Ada apa dengan 16hb September (3): Bawa balik semua MP BN!

Kemaskini, DSAI membayangkan sasaran 16hb September mungkin dilanjutkan ekoran BNBBC membawa keluar MP BN ke Taiwan, maka adalah diluar kemampuan seorang MP untuk melompat merentasi jarak beribu-ribu kilometer untuk membolehkan PR memerintah. Keputusan.. tangguh 16hb September.

Tarikh alternatif lain juga sudah pun kedengaran, mungkin 20hb September akan menjadi saksi kepada 2 kemungkinan dalam lipatan sejarah kerajaan Malaysia;

1) Anwar berjaya meyakinkan jumlah bilangan MP yang mencukupi untuk membolehkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai, begitu juga impian beberapa lagi politikus-politikus lain yang ingin menjadi menteri. Maka tertulis dalam lipatan sejarah, Malaysia ‘diselamatkan’ oleh gerakan terang-terangan membelakangkan demokrasi untuk mencapai matlamat. Sejarah juga akan menyaksikan BN akan dengan ‘lemah gemalai’ membiarkan perkara ini berlaku. Malaysia akan jadi satu sejarah.

ATAU

2) Anwar gagal untuk membawa MP BN melompat dan seterusnya usahanya untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan BN yang diberi mandat oleh rakyat menemui jalan buntu. Kesannya, mungkin kredibiliti Anwar akan sedikit terkesan dan Anwar telah berjaya memporak-perandakan pentadbiran Malaysia selama 30 hari beliau menjadi Ketua Pembangkang. Harus diingat, perkara pertama yang dilakukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang adalah memboikot sidang Dewan Rakyat dan sejak itu tiada lagi berita lain selain usaha beliau untuk memancing MP daripada BN.

Sebagai pihak yang sedang diserang, tentunya BN boleh melakukan apa sahaja untuk memastikan serangan pihak lawan berjaya dipatahkan. Adakah PR menjangkakan BN akan datang mengetuk pintu rumah ketua de-facto PKR itu dan menyerahkan bulat-bulat MP mereka. Tidak mungkin. Jadi kenapa harus dipersoalkan, jika betulpun tujuan lawatan sambil belajar itu merupakan usaha untuk mematahkan perancangan PR, sebagai pihak yang sedang bertahan, ianya merupakan satu langkah yang bagus.

Perlukah MP BN yang didakwa ingin ‘melompat’ ada pada 16hb September itu? Setahu saya, berdasarkan pengamatan saya, hanya ketua kepada gagasan parti-parti politik yang menang pilihanraya dan diberi mandat oleh rakyat yang akan masuk mengadap DYMM Yang diPertuan Agong untuk mendapat perkenan membentuk kerajaan. Tidak perlu Anwar membawa masuk kesemua ‘hasil pancingan’ beliau untuk masuk ke Istana Negara. Mengikut Raja Petra anwar sudah ada 34 MP didalam bagasinya, dan kesemuanya sudahpun menandatangani surat perjanjian yang disediakan oleh peguam.

Anwar already has 34 Barisan Nasional Members of Parliament ‘in the bag’. The government knows this so they have sent these Members of Parliament to Taiwan for a ‘study tour’…

The government knows that these Members of Parliament have already signed their letters and that these letters are now with Anwar. All Anwar needs to do is to present these letters to His Majesty the Agong to prove to the Agong that Abdullah Ahmad Badawi no longer commands the majority confidence in Parliament…

RPK in his article Hari reformasi, the day of a new dawn

Hari ini Anwar dihadapkan ke Mahkamah untuk mendengar semula pertuduhan kes liwat. Beberapa pemimpin PKR menjangkakan ikat jamin Anwar akan dinafikan dan Anwar akan disumbat ke dalam lokap. Anwar juga telah meminta penyokong-penyokong untuk berkumpul di perkarangan mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu berlaku kepadanya.

