Bila hati dah suka

Dalam post saya yang lepas, hanya dua ayat yang saya tulis, selebihnya saya quote daripada Malaysiakini, namun komen yang diterima melebihi jumlah komen-komen artikel saya yang lain. Terima kasih yang sudi respon walaupun ada yang terang-terangan menghina. Memang lumrah manusia, kita hanya mahu dengar benda yang kita suka sahaja. Apabila datang sesuatu yang tidak sealiran, kita akan memberikan satu reaksi yang biasanya negatif.

Apabila kita bercakap mengenai kebebasan bersuara, liberalisasi, ataupun keadilan sesama manusia, kita perlu ingat tidak semua berfikiran sama seperti kita. Contoh paling mudah, apabila saya mengatakan yang saya tidak percaya Anwar adalah seorang yang tidak mempunyai wang, ramai yang tidak boleh menerimanya. Saya ingin tegaskan, soalnya disini adalah, adakah kita sudah mampu untuk ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ atau dalam bahasa Inggerisnya agree to disagree.

Saya memilih untuk tidak bersetuju, maka saudara/i tidak boleh memaksa saya untuk bersetuju terutamanya apabila hujah balas yang diberikan adalah tidak kukuh. Saya ada sebab kenapa saya tidak bersetuju jika Anwar mengatakan demikian. Ini adalah peluang beliau yang terakhir untuk menakluk Putrajaya, it’s either now or never, jika saya diberi peluang untuk menasihati beliau, akan saya katakan belanjalah sehingga sen beliau yang terakhir.

Saudara/i, gunalah nikmat blog dan teknologi ini untuk menambahkan ilmu, berkongsi pendapat secara matang dan terpuji, bukan dijadikan medan untuk menghamburkan kata-kata kurang manis hanya kerana emosi kita terusik akibat sesuatu yang tidak sealiran dengan fikiran kita.

Saya mempertahankan hak saya untuk menyuarakan pendapat saya secara matang, dan saya tidak pun sesekali merahsiakan identiti saya kerana saya bertanggungjawab atas setiap apa yang ditulis oleh saya. Tidak seperti beberapa pemberi komen dan penulis blog yang selesa menghentam, memfitnah dan mencaci disebalik nama samaran.

Pautan berkaitan;

Malaysiakini – http://malaysiakini.com/news/88004

Advertisements

19 responses to “Bila hati dah suka

  1. peminat pakatan

    nak berkenalan? boleh laa hantar emel… alamat pon dah ade…

  2. peminat pakatan

    2 ayat ruzaimi adalah….

    Saya tak percaya! Ini semua adalah untuk raih simpati, saudara/i bagaimana?

    tak bersetuju tak mengapa, tapi tanpa memberi hujah dan fakta perkara lain. tambah pula dibisikkan tuduhan ‘untuk raih simpati’. ini ape? kalau bukan melulu namanya?

    ada yang kontradiksinya dalam 2 posting ini… pertama ruzaimi kata x percaya anwar x berduit, tapi posting ini dia kata pulak;
    ‘Saya ada sebab kenapa saya tidak bersetuju jika Anwar mengatakan demikian. Ini adalah peluang beliau yang terakhir untuk menakluk Putrajaya, it’s either now or never, jika saya diberi peluang untuk menasihati beliau, akan saya katakan belanjalah sehingga sen beliau yang terakhir.’

    nah, makanya klu ini peluang terakhir anwar, pastilah dia akan taburkan segala sen yang dia ada, tapi ini tidak berlaku, sebaliknya dia kata die tidak ada duit, yang membuktikan kejujurannya, bukan untuk menyogok rakyat.

    maka atas gerangan dan sebab dan hujah ape ruzaimi katakan die tidak percaya anwar bukan seorang yang kaya raya?

    saya alu-alukan lah untuk berhujah dan gunakan fakta…. tapi masalah bila kita kemukakan fakta, die tukar topik, lari tajuk, dan buat2 cool… sedang dlm hati kepanasan….

    dan klu nak kenal, hantar le emel ek?

