Malaysiakini – Lim Kit Siang angkuh!

Semalam permohonan maaf telah dibuat oleh Najib Tun Razak selaku mewakili parti UMNO yang merupakan parti yang mewakili majoriti Melayu di Malaysia. Seperti yang dijangkakan, Lim Kit Siang, mursyidul am DAP telah menolak permohonan maaf tersebut seperti dilaporkan oleh malaysiakini – DAP tolak permohonan maaf Najib.

Tindakan ini telah membuktikan bahawa sebenarnya yang sentiasa mengapi-apikan perkauman adalah DAP yang juga merupakan anggota PR. Jelas keangkuhan DAP melalui lidah Lim Kit Siang ini juga membenarkan telahan Jebat Must Die iaitu PR adalah Propagators of Racism.

Kita sekarang berada dalam bulan Ramadhan Kareem dimana umat Islam digalakkan untuk berbuat baik sesama kita, saling bermaafan dan tidak bersangka buruk. Islam meletakkan Ramadhan lebih tinggi nilainya berbanding bulan-bulan lain dalam takwim Islam.

Saya tidak salahkan Lim Kit Siang jika beliau tidak peka kepada semangat Ramadhan ini kerana beliau bukan penganut agama Islam, bahkan beliau juga adalah penentang kuat kepada penubuhan sebuah Negara Islam.

Mungkin dengan kuasa yang ada sekarang DAP telah mengambil alih tempat UMNO yang dahulunya dilabel angkuh dan tidak sensitif. Ataupun DAP tidak mahu api kemarahan akibat isu perkauman ini padam dan seterusnya menyebabkan negara dalam keadaan aman? Adakah DAP ingin terus melihat rakyat bertelagah sesama sendiri sehingga boleh mengakibatkan berulangnya peristiwa 13 Mei?

Jika Lim Kit Siang mengemukakan 5 sebab kenapa permohonan maaf itu harus ditolak, saya hanya perlukan satu sebab sahaja kenapa DAP itu perlu ditolak dari segi dasar dan perjuangan politik mereka. DAP memperjuangkan sebuah negara sekular, noktah!

Mungkin ini yang Lim Kit Siang dapat daripada pengalaman sebagai bekas Setiausaha kepada Lee Kuan Yew.

Malaysiakini – http://malaysiakini.com/news/88992

Advertisements

12 responses to “Malaysiakini – Lim Kit Siang angkuh!

  1. lim kit siang memang sengaja nak hangatkan perkauman, kebencian dalam negara. Memang sah dia ni nak tengok negara huru-hara

  2. ‘Perkauman’ issues are a serious threat to our multi-racial harmony. No one wants another May 13 1969. Ahmad Ismail’s remark are seditious by nature.

    I respect you as a right thinking Malaysian. Up to this point, are we still on the same page?

    Sometimes, simply saying sorry is not enough. Leaders of any party, be it BN or PR, should come down hard on people like him to preserve multi-racial harmony.

    IMO, ppl who say such things like Ahmad Ismail did is way beyond ‘angkuh’. It is very ‘tidak sensitif’ for Ahmad Ismail or anyone (“Bathe keris with Chinese blood” Najib, Kerishammudin also comes to mind) to incite multi-racial disharmony among citizens of Malaysia.

    The core of the issue remains … Ahmad Ismail DID provoke another race in his speech. And due to its seditious nature and serious threat to multi-racial harmony, Ahmad Ismail should be charged with sedition. NOKTAH.

  3. On the flip side … just imagine if DAP were to use “Kita belasah Melayu kau kau!” in their speeches. Do you think the hurtful feelings of the Malays can be consoled with LKS simply asking his men to say sorry?

    For a political party to qualify critisizing each other of playing racial card, they themselves must ensure their own party is free from racist politicians. BN must make sure they punish their racist politician. Only then, if in the future PR politicians guilty of using racial card, BN will be qualified to counter-attack PR.