Esok DSAI akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen (Jenayah 4) di Tingkat 4 Kompleks Mahkamah KL Jalan Duta @ 0900am atas pertuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008.
Menurut sumber-sumber tertentu ada kemungkinan jaminan yang diberi kepada DSAI akan ditarik balik.
Kalu ini berlaku, DSAI akan merengkok dalam tahanan Sg. Buloh hingga habis perbicaraan.
YB Zulkifli Nordin, MP PKR
Sumber-sumber tertentu sebelum ini juga mengatakan PR sudah berjaya memancing 40 MP, kemudian menjadi 45 MP, Kitingan pula menyebut sebaik Anwar menang di Permatang Pauh 30 MP akan beralih kem, dan Anwar pula mengatakan beliau mempunyai 32 nama ditangan, manakala RPK pula 34. Sumber-sumber tertentu ini tidak konsisten dan seolah-olah memperbodohkan rakyat.
“Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan,” kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.
Kemudian tarikh pula yang ditukar-tukar. Pada awalnya sebaik sahaja PR mencatat keputusan amat memberangsangkan pada PRU-12, Anwar kata dalam masa 3 bulan kerajaan BN akan tumbang, kemudian beliau melanjutkannya kepada mungkin Julai, Ogos, September, Oktober…. Hari ini Anwar tampil dengan penuh yakin menyatakan kerajaan akan tumbang pada 16hb September sempena hari Malaysia, dan seperti yang saya sudah jangkakan tarikh tersebut dilanjutkan lagi.
“Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September,” kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.
Sumber PKR ini juga menjangkakan ikat jamin ditarik balik, boleh dikatakan jumlah peguam yang menjadi pemimpin tertinggi PKR ini tidaklah begitu senang untuk termakan khabar angin tersebut kecuali YB Zul dan beberapa pemimpin lain yang juga ingin meng’cerekarama’kan keseluruhan perjalanan perbicaraan ini. Fakta, Anwar diwakili 9 peguam hebat dalam kes kali ini, PKR merupakan parti yang dipimpin oleh peguam-peguam terkemuka, DAP yang merupakan anggota PKR diketuai oleh Karpal Singh, siapa tidak kenal Karpal Singh?

Takkan lah mereka tidak tahu bahawa kes ini akan ditangguhkan, Anwar tidak akan dinafikan ikat jamin dan ‘sumber-sumber tertentu’ YB Zul itu hanyalah ingin mengsensasikan keadaaan. Jika mereka boleh membuktikan orang yang betul-betul bersalah tidak bersalah dalam kamar mahkamah, tidak mungkin mereka akan kalah dalam hujah sekiranya ikat jamin Anwar ditarik balik.

Satu lagi episod drama yang ditayangkan oleh sutradara terkemuka ini.
Jika saya punyai kuasa untuk bersuara kepada pucuk pimpinan tertinggi BN, saya akan mencadangkan mereka bawa balik sahaja Ahli-ahli BNBBC itu daripada Taiwan dan buktikan once and for all, samada Anwar selama ini sedang membohongi rakyat dengan janji-janji palsu beliau ataupun Anwar betul-betul punyai bilangan MP yang mencukupi dan bersedia untuk membelakangkan demokrasi dan terus mencapai impiannya untuk menduduki kerusi empuk di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Politik seperti ini tidak akan membawa Malaysia kemana-mana.
Advertisements

14 responses to “Ada apa dengan 16hb September (3): Bawa balik semua MP BN!

  1. jangan gelabah… kita tunggu saja 16-20 sept… pastu baru cerita… spekulasi panjang2 pon, x jadi ape gak…

  2. saya merupakan seorg individu yg seringkali melaksanakan strategi “senyap dan perhatikan”, namun menyentuh isu political climate yg tidak tentu hala di Malaysia kini saya merasakan saya telah menemui suara tersembunyi saya, and it is indeed an angry voice…