  3. Kita tidak boleh paksa hati orang. Dulu pun saya tak suka Anwar sebab dia masuk Umno tetapi bila dia dihina dan diaibkan begitu rupa saya terus menyebelahi dia. Sebagai orang Islam kita dilarang sama sekali berbuat perkara sedemikian rupa. Mereka yang telah melakukan kezaliman tersebut sudah pun mendapat pembalasan yang setimpal. Allah Maha Adil.Tidak ada satu perkara pun yang terlepas daripada pengetahuan Dia. Jika kita ada salah satu daripada 10 sifat yang buruk iaitu hasad,dengki,tamak,haloba,riak,takbur,menzalimi,fitnah,aniaya dan jaga tepi kain orang maka belumlah sempura kita sebagai insan yang kamil; maka tidak hairanlah kita ada orang yang mengaku Islam tetapi sanggup membuat saudara Islam dia sendiri. Ini disebabkan iman yang sangat nipis dan tidak pernah bersyukur diatas pemberian Allah.Jadi perkataan yang sesuai untuk mereka-mereka ini adalah syaitan.Syaitan adalah musuh kamu yang sangat nyata maka haruslah kita lawan.

  4. paku dulang, paku sepih… mengata orang, die yang lebih…

    Tiada orang yang kisah kalau anda mahu berikan pendapat anda… Tapi macam apa yang peminat pakatan katakan, tuduhan macam ‘untuk raih simpati’ itu, saya rasa tidak berapa perlu…

    Dan biasalah adat berblog… Kalau sudah menjolok sarang tebuan, bersabarlah dengan apa sahaja yang mendatang…

    Have a nice day!!!

  5. kalau kita nak orang bagi derma, kita akan tunjukkan kita berduit atau tidak berduit? Kalau kita nak orang bagi derma, kita mestilah meraih simpati orang terlebih dahulu..

    apa pun, terima kasih semua kerana sudi memberikan komentar..

  6. peminat pakatan

    salah tempat daa balas komen….

    apepon, utk menjawabnya…. klu btul2 x berduit mcm mana? tadi sedara ruzaimi kata x percaya anwar x berduit (tanpa fakta), sebab nak raih simpati, lepas tu dia kata sepatutnya anwar tabur duit supaya dapat ke putrajaya… kontradik disitu. jadi mana satu strategi yg betul? tunjuk xberduit, raih simpati, dapat duit, @ tabur duit, kemudian menang?

    dari analisa saudara, yg paling hebat adalah datuk seri anwar… yelah, tak berduit, dapat simpati, dapat derma, dan insyaallah menang. tak perlu rasuah2 macam dlm pemilihan umno skrg…

    yang canggungnye ialah umno…. sebab dah selalu sangat bagi duit… klu x bagi duit, orang x dtg ceramah, x undi…. klu tunjuk xde duit, agak2 ade ke org nak derma….?? hehe….

    budaya rasuah politik bukan budaya kita… ianya budaya umno…

  7. Damn Amsterdam….Boy, badan ko mesti dah banyak kene sengat tebuan kan? LOL!

    Rasuah politik existed for thousands of years already maaa, since the Romans and Greeks. And correction, it is budaya Melayu, not UMNO only (sad but true).

    Maybe the new Melayu(s) can get rid of it. Call me pessimistic, but I don’t see it happening within the next 20 years or so.

    PKR if you guys ever get hold of Malaysian Govt, please prove me wrong 🙂

  8. peminat pakatan

    budaya ‘kita’ disitu bagi saya merujuk kepada Islam, dan mereka (non-muslim) yang mengamalkan nilai-nilai murni yang sama… i refuse to accept bribery as my culture, disease is a correct term.

    rasuah, saya sangat yakin dapat dihapuskan jika kita punya ‘political will’ yang kuat, and with current pakatan leadership, i strongly believe it can be done…

    it can be done in lesser than 20 years, just see what happen in Hong Kong… lets pray and play our part to make Malaysia a better country

  9. ‘kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai’, tebuan yang sengat ni tak ada bisa pun, mungkin lebih elok dipanggil lalat.

    saya menyokong budaya politik yang rasional dan tidak emosi, percanggahan pendapat hendaklah disanggah dengan berhemah dan bertamadun.

    kalau hati dah tak suka, semuanya serba tak kena, kalau hati dah terlampau suka, cuit sikit pun dah melatah bagai nak rak.

    jebon, thanks for the matured comments, i don’t want to get tangled in a whirlpool of political rhetorics esp of those who are not civilized and clever enough to engage in this ‘debate’ with proper words and rebuttals. For them i wish best of luck.

    peminat pakatan, anda sudah lama membuat keputusan mengenai dsai, maka tiada lagi ruang untuk sebarang keraguan.

    untuk uncrowded, apa-apa pun saya respect dengan cara kamu yang konsisten itu, konsisten memaki hamun dan menunjukkan kepada dunia dengan penuh ‘hikmah’ betapa malaysia perlu menyokong PR. Jika inilah budaya segelintir penyokong PR, tidak hairanlah beberapa wartawan dibelasah baru-baru ini.