  4. ‘saya hanya perlukan satu sebab sahaja kenapa DAP itu perlu ditolak dari segi dasar dan perjuangan politik mereka. DAP memperjuangkan sebuah negara sekular, noktah!’

    klu DAP perjuangkan negara sekular, UMNO BN selama 51 tahun ni perjuangkan apa? negara islamkah? saya boleh tunjuk sendiri wawancaara najib dengan media, menyatakan malaysia adalah negara SEKULAR sepertimana diperjuangkan umno. kat youtube pun ade… rajin carilah…

  5. LKS pun berlebih-lebih kat sini, biasanya orang politik saja yang terasa, biasanya rakyat biasa tidak kira kaum Melayu, Cina atau India tidak akan termakan kata-kata bersifat perkauman tidak kira dikeluarkan oleh sesiapa pun kerana mereka tahu akhirnya ia kata-kata juga dan tidak boleh mengubah polisi kerajaan yang telah lama bertapak.

  6. macamana boleh sekular, kalau umno perkenalkan islam hadhari? aku, kau ni orang melayu ahli DAP? macam tunku aziz tu pakat jual hak melayu.

  7. amende islam hadhari tu? aku xnmpk pon prinsip islam hadhari diaplikasikan… klu umno nak buat negara islam, dah 51 tahun ade peluang…. tapi umnolah yg dok jual hak melayu 51 tahun ni…

  8. Termaktub dalam perlembagaan Islam adalah agama rasmi, selagi perkara ini dipegang, saya berpendapat isu sekular/tidak sekular tidak relevan. Lagipun, pendekatan sekarang bukan pada nama ataupun label, negara Islam bukan pada nama, tapi pada pendekatan. Berbeza dengan pendekatan utama dan rasmi DAP, memperjuangkan pemerintahan sekular, iaitu agama dipisahkan daripada politik. Salah tu.

    Isu siapa jual hak Melayu ni, siapa yang nak menghapuskan DEB? Siapa yang nak buka UITM kepada bangsa lain.

    Bukan saya ingin menafikan hak-hak kaum lain, saya cuma berpendapat bahawa Melayu perlu diberi perhatian kerana kita semua bermula di petak permulaan yang berbeza dengan Melayu ketinggalan jauh dibelakang, sebelum perlumbaan bermula. Jika jurang ini berjaya didekatkan, barulah kita boleh bercakap mengenai kesamarataan dan persaingan secara adil dan meritokrasi.

    Betul, dalam kelapa setandan, ada sebiji-dua yang tak elok. Sistem yang telah ditinggalkan oleh negarawan-negarawan terdahulu sudah lengkap dan sempurna, mungkin pada ruang perlaksanaan sahaja yang masih pincang. Namun, kalau marahkan nyamuk sekalipun, jangan hingga bakar kelambu.

  9. DEB was introduced when? 70’s is it not to tackle the ‘jurang’. If you think Melayu is still ‘jauh ketinggalan’ despite having an edge called DEB for more than 30 years, don’t you think it’s time to seriously question how the government is failing in its initiative to close this gap? Or maybe it was never their top priority to totally close this ‘jurang’ at all?

    You narrow your views and see from a particular race, share traits associated with UMNO no doubt. The people who voted BN down in GE12 do so for the sake of our nation. Regardless of race or religion.

  10. dah brapa lama kaum cina diberi keistimewaan oleh British? lebih daripada 30 tahun.

  11. Dah la… kalau rasa 51 tahun org bagi buat x boleh buat… bagi org lain pulak try… kalu dok tunggu jugak yg tak boleh tu.. sampai bila malaysia @ melayu dok macam ni… hampeh… UM= Ummmmmmm (org atas) NO= Nooooooooo ( org bawah )….. org atas Ummmmm kenyang… org bawah No makan…..

  12. orang lain bukan nak sambung buat, tapi nak hancurkan. mana boleh bagi senang-senang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s