    what i find funny with the many, many recent actions of ‘sutradara kekecohan’ (you know who i mean) is that he tells us that he can provide us with a better Budget, complaining that the govt has not lined up enough foreign direct investment (FDI) for Malaysia, tapi tidakkah dia sedar with his current actions creating immense uncertainties by a promise of toppling the govt come sept 16th (or a later date, whatever-lah you ppl coz you yourself are uncertain about the date, oh ppl of the opposition) this in itself has hindered any foreign companies that may be interested in investing in our prosperous nation. if the ‘sutradara kekecohan’ is indeed a patriot and truly has the interest of the nation in his heart, he should put a rest to this ‘coup’ attempt and contribute POSITIVELY to the development of the country’s economy, bukannya go create such a NEGATIVE political environment, managing to not only put the ppl of the nation in unrest, but also assist our nation in losing the confidence of international companies. way to go mr.
    and all i see now is a power crazy recently elected MP with a personal vendetta against the govt and hell-bent on fulfilling possibly a life-long dream of being the country’s premier.

    if you indeed love the nation mr ‘sutradara kekecohan’, DON’T create so much UNCERTAINTIES, although it is apparent that you have a talent for doing so which has been proven by your many acts over the last 10 years.

    you are right ruzaimi, this kind of politics will not get Malaysia anywhere.

  3. Minyak bawah AS$100 setong

    VIENNA 10 Sept. – Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

    Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.

    Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).

    Bagaimanapun harga di pasaran Asia menyaksikan minyak bermutu tinggi bagi penghantaran Oktober naik sebanyak AS$0.92 (RM3.18) kepada AS$104.18 (RM360.46) setong dan Brent North Sea meningkat kepada AS$101.07 (RM349.70) setong.

    Menurut Chakib, dengan kuota baru itu, OPEC akan hanya mengeluarkan 28.8 juta tong minyak sehari. Keputusan OPEC itu telah mengurangkan kadar penurunan harga minyak, sekali gus menghampakan para pengguna yang menaruh harapan untuk menyaksikan kejatuhan harga minyak lebih besar.

    Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Samuel Bodman sebelum ini meminta para pengeluar minyak supaya memastikan minyak di pasaran mencukupi.

    Bagaimanapun, Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri ketika ditanya mengenai permintaan AS itu berkata: ”AS boleh memberi arahan tersebut kepada syarikat-syarikat yang ada tetapi bukan OPEC”.

    Para penganalisis sebelum ini mencadangkan agar OPEC mengekalkan polisi semasa tetapi bersetuju supaya pengurangan pengeluaran minyak oleh beberapa anggota OPEC seperti Arab Saudi yang telah mengeluarkan minyak melebihi kuota mereka.

    Bagaimanapun, keputusan akhir yang diumumkan oleh OPEC memang memeranjatkan.

    Chakib berkata, beliau tidak menjangka keputusan OPEC itu bertentangan dengan aliran menurun harga minyak yang sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

    ”Pada firasat saya harga (minyak) tetap turun walaupun keputusan telah dibuat.

    ”Saya tidak percaya keputusan ini akan menjejaskan pengguna dalam apa cara sekali pun kerana bekalan minyak berlebihan, semua orang setuju mengenai perkara itu,” katanya.

    Kepentingan yang diambil kira OPEC pada kali ini berbeza dengan pertemuan pada Mac lalu ketika harga minyak melepasi AS$100 (RM346).

    Pertemuan kali ini lebih menumpukan kepada persoalan penentuan harga minyak yang dimahukan oleh kartel itu bagi melindungi harga komoditi berkenaan daripada terus menyusut.

    Iran, Iraq dan Venezuela mahu harga minimum minyak berada pada AS$100 setong tetapi Arab Saudi lebih selesa sekiranya harga minyak pada sekitar AS$80 (RM276.80) hingga AS$90 (RM311.40) setong.

    BOY..have u read this news? wondering when government to reduce the price of petrol in malaysia? if singapore can reduce the price for many times, why we cant? it’s so pelik? does the government doesnt have money and wanna take money from the rakyat…..

    the increase of petrol price was ridiculous by gomen, see what happen!!! government doesnt think wisely in making decision..they increase the priced, then all the basic stuffs price go up..where the hell the economists that malaysia has esp those from tingkat 4..now price reduce 1

  4. Minyak bawah AS$100 setong

    VIENNA 10 Sept. – Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setong buat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

    Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.

    Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).