  10. peminat pakatan

    to ruzaimi, thanks, becoz u can see right through me…

    betullah, saya yakin akan kepimpinan DSAI dan kepimpinan pakatan rakyat… ada sedikit keraguan, bukan xde langsung… diorg bukannya maksum

    jadi, sbb saya tgk ruzaimi ni ala2 atas pagar, tapi banyak condong pada umno, maka itulah saya bagi komen, pendapat, hujah, kerana pastinya banyak lagi keraguan yg ada dlm fikiran ruzaimi. bertukar2 pendapat, dan berbincang, itu point blog ni dan ruangan komen kan? kecualilah klu ruzaimi nak tulis untuk diri sendiri sahaja… remember, there is always another side of the story…

    komen ruzaimi pada uncrowded pada saya kurang adil, sbb ruzaimi buat generalization of uncrowded = semua penyokong PR. kita pilih sesuatu bukan melihat pada segelintir yang dibawah, kita lihat pada dasar yang diperjuang dan pimpinan di atas. klu ruzaimi nak saya berikan contoh kelakuan buruk penyokong parti yang saudara condong, mudah saja untuk ditunjukkan ribuan contoh. malah tidak sukar untuk tunjukkan ramai pemimpin yang tidak bermoral dlm parti tersebut.

    harap tidak ditolak ruangan untuk berbincang secara jujur

  11. to peminat pakatan:

    …”kita pilih sesuatu bukan melihat pada segelintir yang dibawah, kita lihat pada dasar yang diperjuang dan pimpinan di atas”…

    so…judging from your statement above, if there was a major leadership overhaul in UMNO (from bad to good of course) and I firmly believe that most of UMNO’s philosophies still relevant…would you consider joining UMNO then???

  12. okay, my comment on uncrowded is based on his outstanding long history in this blog, if you have time you might want to go thru what he already commented on here. Then i’m sure you will at least understand why i reacted that way.

    Same format applies, one’s sin doesn’t make others as bad.. peminat pakatan might agree with my reply to uncrowded but disagree on the generalization part, i’ll take back the semua penyokong PR generalization and direct the comment straight to uncrowded, i should have written segelintir (it is more politically correct).

    So peminat pakatan, don’t go and generalize all umno people makan rasuah and tak ikhlas, some (in fact most) of them are very sincere in their fight for Islam, Bangsa and Negara.

    This time, your tone changed, to a much more conducive tone for healthy debate. I welcome you to my blog.

  13. peminat pakatan

    to jebon; ye, pada saya 2 perkara, pertama dasar, kedua pimpinan. dasar yg utama… saya bukan selamanya penyokong anwar, dulu saya pernah tidak bersetuju dengannya… jujurnya, pada saya dasar umno, atau norm yang mungkin dah jadi dasar, banyak yang saya x sekata… panjang sgt utk dihurai. since ade parti yg bawa dasar yg saya setujui, i think i’m gonna stick with it for the moment. like u said, IF ade major overhaul, pada pimpinan dan norm yg buruk, saya akan consider utk join. why not, there is no reason for me to fight them anymore…. but if is a big word… i love to see a dynamic politic environment in Malaysia… like Tom Dobbs said; politician is like a diaper, u need to change them frequently, and for the same reason ;p

    to ruzaimi, tq for the sincerity. mengenai rasuah dlm umno, saya cuma quoting ape yg berlaku kini dan sebelum ini didalam umno, ape yg berlaku pada pimpinan utama, bukan pada individu bawahan dan diluar dari parti. to cite a few example; kekecewaan oleh tan sri rafidah sekarang, kontroversi di pengerang, kes tun mahathir, kes isa samad, zaid ibrahim, and many others… it is not a secret anymore that u can make a fortune if choosen to be perwakilan masa perhimpunan agung umno. anyway, i applaud u for the effort to bring changes in umno, and i wish u all luck with it…

    to uncrowded; i had to agree with ruzaimi. hope u slow down on your anger and tone… kite bincang baik2… klu bincang cara kasar, ianya takkan didengar wlupon pointnye valid… tq

