjejas. Tetapi, adakah peralihan kuasa secara ‘suka sama suka’ diantara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah cara yang terbaik pada masa ini?

4. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Pertama, peralihan kuasa kali ini adalah terlalu hampir dengan pemilihan pucuk pimpinan UMNO. Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, soalnya Presiden UMNO bukan milik mutlak seseorang dan jika ada yang ingin mencabar dan bertanding jawatan tersebut, maka secara tidak langsung peralihan kuasa ini akan terbantut.

5. Tidak hairanlah kenapa Datuk Seri Abdullah tidak ingin jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, supaya perancangan peralihan kuasa yang pada awalnya dijangka berlaku pada Jun 2010 akan berjalan seperti dimahukan. Itu adalah kemahuan Datuk Seri Abdullah sendiri dan bukannya kemahuan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia yang lain. Oleh kerana itu timbul desakan, dan permohonan supaya peralihan kuasa PM-TPM itu diperincikan semula.

6. Pertandingan merebut jawatan adalah amalan asas demokrasi, melainkan jika ahli sebulat suara tidak bersetuju pertandingan diadakan.

7. Setiap jawatan hendaklah dipertandingkan tanpa sekatan ataupun kuota, saya percaya jika kuota tidak digunapakai sekalipun, tidak akan ada pertandingan melebihi 10 penjuru bagi jawatan ketua cawangan. Jika ada sekalipun, jarang-jarang. Tidak bermakna sistem kuota yang ada sekarang tidak sempurna dan tidak harus dipraktikkan, mungkin kaedah ini sesuai 20tahun lepas namun tidak lagi sekarang.

8. Pak Lah sudah memaklumkan kepada umum bahawa beliau adalah outgoing Prime Minister, dan keputusan samada untuk bertanding jawatan Presiden UMNO ataupun tidak akan menentukan perjalanan peralihan kuasa yang sebenarnya. Adakah ianya mengikut prinsip demokrasi yang sebenarnya ataupun tidak?

9. Jika Pak Lah bertanding, maka lawannya boleh jadi Tengku Razaleigh DAN Najib Tun Razak. Kenapa? Jika ditakdirkan Tengku Razaleigh menang jawatan Presiden UMNO, sudah tentu segala perancangan peralihan kuasa antara Pak Lah-Najib akan terkubur begitu sahaja. Pemilihan UMNO kali ini adalah konsep peralihan kuasa yang sebenar-benarnya, tiada lagi perjanjian ‘suka sama suka’ antara dua individu, sebaliknya ini adalah suara ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi.

10. Jatuh bangun, halatuju UMNO akan ditentukan dalam masa terdekat ini. Pak Lah akan membuat keputusan yang akan menyaksikan UMNO terus kekal relevan ataupun hilang bersama-sama kareer politik Pak Lah. Jika satu ketika dahulu, ahli-ahli UMNO pernah berkata ‘Kami sayang Dato’ Onn, tapi kami lebih sayangkan UMNO’, mungkin kali ini nada sama juga yang akan dipalu oleh ahli-ahli UMNO, cuma nama Dato’ Onn sahaja ditukar dengan Pak Lah.

11. Sebagai seorang insan, Pak Lah akan diingati sebagai pemimpin yang mementingkan kualiti dalam diri setiap manusia, memperlengkapkan diri dengan keperibadian tinggi, untuk mengisi nikmat dan kemudahan yang dikecapi selepas era pemodenan Malaysia. Apalah gunanya jika Malaysia mempunyai bangunan-bangunan canggih-manggih, tetapi tiada modal insan untuk mengisi dan memanfaatkan kewujudan infrastruktur moden tersebut.

12. Pemimpin datang dan pergi, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang akan pastikan generasi akan datang mendapat manfaat daripada pentadbiran beliau pada masa kini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s