    Bagaimanapun harga di pasaran Asia menyaksikan minyak bermutu tinggi bagi penghantaran Oktober naik sebanyak AS$0.92 (RM3.18) kepada AS$104.18 (RM360.46) setong dan Brent North Sea meningkat kepada AS$101.07 (RM349.70) setong.

    Menurut Chakib, dengan kuota baru itu, OPEC akan hanya mengeluarkan 28.8 juta tong minyak sehari. Keputusan OPEC itu telah mengurangkan kadar penurunan harga minyak, sekali gus menghampakan para pengguna yang menaruh harapan untuk menyaksikan kejatuhan harga minyak lebih besar.

    Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Samuel Bodman sebelum ini meminta para pengeluar minyak supaya memastikan minyak di pasaran mencukupi.

    Bagaimanapun, Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri ketika ditanya mengenai permintaan AS itu berkata: ”AS boleh memberi arahan tersebut kepada syarikat-syarikat yang ada tetapi bukan OPEC”.

    Para penganalisis sebelum ini mencadangkan agar OPEC mengekalkan polisi semasa tetapi bersetuju supaya pengurangan pengeluaran minyak oleh beberapa anggota OPEC seperti Arab Saudi yang telah mengeluarkan minyak melebihi kuota mereka.

    Bagaimanapun, keputusan akhir yang diumumkan oleh OPEC memang memeranjatkan.

    Chakib berkata, beliau tidak menjangka keputusan OPEC itu bertentangan dengan aliran menurun harga minyak yang sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

    ”Pada firasat saya harga (minyak) tetap turun walaupun keputusan telah dibuat.

    ”Saya tidak percaya keputusan ini akan menjejaskan pengguna dalam apa cara sekali pun kerana bekalan minyak berlebihan, semua orang setuju mengenai perkara itu,” katanya.

    Kepentingan yang diambil kira OPEC pada kali ini berbeza dengan pertemuan pada Mac lalu ketika harga minyak melepasi AS$100 (RM346).

    Pertemuan kali ini lebih menumpukan kepada persoalan penentuan harga minyak yang dimahukan oleh kartel itu bagi melindungi harga komoditi berkenaan daripada terus menyusut.

    Iran, Iraq dan Venezuela mahu harga minimum minyak berada pada AS$100 setong tetapi Arab Saudi lebih selesa sekiranya harga minyak pada sekitar AS$80 (RM276.80) hingga AS$90 (RM311.40) setong.

    BOY..have u read this news? wondering when government to reduce the price of petrol in malaysia? if singapore can reduce the price for many times, why we cant? it’s so pelik? the government doesnt have money and wanna take money from the rakyat ?…..

    the increase of petrol price was ridiculous by gomen, see what happen!!! government doesnt think wisely in making decision..they increased the price, then all the basic stuffs price go up..where the hell the economists that malaysia has esp those from tingkat 4..now price reduces 15 cent..BUT the basic stuffs dont follow the trend..see this show the lack of far-thinking from government.. about the rebate thing..why gomen suddenly to implement it? if the price goes down, do they wanna to maintain the rebate claim?

    BN needs a change esp the top leadership to get and retain the trust from rakyat..that’s it

    p/s: how’s fasting in dublin..i miss bebuke ngan korang esp at john dillon 🙂

  5. have you heard? PKR sent some party members to chase down the BNBBC ppl in taiwan! oh my God, sampai macam tu sekali?? sanggup diorg berbelanja besar nak kejar those precious MPs! and i wonder why there isnt any reps from DAP or PAS sekali? looks like somebody is ITCHING to get into those plush seat in Putrajaya.. ish3..

