Harakah: Tolong keluarkan artikel yang lebih bertanggungjawab

Saya tertarik dengan artikel yang diterbitkan didalam harakahdaily yang meringkaskan beberapa cerita yang diambil daripada individu tertentu, yang belum tentu betul dan sahih faktanya, dan disambung-sambungkan supaya dapat ‘menghiburkan’ pembaca setia yang mungkin tiada masa untuk menganalisis sehinggakan terpaksa terus menelan cerita ini bulat-bulat.

Setelah di’gebang’ dan dipalu beberapa cerita sensasi disusun mengikut irama yang satu, ini kata penulis artikel tersebut;

“Sejauhmana dakwaan ini betul, penulis tidak dapat mempastikannya. Penulis hanya membuat analisis daripada sumber cerita daripada individu-individu berasingan, yang ditemui secara berasingan, lalu digabungjalin menjadi sebuah teori yang ada rasionalnya.”

Saya rasa penulis artikel ini sudah terlalu taksub dengan tulisan RPK sehinggakan ada ayat-ayat dalam artikel beliau diceduk daripada artikel ‘dewa journo’ beliau itu. RPK pernah mengeluarkan satu akuan bersumpah berdasarkan kenyataan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkenaan (reliably informed). Nampaknya penulis artikel ini pun juga mempunyai pelbagai sumber yang beliau pun tidak pasti kesahihannya, namun tidak dapat mengekang nafsunya untuk menulis artikel yang boleh membawa pembaca setia ke alam fantasi.

Betapa  mudahnya berita-berita daripada sumber yang penulis sendiri tidak berani mengesahkan kesahihan berita tersebut, dijadikan sebuah artikel utama, diolah dengan begitu berat sebelah seakan-akan artikel beliau dijadikan alat indoktrinasi pembaca-pembaca setia yang lurus. Kemanakah perginya prinsip penulisan bertanggungjawab wartawan dalam hal ini? Adakah corak penulisan sebegini menjadi teras ilmu kewartawanan?

Jika betul dan berani memegang fakta-fakta yang didengari melalui beberapa sumber tersebut, saya percaya Negara ini mempunyai ramai Pesuruhjaya Sumpah yang pada bila-bila masa sudi menerima bayaran RM4 sahaja sebagai upah untuk mengesahkan akuan bersumpah si penulis artikel ini.

Sumber:

Harakahdaily – Pendedahan komplot politik UMNO disebalik tuduhan terhadap Anwar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s