Majulah Malaysia

http://www.malaysiakini.com/news/88658 – Anwar angkat sumpah esok!

http://www.malaysiakini.com/news/88578 – Anwar menang besar

Sahabat baik saya mujedn bertanyakan apakah ulasan saya mengenai keputusan pilihanraya kecil parlimen p44 Permatang Pauh semalam, walaupun beliau sendiri berada lebih dekat dengan Permatang Pauh berbanding saya! Apapun, saya memang berniat untuk menulis mengenai hal tersebut.

Sebaik sahaja Datin Seri Wan Azizah meletakkan jawatan memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, semuanya sebenarnya sudah dirancang terlebih dahulu, dan sememangnya diatas kertas, kemenangan sudah berpihak kepada Anwar. Proses pilihanraya kecil hanyalah satu prosedur rasmi peralihan kuasa daripada si isteri kepada suami. Sehinggakan ada yang berkata, “jika Azizah boleh menang, apa lagi Anwar”. Fakta yang perlu diterima semua, Azizah di kerusi Permatang Pauh kerana Anwar adalah penyandang asal kerusi tersebut.

Walau bagaimanapun, ianya tidak bermakna BN tidak perlu bertanding kerana dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Lihat sahaja Hanafi Mamat dari AKIM, dalam usaha kempennya yang ala kadar itu, dapat juga 92 undi!

Apakah implikasi pilihanraya tersebut kepada negara kita? Apakah maksud disebalik kemenangan Anwar Ibrahim kepada asas dan semangat demokrasi yang menjadi tunjang perjuangan pengasas-pengasas negara?

Pertama, sistem demokrasi yang diguna pakai di negara kita adalah sistem yang terbaik setakat ini dan sistem inilah juga yang saya dokong dan akan pertahankan selagi ianya relevan dengan masa dan sosiobudaya kita. Keputusan pilihanraya p44 menujukkan demokrasi bukan sahaja wujud, malahan subur diamalkan di Malaysia. Kenapa? Kerana jika tidak, dengan ura-ura pilihanraya ini akan menjadi gateway kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk berkuasa, tentunya segala usaha akan ditumpukan untuk menafikan kemenangan Anwar Ibrahim, termasuklah dengan secara membelakangkan semangat demokrasi. Namun, ianya tidak berlaku, sebaliknya pihak yang menuduh SPR diperalatkan kerajaan mendapat kemenangan yang lebih besar lagi.

Bercakap mengenai semangat demokrasi yang sihat, tentunya beberapa peristiwa yang berlaku semasa kempen pilihanraya kecil kali ini memberikan imej yang buruk terhadap semangat demokrasi sebenar. Antaranya ialah ugutan bunuh yang diterima oleh kedua-dua pihak, kekecohan dan pergaduhan antara penyokong parti politik, ugutan bom yang diletakkan di kem Puteri UMNO, dan pelbagai lagi taktik ataupun strategi keji yang boleh memalitkan imej negatif pada perjalanan demokrasi negara.

Tidak kurang juga, agama diperalatkan serta diperkudakan untuk kepentingan politik masing-masing, satu pihak bersumpah, dan satu lagi memperalatkan imam untuk menangkis. Apapun pendirian saudara/i mengenai isu yang satu ini, setuju atau tidak jika saya nyatakan perbuatan kedua-dua pihak sedikit sebanyak menjatuhkan maruah agama Islam? Bagaimana pula dengan pendapat penganut-penganut agama lain yang melihat kita sesama Islam tidak sependapat mengenai hal yang amat penting sekali. Ada juga yang menghindukan seorang Islam yang lain, dan juga mendoakan ‘kemusnahan’ saudara sesama Islam dalam berkempen.

Saya suka bercakap mengenai realiti dan kesan langsung daripada keputusan pilihanraya ini, bagi mereka yang mempunyai kebolehan meramal apa yang akan berlaku selepas 16hb September ini, teruskan meramal. Kehadiran Anwar Ibrahim kedalam Dewan Rakyat sebagai seorang lawmaker mewakili Pakatan Rakyat tentunya akan memberikan lebih kick kepada perbahasan antara ahli-ahli Parlimen BN dan juga PR. Jika dahulu saya menginginkan keadaan dimana pembangkang punyai suara yang kuat di Parlimen, tiada lagi peluang sebaik sekarang untuk melihat keadaan itu diterjemahkan daripada impian kepada realiti.