  6. ada apa dengan ketamakan dan pencabulan demokrasi ini.Ingin jadi pemimpin dengan menggadaikan kata janji yang telah dimeterai sekian lama.Pemimpin yang rasanya lebih mulia dari sang musang yang hanya ingin makan ayam(musang berbulu ayam),dan tak salah rasanya yang berjanggut itu nampak kewarakannya(musang berjanggut) telah menjadikan pemburu sentiasa akan menewaskannya di hujung senapang patah(pakcik aku punya).
    Jangan benarkan Si Kitul ini melakukannya kali kedua.Kerosakan untuk kali ini rasanya akan melenyapkan bangsa Melayu yang kononnya takkan hilang didunia.Hairan,seorang yang menjadi ikon Malaysia,ketaatan pada bangsa yang dilaungkan sebelum ini,kewarakan yang telah mentaksubkan banyak Melayu lesu,kegilaan yang menjadikan semua orang jadi gila dan yang pasti akan wujud samseng-samseng politiking yang ingin menjadi pemimpin yang tak pasti lagi adakah akan dihormati.
    Yang pasti,didunia akhir zaman ini,keegoan dan kesombongan akan menjadikan dunia menuju penghujungnya.
    Dan orang Melayu khasnya,jangan jadikan Malaysia ini pentas wayang kulit yang hanya penuh dengan kedalangan.Ingat,generasi akan datang iaitu anak-anak kita sekarang akan merempat,menumpang dan mungkin dihalau sekiranya kesombongan dan ketamakan kita hari ini memungkinkan ini semua.Dan harus diingat kematian kita akan datang jua untuk kita meninggalkan segalanya termasuklah kemusnahan yang dicipta oleh kita semua.
    Orang Cina dan India,sekiranyan anda berada dinegara asal anda,adakah anda mendapat tempat terbaik seperti mana anda di Malaysia kini.Lihatlah kerosakan dinegara-negara tersebut,semuanya………… lu fikirlah sendiri.
    Sebagai warganegara sepatutnya kita sama-sama berganding bahu membina empayar Malaysia yang terus disegani sebelumnya.
    Semua yang ada kini adalah milik kita semua rakyat Malaysia.Dan pastikan anda memiliki kerakyatan Malaysia dan anda berhak keatasnya.Kami orang Melayu dan Umno beserta rakan Barisan nasional akan terus menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab keatas negara kami.

  7. bangkitlah melayu, kita bangunkan Malaysia, tanah kita yang dikongsi bersama kaum-kaum lain. Jangan biarkan mereka yang berkepentingan peribadi, bermata satu, proksi amerika mengucar-kacirkan ketenteraman negara.

  8. apae komen sedara tentang penahanan isa 3 org sekatat ini? klu ade peruntukan undang2 yang sah mengatakan mereka lakukan jenayah, kenapa tidak didakwa di mahkamah? tarik balik sekatan laman web, tapi tahan orang yang mengendalikan? lawak ape ni?

    kenapa kena tahan wartawan yang lapor ceramah ahmad ismail, tapi xtahan ahmad ismail yang buat kenyataan tersebut? kenapa tidak disiasat pita rakaman ceramah tersebut? nape dihukum melalui dalaman parti sahaja?

    kenapa ditahan teresa tapi tidak koh su kun dan khir toyo…

    saya bukan mahu membela cina… tapi keadilan dalam islam itu adalah kepada seluruh alam, melayu, cina india, islam atau bukan….

    ini undang2 rimba ape ini?

    Wartawan Sin Chew ditahan di bawah ISA
    12/09/2008 11:32pm

    KUALA LUMPUR 12 Sept. – Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pukul 8.40 malam ini.

    Ahli keluarganya memberitahu, beliau kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Perda di Seberang Jaya.

    Penahanannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan beliau dalam akhbar berkenaan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina adalah pendatang di Malaysia.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan. – Utusan

  9. exactly my point!

  10. Kenapa dok bising sangat pasal demokratik lompat masuk Pakatan Rakyat sedangkan masa PBS melompat-lompat masuk BN 1986 dulu….tak timbul pun soal demokratik…tak timbul pun soal etika…semua halal tak ada haram sikit pun!!! Serupa la mcm Teresa Kok kena tahan ISA, yang berkokok Sang Toyo…sang menuduh pun Sang Toyo….yg kena Teresa Kok. Ismail Ahmad yg buat kenyataan racist….journalist yang kena tahan.

    So…sampai bila pun seandainya apa saja tindakan boleh memudaratkan BN…semuanya mengancam keselamatan negara. Kalau boleh menjahanamkan BN…semuanya tidak beretika.

