Kolum Ringkas: Macam-macam

Ulasan ringkas berita-berita terkini dipetik daripada Malaysiakini.

1. ‘Seks & duit’: 2 exco Perak dicekup BPR

Perkembangan ini mungkin akan membuka mata dan minda sesetengah pihak. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan amalan rasuah atau salahguna kuasa hendaklah diambil tindakan sekiranya siasatan menunjukkan terdapat bukti yang kukuh kesalahan tersebut berlaku. Selari dengan langkah kerajaan untuk menjadikan BPR sebagai sebuah suruhanjaya, kecekapan dan keberanian BPR dituntut dalam menyelongkar dan mengheret mana-mana pelaku rasuah ke muka pengadilan.

Respon daripada pengerusi DAP Perak menarik perhatian saya;

“Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?” – Ngeh Koo Ham

Kenapa pula Yahya Sahri digantung terus daripada tugas setelah siasatan BPR dilakukan keatas beliau? Untuk rekod, Yahya Sahri merupakan pegawai kanan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bukannya bentuk tindakan yang menjadi persoalan sebaliknya konsistensi PR dalam menangani isu-isu sebegini, saya melihat mungkin keadilan dinafikan kepada Yahya dalam konteks kes terbaru ini.

2. Semoga cepat sembuh Nik Aziz, dan Musa Hassan

Dalam artikel terdahulu, saya ada menyentuh mengenai perihal hubungan penyakit jantung dan ahli politik, tidak terkecuali musryidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has been admitted to the Perdana Specialist Hospital here for exhaustion

Bezanya kali ini, ianya juga melibatkan seorang pegawai tertinggi polis, Tan Sri Musa Hassan yang baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung dua hari yang lalu.

Apapun, terdapat cakap-cakap yang mengatakan Musa Hassan nazak akibat bala daripada sumpah saiful bukhari. Jika betul, apa kaitannya pula dengan Nik Aziz. Bagi saya, ini semua cakap-cakap nakal daripada pihak yang seronok dan gembira melihat masyarakat bertelagah dek kerana fitnah dan sangkaan jahat mereka.

Kepada mereka berdua, didoakan agar cepat sembuh.

3. Sumpah Saiful

Ulama, ahli politik, ahli akademik, masyarakat umum berbeza pendapat mengenai perkara ini. Ianya dapat dilihat dari sudut luaran iaitu teknikal lafaz sumpah itu dibuat, ataupun isi kandungan sumpah tersebut. Banyak perbincangan saya lihat menyentuh sudut luaran sumpah tersebut, antaranya perlu atau tidak al-Quran dibawa bersama, adakah menggunakan masjid bida’ah, dan ada juga yang mempertikaikan kenapa pegang al-Quran dengan tangan kiri.

Jika saiful bersumpah dengan apa cara sekalipun, adakah ianya akan mengubah maksud apa yang dilafazkan ketika sumpah itu? Jika ingin dilihat daripada syariat Islam, ada yang kata saiful mengikut lunas-lunas yang ditetapkan syariat, ada juga yang tidak bersetuju. Maka, eloklah jika kita lihat terus kepada isi (substance) lafaz sumpah laknat itu.

Saya risau jika sumpah laknat ini jadi mainan seperti Statutory Declarations yang boleh dibuat dan ditarik balik dengan sesuka hati. Sumpah ini bukan sebarang sumpah, ianya adalah sumpah dengan menyebut nama Allah dan bersumpah dengan nama-Nya. Apakah yang mendorong lafaz sumpah ini dilakukan? Kenapa saiful begitu berani? Sumpah bukan mainan..

4. Bendera terbalik

PM kata satu perbuatan yang kurang ajar, saya kata ianya adalah satu perbuatan yang kurang sopan, membelakangkan kedaulatan negara dan terlalu emosional sehingga mengetepikan rasa hormat kepada Jalur Gemilang, lambang kegagahan dan kesucian Malaysia. Jika ingin selamatkan Malaysia, kibarlah jalur gemilang secara betul, menunjukkan patriotisme kita yang tiada tolok bandingnya.

Advertisements

6 responses to “Kolum Ringkas: Macam-macam

  1. peminat pakatan

    ruzaimi ada komen tentang kempen umno yang sangat berbau perkauman di permatang pauh?

  2. Assalamualaikum……………
    Nampaknya mainan sumpah sudah menjadi trend ‘sejak-menjak’ sekarang.
    2 yang terakhir ( setakat ini ) Najib & Thangarajoo A/L Thangavelu.
    Saya percaya ada benar dalam “salah” dan ada salah dalam “benar” tentang perkara ini,
    Tugas kita yang dikurniakan akal dan ilmu oleh Allah, sekaranglah kita kena gunakan secara bijak dan matang.
    kalau “Tiada Angin masakan pokok bergoyang ”
    Takutlah kamu akan Allah daripada takut akan kehilangan kuasa, manusia dan wang.

  3. Anwar WON in Permatang Pauh (P44) by-election.

    THE RESULT:
    Total Voters: 58,459
    Datuk Seri Anwar Ibrahim (PR) : 31,195 votes
    Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) : 15,524 votes
    Hanafi Hamat (AKIM) : 92 votes (lost more than his pants)
    Majority: 15,671 votes
    Anwar won with a bigger majority than when Wan Azizah won in GE12. That was impressive considering that he has an impending sodomy II charge to answer to soon.

    It was even more remarkable considering that all the BN top flops were there to rally for the dead fish. Everyone and everything that could speak or even have a feeding gap have voiced their undying support for BN and the dead fish. Just check out the following links and see for yourself.

    PM in last dash campaign for BN man
    Barisan’s contributions endless, says Najib
    Ezam: Anwar handed out RM1b jobs to 15 bumi firms
    Now, Ezam tells of death threats and order to get out of town
    ACA to probe Nalla’s graft allegation
    Worry over culture of violence
    Barisan, Pakatan rope in VIP reinforcements in final 48 hours
    Many not registered for aid
    Saiful ‘appears’ to garner votes
    With all the top flops there, no wonder BN lost by an even wider margin. If we were to have GE13 this instance, BN would be wiped out of existence, just like the dinosaurs.

    Bye Bye BN.

  4. boy how’s pre departure? waiting for ur comments on victory of anwar in permatang pauh..please la update

  5. uncrowded,

    congratulations, your idol won in permatang pauh.

    lets uphold the true spirit of democracy, for democracy has spoken in permatang pauh, anwar is the permatang pauh’s people choice.

    i’m still waiting for the time when policies is the main pulling factor, rather than personalities (which is also needed to a certain extent).

    mujedn,

    pre-departure went well, am happy to see that the participants benefited from the event. am happy to play some part in their preparations too. All in all, i wish them luck in their future undertakings abroad. May they bring back new technologies, skill and expertise to be implemented in Malaysia in few years time to come.

    I’m working on post-permatang pauh article. stay tuned.

  6. Pingback: Majulah Malaysia « ReminisceRespondRelax

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s