Bagaimana negara akan mendapat manfaat daripada situasi ini? Dasar-dasar yang lebih berkualiti akan terhasil kesan daripada perbincangan dan pendebatan antara pembangkang yang kuat dan kerajaan yang tentunya akan berusaha lebih gigih. Siapa yang mendapat manfaat? Tentunya rakyat! Itulah maksud sebenar demokrasi iaitu the greatest good to the greatest number!

Suatu perkara lagi yang menjadi teras kepada minat saya dalam politik adalah untuk melihat perjuangan-perjuangan yang lebih berpusatkan dasar-dasar yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat terbanyak dan ianya bukan hanya terletak kepada populariti seseorang personaliti politik tertentu.

Akhir sekali, saya rasa sudah jelas disini bahawa amalan demokrasi harus dan wajib diperjuangkan selagi ianya relevan dan berlandaskan ketetapan yang dianjurkan oleh agama tidak kiralah agama Islam, Hindu, Kristian mahupun Buddha. Sebarang tindakan ataupun usaha untuk membelakangkan demokrasi demi mencapai cita-cita peribadi seharusnya tidak berlaku dalam keadaan negara kita yang sedang melalui proses pematangan dari segi politik. Terlalu banyak yang risiko yang akan dihadapi oleh negara jika amalan demokrasi sihat tidak lagi menjadi agenda utama , lebih-lebih lagi apabila pujukan ‘kuasa’ yang amat sangat.

Tajuk artikel ini diambil sempena lagu kebangsaan Singapura iaitu ‘Majulah Singapura’, untuk direnungkan oleh pembaca budiman/wati sekalian.

Advertisements

8 responses to “Majulah Malaysia

  1. hahaha..betul2 poyola weih!

  2. ape yang poyo nye??? so childish and so ignorant.

  3. peminat pakatan

    some correction… wan azizah is now Datuk Seri Wan Azizah.

    bila kekalahan berlaku, semua pemimpin umno bn mengatakan ianya sudah dijangka… well, bagi saya jika ianya sudah diketahui, alangkah baiknya diberikan anwar menang tanpa bertanding… bayangkan berapa banyak wang kedua2 parti yang boleh dijimatkan… mungkin umno boleh guna duit itu utk bayar hutang yang tertunggak sebanyak 218 juta ringgit tu…

    demokrasi perlu dilihat dalam konteks yang luas… saya gembira melihat pemimpin pelapis umno sudah mula mahu berbicara tentang erti demokrasi yang sebenar….

    demokrasi bukanlah hanya atas kertas undi, dan bukan hanya berlaku 5 tahun sekali… demokrasi juga bermaksud tidak melakukan penyalahgunaan kuasa2 dan dana kerajaan, dengan beri peruntukan kerajaan untuk raih undi parti – lihat Ng Yen Yen beri peruntukan warga tua dan suruh undi bn. dan secara tiba2 ade peruntukan yang diberi najib kepada masjid sebanyak 100k sebuah di permatang pauh… bagaimana pula dgn masjid2 lain di selruh negara?

    demokrasi juga bermaksud tidak menggunakan media massa perdana seperti organ parti… demokrasi juga bermakna melakukan kempen dengan berhemah, bukannya menfitnah, menghasut dan menabur api perkauman.

    demokrasi juga bermaksud tidak melakukan diskriminasi kepada pilihan rakyat, yang tidak memihak kepada parti yg memerintah. saya suka ambil contoh kelantan kerana sudah 18 thn jd kerajaan negeri – bagaimana peruntukan tetap selalu diberi lewat, bagaimana pelaburan luar dihalang datang ke sana, bagaimana diwujudkan agensi lain untuk menafikan kuasa kerajaan (kerajaan dlm kerajaan), bagaimana menteri besar tidak dijemput ke mesyuarat menteri besar, bagaimana pm tidak pernah berjumpa mb setiap kali melawat kelantan…

    bagaimana pula rampasan royalti yg berlaku apabila pas menang di terengganu, kemudian buat wang ihsan, kemudian nak jadi royalti pula? bagaimana pula dgn 2 mrsm yang ditutup… bagaimana pula dengan peruntukan kepada ahli parlimen yg sepatutnya diberi kepada semua mp, tapi dinafikan kepada ahli parlimen pembangkang?!

