Pak Samad Ismail kritikal di ICU

Tokoh Wartawan, Tan Sri A. Samad Ismail dilaporkan berada didalam keadaan yang kritikal di Pusat Perubatan Pantai kerana jangkitan paru-paru yang telah merebak ke organ-organ lain. Perkembangan terkini beliau boleh dibaca di blog anak perempuan beliau, nuraina samad. Pak Samad kini berumur 84 tahun.

Generasi muda sebaya dengan saya mungkin hanya pernah mendengar nama wartawan veteran ini ketika belajar sejarah bab semangat perjuangan kebangsaan. Bagaimana mata pena dijadikan senjata utama untuk menanam semangat anti-penjajahan di dalam minda setiap orang. Pak Samad Ismail merupakan agen utama meniup perjuangan nasionalisme Melayu yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu daripada belenggu 497 tahun penjajahan kuasa asing.

Pada masa negara sedang bergembira menyambut kemerdekaan yang ke-51 tahun, seharusnya jasa Pak Samad tidak diketepikan kerana mungkin tanpa beliau, kita tidak akan dapat bebas, dan mungkin juga Malaysia dikenali sebagai Malayan Union.

Sekarang, Pak Samad terlantar di atas katil dan diletakkan di unit rawatan rapi, jasa dan sumbangan beliau terhadap pembebasan dan pembangunan negara amatlah berharga. Jika kita bercakap mengenai pejuang kemerdekaan, nama Pak Samad tidak ketinggalan.

Doa saya buat Pak Samad, terima kasih atas segalanya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s