UMNO humbled

Some say, it takes more than courage itself to apologise and say sorry. More so when you are apologising on things that you didn’t do, in this case on behalf of someone else.

Statement from UMNO Chief Division, Ahmad Ismail is rather idiotic if i may say so, however to err is human, nobody is an angel. Though it seems that this has been blown out of proportion especially by the agressive moves by PR’s people in order to put a constant attack on UMNO, lest we not forget, not a long time ago, the same tone of remarks were shouted in a demonstration against Bar Council forum on Islam.

For the record, YB Zul an MP from PKR was heavily criticised by top PR leaders (except of PAS’s) for defending the sensitivity of muslims and the religion of Islam. Shoutings and racial remarks were thrown to the exiting forumers after Bar Council President called it a day. However, the issue was silenced and YB Zul escape not only the seditious act (for leading the group) and also stern action from party as warned by Syed Husin Ali, the VP for PKR.

A blogger, Jebat Must Die, went all out with his article, putting PR responsible for propagating racism. I do believe to a certain extent that, he did highlight few things which is quite suspicious in nature.

Malaysiakini – Cina ‘menumpang’: Najib Mohon Maaf

“Kami minta maaf, UMNO meminta maaf walaupun ia bukan kenyataan kami tetapi kenyataan itu telah dibuat oleh seorang daripada ketua bahagian kami. Ianya tidak wajar dan tidak mencerminkan pendirian dan sikap UMNO atau kepimpinan UMNO. Kami benar-benar kesal dengan perkara itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini.

Najib’s apology on behalf of UMNO would somehow bring down UMNO’s arrogance. Not only it brings down the arrogance, it does signify the true culture of a Malay, a humble Malay.

Advertisements

2 responses to “UMNO humbled

  1. Dr. M rayu sokongan ubah pemimpin, pembangkang boleh hancur negara
    03-09-2008 10:57:02 PM
    Oleh G. MANIMARAN

    PETALING JAYA: Selepas empat bulan keluar dari Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka meminta sokongan khususnya ahli-ahli Umno untuk membawa perubahan dalam kepimpinan negara dan kerajaan.

    “Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.

    “Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telah pun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan kerajaan,” kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya, hari ini.

    Dr. Mahathir yang keluar Umno Mei lalu berkata, ramai yang menyatakan sokongan untuk mengubah kepimpinan secara tidak langsung dalam blognya.

    “Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.

    “Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Datuk Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia,” katanya.

    Beliau juga mendakwa, pihak pembangkang juga akan menghancurkan negara ini jika mereka menang dan tubuhkan kerajaan.

    “Rakyat sebenarnya mendapat kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan kerajaan kepada yang baik,” katanya lagi.

    Dalam tulisannya itu, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno memberitahu, penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah hancurkan Umno, MCA, Gerakan, MIC dan BN.

    “Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.

    “Ahli kanan MCA, Gerakan dan MIC telah sertai pembangkang,” kata beliau sambil menambah, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu, ahli Umno dan BN tidak berani pakai baju dengan logo Umno atau BN.

    “Mereka tidak berani letak pelekat atau bendera parti di kereta mereka. Rapat umum mereka diceroboh ahli PKR yang memakai logo parti dan ahli BN dan Umno duduk senyap seperti tikus bila belia PKR menjerit “bohong” semasa (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) berucap.

    “BN berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN,” katanya.

  2. Umno P Pinang sokong Ahmad
    Sep 5, 08 3:53pm

    Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

    Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

    Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

    Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

    Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

    Ahmad telah mengadakan pertemuan dengan kesemua 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang malam tadi untuk memberi penjelasan isu tersebut.

    Menurut Rashid, mereka yang hadir berpuashati dengan penjelasan Ahmad.

    Mereka juga, tambahnya, turut menyokong pendirian Ahmad yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

    Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh kesemua 13 ketua Umno bahagian dan kepimpinan Pemuda dan Wanita negeri serta anggota badan perhubungan Umno negeri, kecuali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Jelas istilah ‘menumpang’

    Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

    Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

    Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

    Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah ‘menumpang’ dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

    Bagaimanapun, beliau mendakwa perkara itu telah dimanipulasi oleh seorang wartawan akhbar Cina ketika melaporkan mengenainya.

    Oleh itu, kata Ahmad, sepatutnya wartawan berkenaan yang perlu memohon maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s