  14. betul apa yang ruzaimi kata..kalau tak suka semuanya tak kena…yang betul tetap tak betul..dulu umno perjuangkan melayu,bila umno bersama bangsa lain tak boleh..umno kafir..itu duluuuuuuuuuuuu….skg umno masih perjuangkan melayu,umno perkauman,skg ujudlah satu pakatan yang berjuang untuk semua bangsa demi negara malaysia maka ujudlah “pakatan rakyat.” dulu..,pas.tidak suka umno .mca,mic,dap..sebab mereka ini kafir..skg pas suka dap..dulu dsai pejuang melayu dan islam masa dalam abim,masa dalam umno,boleh sesiapa jelaskan pada saya…..
    rasuah….
    adakah semua pemimpin yang ada skg rasuah?kalau anda semua ckp hanya umno saja yang rasuah anda semua pembohong,hanya dengar khabar,dengar ckp atau pun anda semua tahu tp buat2 tak tau sbb bila dah suka ada mata butakan mata,semua politik rasuah pas,pkr.dap semua ada rasuah…dari akar umbi hinggalah kepemimpin.
    maksud sy bukan semua pemimpin..setiap kali pru semua parti politik ada rasuah..saya setuju 16 september akan jadi kenyataan supaya anda semua akan dapat lihat satu perubahan yang tidak pernah anda sangka2kan..kita tunggu dan lihat
    saya akui apa yang saya luahkan disini tidak ada fakta tp sy telah lihat dengan mata sy sendiri…berkaitan dengan rasuah ini berlaku bukan hanya pada umno..
    untuk peminat pakatan…
    dalam politik rasuah tetap akan ujud walau mcmana peminpin sekali pun kita bendung
    kita hanya boleh bercakap,hanya boleh luahkan pendapat.

    selama ini pun bangsa2 lain dah hidup dengan harmoni di malaysia boleh ikut cara islam,hanya dap saja selalu menentang islam..dulu bangsa2 lain tidak pernah mempertikaikan hak2 islam sebelum ujudnya pr,dulu tidak ada hindraf,dulu hak2 islam terpelihara dengan baik semua bangsa menghormati hak2 islam,,skg apa yang berlaku?skg pr belum lg berkuasa tp hak2 islam telah dipersoalkan?ini bukan perkauman ini adalah kenyataan..saya percaya apabila pr berkuasa kelak segalanya hak oanng islam akan dihapuskan..kalau nak harapkan pas..hanya pandai bercakap tp macam tin kosong..kalau pas benar2 nak jadikan negara ini islam buktikan pada rakyat
    buktikan pada dap…pendapat saya kalau anda semua benci pada umno tp janganlah sampai gadaikan maruah islam,maruah bangsa…kalau anda semua sanggup bangsa lain mencaci islam n bangsa melayu anda semua dayus…anda semua sama je dengan orang yang terdapat dalam umno..pemimpin anda semua berjuang bukan demi bangsa dan ugama tp demi kuasa dan wang….saya bukan tak suka pada dasar pr tp nape pemimpin pr yang berbangsa melayu berugama islam yang sanggup mempersoalkan hak2 org melayu? tak berani mempertahankan agama islam dan hak org melayu walaupun dipersoalkan oleh bangsa lain..knapa????????adakah disebabkan untuk menjaga keharmonian kaum????ataupun takut hilang kuasa?????

  15. actually manusia nih mmg ada sifat tamak.. tak kire la sape2 pun..rasuah.. semua rakyat menunding jari terhadap pemimpin UMNO.. mmg benar ianya berlaku(saya pun tak setuju!!!)… kerana manusia nih ade hawa dan nafsu.. tak akan penah puas dgn ape yang dah ada.. skrg pihak pembangkang boleh la ckp ini ckp itu sbb mereka berada di tempat lain.. cuba bygkan kalo pihak pembangkang yg jadi pemerintah.. saya percaya cerita rasuah nih akan tetap ada.. manusia dipakaikan oleh Allah dengan hawa dan nafsu yg bermskd pantang kurang dan pantang rendah… so basically sama aje la…

    yang saya kurang berkenan cara PR perjuangkan apa yang mereka nak.. sedikit demi sedikit hak melayu hampir hilang.. saya perhatikan DSAI pandai berkata2.. bangkitkan sentimen perkauman…maka negara jadi huru hara.. selama 50 thn merdeka.. tak pernah jadi masalah pun… kerana ‘kebijaksanaan’ beliau berkata2 lah kaum lain mula ‘memberontak’…

    mungkin tak ramai sedar.. sebenarnya kaum cina lah yang banyak membantu dalam ekonomi negara..orang melayu lebih harapkan subsidi..pertolongan..kerana kita masih lagi dibelakang.. kalo la hak melayu makin hilang.. saya tak heran suatu hari nanti orang melayu akan ditindas oleh orang cina..

