Bajet lebih baik untuk siapa?

Malaysiakini – Anwar janji bajet lebih baik

Dengan bertemakan pengurangan defisit dan perlaksanaan tender terbuka, PR akan membentangkan bajet versi tersendiri sekiranya memerintah Malaysia pada 16hb September ini.

Sewaktu saya menyertai Projek Amanat Negara sebagai salah seorang daripada fasilitator kumpulan, saya masih ingat akan satu resolusi yang dicapai hasil perbincangan kumpulan saya yang terdiri daripada pelbagai kaum, termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Persetujuan yang dicapai adalah, dasar ‘protectionisme’ dalam ekonomi seharusnya dan mesti diteruskan untuk memberi manfaat dan pembelaan kepada golongan yang sepatutnya.

Salah satu agenda ‘protectionisme’ adalah praktis rundingan terus yang akan memberi manfaat terutamanya kepada syarikat-syarikat kecil yang tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang sudah kukuh dari segi kewangan dan sumber tenaga kerjanya.

Dengan pengenalan kepada tender terbuka, saya menjangkakan syarikat-syarikat besar yang mempunyai kuasa untuk menentukan harga dan kos akan secara tidak langsung menindas dan menafikan hak syarikat-syarikat kecil yang perlukan bantuan kerajaan.

Pernah saya bertanyakan kepada seorang kontraktor kelas F yang juga melihat pengenalan tender terbuka ini akan menyebabkan syarikat-syarikat kecil terpaksa gulung tikar. Syarikat-syarikat besar akan dengan mudahnya berjaya outbid pesaing-pesaing lain untuk sesuatu tender ataupun kontrak, dan lama kelamaan akibat tiada projek, syarikat kecil akan pupus tanpa pembelaan sewajarnya.

Persoalannya, siapa yang menguasai syarikat-syarikat besar? Adakah langkah ini akan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi antara kaum ataupun sebaliknya? Adakah langkah ini menjamin pembahagian sama rata kek ekonomi Malaysia?

Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Ramai yang tidak berpuas hati apabila kontraktor bumiputera yang digelar kontraktor ali baba, hanya tahu mengaut untung melalui komisyen apabila projek-projek di sub con terus kepada kontraktor lain. Namun adakah dengan pengenalan tender terbuka, permasalahan ini akan dapat diatasi?

Sejak mula saya mengikuti belanjawan negara, tidak pernah saya mendengar pembentangan bujet surplus, saya merasakan urus tadbir kerajaan tidak sama dengan urus tadbir perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan.

Owh ya, saya bukan ahli ekonomi, mahupun pengkritik dalam bidang ini, saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang melihat kesan daripada pelaksanaan tender terbuka ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman berbual dengan kontraktor-kontraktor kecil.

Advertisements

6 responses to “Bajet lebih baik untuk siapa?

  1. sejak bila anwar memperjuangkan bumiputera?

    kiri kanan ada kit siang, sivarasa mana boleh cakap pasal melayu. Jual Melayu boleh la

    Parti Pas mana?

  2. Keng Yaik: It’s all money, money, money, money, money

    KUALA LUMPUR, Sept 3 — If it was put to a vote today, Gerakan members would choose to leave Barisan Nasional. That damning verdict was given by Tun Dr Lim Keng Yaik, the party’s former president and most influential voice.

    But he added that this major decision will not be made until the issue has been debated exhaustively, and certainly not while emotions are still raw in the party which was decimated in Election 2008.

    Still, the Umno and BN leadership should be prepared for the exit of Gerakan, judging by his pungent and pessimistic reading of the political situation.

    In a wide-ranging interview with Off the Edge, the politician, who has made a living out of shooting from the hip, paints a grim picture of Umno, a party incapable of change and reform.

    Worse yet, he did not think the party’s current or next generation of leaders are enlightened. During the interview, he sketched the underlying reasons for Gerakan’s and Barisan Nasional’s dismal performance in Election 2008.

    “We had the worst kind of Umno arrogance as a result of the 2004 elections. The abuse of power, corruption, negotiated tenders with government tenders going mainly to Umno-associated companies. All this is not decided by the Cabinet but by the Ministry of Finance. You think people don’t know. Prices are jacked up and there is no check on the implementation of these projects.