    Sudah 51 tahun BN mengamalkan politik propaganda murahan. Sampai masanya Pakatan Rakyat untuk RAMPAS kerajaan.

  11. How to comment la. RPK I dunno. But Tan and Teresa Kok ISA arrests, where got logic wan.

    Tan is absolutely innocent. She got ISA-ed while Ahmad got holiday.

    Teresa got framed by this Toyol. She’s in jail now while Toyol gets to act hero among those gullible enough to believe him.

  12. i waited until 12.00am 17 sept to write this, and as of writing this, the govt is still led by Pak Lah.. hmm.. guess all the ruckus and hullabaloo was nothing ey? and even IF (and that’s a MAJOR capital letter IF) DSAI somehow manages to wrestle the federal govt from BN at any date after this i still would find it hard to believe in anything that he may say. dulu janji ‘indah’ selewat-lewatnya sept 16 nak rampas kuasa.. how many deadlines did he set? june, then july, then august 31, now this tarikh keramat with the rally at kelana jaya and all, still nothing materialise.. how can we offer him our trust?

    so lepas ni KALAU LAA dah jadi PM, apa lagi kata-kata manis yang dia nak taburkan? bottom line, he doesn’t deliver on time! kalau jadi PM, kata nak table Bajet pada hari sekian-sekian, pastu tangguhkan, then tangguhkan, then tangguhkan? kata nak buat mesyuarat pada hari sekian-sekian, pastu tangguhkan, then tangguhkan, then tangguhkan?

    “During the Asian Financial Crisis in 1997 Anwar, in his capacity as finance minister, supported the International Monetary Fund (IMF) plan for recovery,”

    the fact of the matter is, when you become the premier of a nation, you don’t have time to learn how to be PM on the job! i am constantly reminded of DSAI plan for management of the Asian economic crisis of 98, if it were up to him we would most probably STILL be swimming in IMF debts! nak bayar guna apa kalau kita dah ambik IMF fund tu? last i checked we don’t have any money-growing trees in Malaysia. thank God we didn’t take it.. thank God..

    if we were looking for a PM with these characteristics:

    1) sikit2 nak mengadu and menagih simpati negara luar (seeking IMF fund, crying to the USA, lari ke Turkish embassy)
    2)bent on being the PM regardless of impact to the stability of the nation (face it, it’s gone on for too long, let the country recover and investors feel secure wothe the country already!)
    3)petah berbicara (all talk, hardly deliver)
    4)has a flair for the theatrics and gimmicks..

    then we have a prime candidate..

    bring this country back its peace and harmony, and let us move on with our lives. if you indeed love the country and wants it to move forward, be a good Opposition Leader and keep the govt in check, not spend your time plotting a coup. how can this country progress if one side of the parliament is on its toe thinking of ways to not be toppled, and the other side is setting dates upon dates to overthrow the govt..

    even if you do topple the govt, the full trust just isn’t there.. deliver on time next time..
    peace and harmony, for a better and progressive Malaysia..

  13. robo,

    thanks for dropping by and leaving comments on my blog. It’s good to know that I’m not the only person who are against the idea of toppling the government outside the General Election. Well the mandate has been given, give the government time and space to deliver, and these talks on tukar kerajaan, 16hb september and etc.. is not going to help Malaysia. Government can’t do their job well if they keep on bugging them every single second.

    anwar and IMF, well just recently he went to Indonesia and advocate the use of IMF to the Indonesians.

    “Menurut dia, Indonesia harus menyadari tidak bisa menyingkirkan diri dari perkembangan ekonomi global. “Wacana yang berkembang di Indonesia terlalu ekstrem. Terima IMF dan Bank Dunia atau tolak sama sekali. Saya tidak sependapat dengan pandangan itu. Indonesia menurut saya agak ekstrem. Saya tidak percaya dalam situasi global begini kita bisa berjalan sendiri,” katanya.”

    all in all i agree with you robo. Bring back peace and harmony to Malaysia. Malaysia and its citizens must move on with lives. There are too many things to be think of other than politics.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s