Ada apa dengan 16hb September (4): Malaysia yang demam

Respon kepada artikel-artikel dibawah:

Malaysiakini

http://malaysiakini.com/news/89797

http://malaysiakini.com/news/89856

http://malaysiakini.com/news/89836

Hari ini 16hb September merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Bagi mereka yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah tanggal 16hb September, hari ini merupakan hari dimana kepercayaan mereka dipermainkan, tetapi masih ada lagi yang setia dan mengharap.

Berbeza pula bagi mereka yang tidak ingin melihat mandat yang diberikan dalam pilihanraya umum kali ke-12 dirampas diluar prinsip dan amalan demokrasi, hari ini, Malaysia terselamat daripada ancaman individu-individu yang ingin merealisasikan impian peribadi tidak kira walau dengan apa cara sekalipun.

Setelah hampir 6 bulan (setengah tahun) Malaysia masih belum kebah lagi dari demam politik. Malaysia masih lagi belum sembuh. Bermula dengan tsunami 080308 yang melihatkan 5+1 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR), DSAI mengorak langkah untuk terus mara ke Putrajaya. Tanpa dipaksa ataupun dipengaruhi oleh sesiapapun, beliau mengungkapkan tarikh 16hb September, kerajaan akan bertukar tangan. Bermulalah waktu suram yang panjang buat Malaysia yang masih lagi demam.

16hb September hampir meninggalkan kita,  namun masih tiada lagi kedengaran sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri dilafazkan oleh DSAI.

Sidang akhbar dibuat untuk menyampaikan ‘berita besar’. DSAI dalam ucapannya berkata, beliau sudah ada jumlah MP yang cukup, esok akan diumumkan. 100 wartawan berpusu-pusu ke pejabat PKR, namun masih tiada senarai yang dikeluarkan. Sebaliknya, DSAI menegaskan dalam tangan beliau ada lebih 31 orang MP, cukup untuk menumbangkan kerajaan BN sekarang. Dan desakan dibuat supaya Abdullah Badawi, menerima permintaan DSAI untuk bersemuka.

Sekarang Abdullah pula minta Anwar umumkan dahulu senarai nama MP yang bakal melompat kepada rakyat – yang terdiri daripada mereka yang mengharap dan juga menyampah – sebelum berunding dengan Abdullah.

Drama politik ini mungkin akan berakhir dengan penyudah yang amat anti-climax. Kesudahan yang bakal mengecewakan ramai. Selama 6 bulan, rakyat didendangkan dengan irama mengasyikkan, segala tugas dan tanggungjawab telah diabaikan. Kerajaan menjadi huru-hara, sistem politik kucar-kacir, sesama Islam menuduh serta menuding jari, prejudis timbul sesama masyarakat, keadaan ekonomi dunia yang semakin merudum dilupakan.

Retorik-retorik mengasyikkan sudah lama menjadi tatapan dan makanan minda rakyat Malaysia terutamanya pasca PRU 12. Adakah segala masalah akan selesai dengan hanya menukar kerajaan diluar prinsip demokrasi? Sudah tentu tidak. Sebaliknya mungkin pelbagai masalah lain pula yang akan timbul. Adakah PR boleh memberi jaminan bahawa dalam masa terdekat selepas pemerintahan bertukar tangan, segenggam MP terlepas dari tangan DSAI dan kembali ke BN? Boleh jadi Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru setiap 6 bulan.

Jika 16hb September dijanjikan oleh DSAI, janji yang dibuat tanpa paksaan daripada sesiapapun, DSAI sudah gagal. DSAI juga mungkin akan hilang kredibiliti pada mata umum kecuali penyokong tegar PKR. Kata mesti dikota. Mungkin DSAI cuba membeli sedikit masa dengan sidang akhbar yang dibuat, walau apapun beliau hanya punyai 48jam untuk memastikan hayat politik beliau masih relevan.

Malaysia masih lagi demam, mungkin 48jam lagi segalanya akan kembali seperti biasa. Malaysia akan mampu untuk bersedia menghadapi krisis ekonomi yang sudah mula dirasai oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia seperti Amerika dan beberapa negara Eropah. Ketidakstabilan politik dalaman Malaysia akan dapat diatasi jika Ketua Pembangkang menumpukan tenaga, usaha dan komitmen beliau untuk menjadi Ketua Pembangkang yang kuat dan bukannya sibuk untuk memikirkan bagaimana untuk melakukan sabotaj keatas kerajaan semasa.

Malaysia tidak boleh selama-lamanya dibiarkan demam, banyak lagi kerja-kerja yang tertunda akibat terlalu banyak ancaman-ancaman oleh mereka yang bercita-cita besar. Cukuplah DSAI…

Advertisements

4 responses to “Ada apa dengan 16hb September (4): Malaysia yang demam

  1. macam cerita hindustan.. gila kelentong.. betulla kata Mustapha Ali.. dia kelentong.. cit.. tapi, PAk LAh bila lagi nak turun minyak.. harga dah jatuh bawah 100USD setong.. takut2,dari kelentong, jadi betul2 lompat.. politik Malaysia jangan main2.. tak ikut buku teks..

  2. najmi,

    Sivaji the boss, anwar refer himself as…

    Mustapha Ali dah jadi kambing hitam dalam PAS, khalid samad yang sentiasa dibelakang anwar setiap kali sidang akhbar secara terbuka hentam penasihat politik Haji Hadi, Presiden PAS. Cikgu Pa juga adalah pengerusi jentera Pilihanraya PAS tu.

    Memang betul, drama hindustan ni sudah memecahbelahkan bukan hanya BN tetapi PAS skali.

    Harga minyak harus turun sejajar dengan harga pasaran dunia, mekanisme review harga minyak mungkin kena buat 2 kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti dicadangkan.

    Politik Malaysia tak ikut buku teks, tapi ada seorang ahli politik yang bercita-cita besar terpengaruh dengan buku the Prince, by Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara!

    Doakan Malaysia selamat daripada krisis ekonomi dan krisis politik. Krisis ekonomi kita tak boleh cntrol sangat ada aspek makroekonomi. Tapi krisis politik kita boleh control, caranya hentikan cita-cita nak tumbangkan kerajaan. Tumpukan perhatian jadi kalau ketua pembangkang, jadi ketua pembangkang yang terbaik, and if PM, jadi PM yang terbaik.

  3. anwar manusia paling hipokrit abad 21…..dia takut mati kempunan x jd pm sbb dulu dah ada dlm mulut tp jatuh sbb sikap x sabar dan hipokrit…dalam kerajaan dulu kutuk pembangkag DAP n PAS dan keluar terbalik pulak…yg pelik PAS n DAP pun macam x gheti2 bahasa sapa anwar…sampai kan kawan saya yg fanatik anwar cakap kalau pun anwar liwat depan mata dia pun dia maseh sokong anwar…itu lah fanatik kebodohan melayu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s