    “And then you had the Umno assembly and everyone saw how racist its members can become. All these things put us as a component party in a very difficult situation. And then Hindraf came into the picture. So we knew before going into March 8 that it was very bad, ” he said.

    Dr Lim alleged that money politics culture in Umno also had an impact on the general elections, saying that all new Gerakan candidates were given “hell by the Umno divisional chairmen”.

    “It’s all money, money, money, money, money, ” he noted.

    So has Umno understood the message which voters sent them on March 8?

    “I don’t think so. Or maybe they are too preoccupied with their own party elections to come around to thinking and analysing what happened. But I think, being racially based, they think they can still turn the Malay votes. So the first thing they did was talk to Pas, ” said Dr Lim, who joined MCA in the aftermath of its disastrous showing in 1969.

    Given this backdrop, the mood in Gerakan is one of anxiety. Still, Dr Lim appeared willing to give Umno one last chance.

    “I have been saying that we are not deserters. We are willing to work with and talk to our Umno partners to change and follow what people want in terms of less racial politics, more transparency. Don’t just say you want to go against corruption; you must really go against corruption, starting with your own party – with your own party leadership – instead of just going for the civil servants.

    “We have said in no uncertain terms that Umno must change…have they fallen into a pit and cannot climb out of it? Or will they try after they settle down after their party elections, ” he said.

    He brought up the topic of reform with Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak recently, pointing that the DPM’s father rebranded the Alliance after the political tsunami in 1969, by roping in Gerakan, PPP and SUPP.

    “I asked Najib, are you thinking about rebranding Umno and BN? In terms of consumerism, the existing brand tak boleh pakai lagi, ” said Dr Lim, who conceded that Pakatan Rakyat’s Ketuanan Rakyat is a good brand.

    He did not say if Najib offered him an answer. But clearly, Gerakan wants to see some signs that Umno is prepared to change before committing to remain in Barisan Nasional.

  3. umno need to be rebranded, rejuvenated and re-oriented.

    given current political situation, umno will have to bounce back with a fresh and clean image. The choice is for the leaders to make, do they want to learn the hard way i.e by losing in GE13 and then react after that, or to be proactive and act now.

  4. salam, sambil2 bosan study plus tunggu bukak posa..saya mencelah..

    Ruzaimi tersilap kerana bertanya kontraktor kelas F akan kesan tender terbuka.. tidak semudah itu.. dalam jabatan kerajaan ada macam2 rules untuk bagi tender.. memang secara mudah akan kata nanti syarikat besar outbid syarikat kecil..
    sebenarnya, ada banyak sayarat.. antaranya, orang yang dah dapat, takkan dapat lagi dah..ada sistem giliran..
    besides, syarikat besar besanya kontraktor kelas2 atasan.. memangla kelas F akan di outbid..

    begitu juga, dengan tender terbuka kontraktor2 akan diberitahu mengapa bidaan mereka ditolak.. dengan itu, masing2 akn improve kan bidaan masing2 untuk akan datang..

    dari segi kerajaan, kompem dapat tender terbaik.. kos terbaik.. perlu ingat, terbaik tak semestinya harga murah..macam2 lagi offer.. saya rasa ruzaimi pakar bab nego ni.. teringat dia beli kamera haritu.. power betul nego nya..

    so, itu jerla..selamat berbuka puasa

  5. terima kasih najmi sudi beri dan pendapat

    Tulisan saya berdasarkan rintihan dan komen daripada seorang rakan yang juga kontraktor kelas F.

    Open tender dan direct nego pada saya perlu dipraktikkan kerana untuk projek yang melibatkan kos kecil, mungkin direct nego lebih sesuai.

  6. tambah skit.. kontraktor kelas F hanya untuk orang melayu.. so,tak risau tentang isu bukan bumi..
    tapi realiti yang ada,bila direct nego.. dapat sebab kenal orang dalam.. besanya projek akan di ‘ali baba’ kepada non bumi.. ini masalahnya..

    kalau open tender, satu malaya tahu sapa dapat tender.. dan agak mustahil dia nak ali baba..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s