    p/s: teringat pepatah Hang Tuah..’takkan melayu hilang di dunia…’

  16. tak sampai 24 jam saya tulis comment di atas.. paper hari ini dah keluar kes rasuah orang PR.. caught red handed lagik!! itulah..lain kali jgn menunding jari aje.. manusia nih sama aje.. bile dah ada kuasa.. nafsu mengatasi segalanya…

    p/s: .. paku dulang paku serpih… pikir la sendiri..

  17. peminat pakatan

    upset kata pembangkang hanya boleh bcakap tentang anti rasuah sbb belum jadi pemerintah…. pas dah jadi kerajaan hampir 19 tahun berturut-turut, dan sebelum itu lagi, tidak pernah dengar pun satu kes rasuah berlaku. ezam sendiri iktiraf kerajaan kelantan paling bersih dari rasuh, beberapa bulan sblm masuk umno. maknanya klu kita ikut Islam, insyaallah x berlaku, sbb itu dosa besar.

    benarlah Allah hiasi kita dengan nafsu, bukan untuk kita turuti, tapi untuk lawan. kenyataan upset mmg kenyataan orang kecewa, dan persimistik utk menjadikan umat islam umat terbaik… adakah upset kata kita sama dan takkan berubah smpi bila2?

    saya pelik, org cina tiada subsidi tapi maju, org melayu ada subsidi tapi xmaju2, kenapa? dulu masa tun mahathir kata melayu bangsa tongkat dan subsidi, dan perlu buang, saya rasa ramai org umno setuju. skrg upset kata melayu perlu subsidi lagi sbb masih dibelakang, dan klu tiada subsidi, akan terus x maju… upset cadangkan kita terus jadi bangsa tongkat atau bangsa kompetitif?

    tentang isu rasuah PKR, bagi saya tahniah pada BPR kerana menjalankan tugas… siasatan perlu dijalankan dengan adil, dan hujah kedua2 pihak perlu didengar dan diadili sebaiknya di mahkamah. klu betul bersalah, alhamdulillah kerana dapat membersihkan pakatan dari mereka yg perasuah, dan kita x perlu pada orang yang rasuah… dan harap bpr lebih telus dan tidak selektif dalam menjalankan siasatan dan penangkapan…

    apapun, saya optimistik utk malaysia yg lebih baik… saya optimistik akan perubahan… dan tak perlu utk upset sepanjang masa, mainkan peranan anda

  18. Anwar WON in Permatang Pauh (P44) by-election.
    THE RESULT:
    Total Voters: 58,459
    Datuk Seri Anwar Ibrahim (PR) : 31,195 votes
    Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) : 15,524 votes
    Hanafi Hamat (AKIM) : 92 votes (lost more than his pants)
    Majority: 15,671 votes
    Anwar won with a bigger majority than when Wan Azizah won in GE12. That was impressive considering that he has an impending sodomy II charge to answer to soon.

    It was even more remarkable considering that all the BN top flops were there to rally for the dead fish. Everyone and everything that could speak or even have a feeding gap have voiced their undying support for BN and the dead fish. Just check out the following links and see for yourself.

    PM in last dash campaign for BN man
    Barisan’s contributions endless, says Najib
    Ezam: Anwar handed out RM1b jobs to 15 bumi firms
    Now, Ezam tells of death threats and order to get out of town
    ACA to probe Nalla’s graft allegation
    Worry over culture of violence
    Barisan, Pakatan rope in VIP reinforcements in final 48 hours
    Many not registered for aid
    Saiful ‘appears’ to garner votes
    With all the top flops there, no wonder BN lost by an even wider margin. If we were to have GE13 this instance, BN would be wiped out of existence, just like the dinosaurs.

    Bye Bye BN.

  19. uncrowded,

    congratulations, your idol won in permatang pauh.

    lets uphold the true spirit of democracy, for democracy has spoken in permatang pauh, anwar is the permatang pauh’s people choice.

    i’m still waiting for the time when policies is the main pulling factor, rather than personalities (which is also needed to a certain extent).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s