    dan banyak lagi pencabulan demokrasi yang berlaku selama ini… jadi saya cadangkan kepada ruzaimi yang ingin memperjuangkan demokrasi tulen, supaya melihatnya secara menyeluruh, dan menggunakan saluran menasihati kepimpinan sekarang utk memperbaiki amalan demokrasi yang tempang yang berleluasa dari dulu smpi sekarang… jika tidak rakyat akan terus menghukum… dan mungkin boleh saudara mengulas kenyataan tun M sebelum ini yang mengatakan demokrasi telah mati dalam umno sendiri…!

    demokrasi tertakluk pada undang2… saya lihat ruzaimi risau sungguh klu peralihan kuasa berlaku di peringkat pusat… cuma, jangan salah tafsir antara demokrasi dan hak asasi… jangan perkecil kebolehan berfikir ahli parlimen… lainlah klu ditawar wang dan kuasa… itu perlu ditentang dan dibawa ke muka pengadilan…

  4. Untuk Ruzaimi….Keh Keh Keh!!!

  5. uncrowded.. very childish la kau

  6. yes.. uncrowded.. u r so childish.. grow up… talk n give opinion like an adult…

    p/s: respect others in order to be respected…

  7. Correction..

    *Datuk Seri Wan Azizah.. but still since she is the wife of a Datuk Seri, i guess it is not wrong to refer her as Datin Seri especially when her role as a wife is the topic of discussion. Lain lah kalau saya refer Anwar Ibrahim sebagai Datin Seri.

    peminat pakatan,

    Idealist vs realist.. that’s what you should concentrate more on in your future readings or soul searching efforts.. I am amazed and rather surprised by your almost perfect counter statements.. However some of them lack the touch of reality..

    Mind you, I am not here to stand strong defending the wrongdoings committed by umno members/leaders nor I am advocating readers to support a specific political party. My view is simple, political party, student society, small group discussion is a ‘mean’ (vehicle) to a common goal.

    If you have a valid, legitimate, rational and most importantly people-serving stance or idea which you held strongly, you will have to find a mean as a channel to broadcast it, to impose it in the form of actions. Only then the people will benefit from your bright and fruitful thoughts.

    some of the allegations (u may call them facts) u put up have a lil pinch of exaggeration in them. However, i believe biasness happened to a certain extent in opposition controlled states, vice versa beb regardless PR or BN.

    demokrasi telah mati dalam umno, kata tun M. Check my article on the decision of no contest for top post in UMNO. I want to see a contest at least for no.2 seat (since pak lah is stepping down), better if there is contest for top post too. Demokrasi mati jika semuanya adalah secara peralihan kuasa, elok sahaja diwujudkan jawatan Tengku Mahkota dalam UMNO.

    Segalanya nampak mudah, ianya tidak se’simple’ yg kita sangkakan given that UMNO ada sejarah perpecahan besar selepas pertandingan jawatan paling tinggi pada tahun 88. Anwar pun ada sejarah beliau tersendiri dalam pemilihan UMNO, jika tidak mana mungkin Anwar dapat naik dengan sebegitu cepat dalam tangga kepimpinan UMNO sehingga menjadi Timb. Presiden UMNO. Ingat Tun Ghaffar Baba?

    Cadangan saudara/i saya terima dan itulah yang saya sedang lakukan sekarang, mencuba sedaya upaya saya, menggunakan semua bentuk saluran yang ada untuk membawa suara golongan muda supaya didengari oleh pimpinan negara.

    Siapa yang sebenarnya memperkecilkan kebolehan berfikir ahli Parlimen? Siapa yang sering membuat kenyataan ‘atas angin’ yang membelakangkan demokrasi? Saya risau jika wang dan kuasa menjadi umpan, anda pun bersetuju, bukan?

    No one is an angel. Obsesi perlu ada batasannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s