Forum: Syed Ali persoal Zaid membisu? Anwar bagaimana?

Forum ‘Memeluk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia ternyata telah mengundang pelbagai reaksi daripada umum, termasuklah personaliti parti-parti politik. Yang peliknya disebalik kontroversi, demonstrasi, dan kekecohan yang berlaku akibat penganjuran forum ini, Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga mengatakan forum ini berjaya, seperti dilaporkan disini.

Saya keliru dengan apa yang dimaksudkan kejayaan oleh Datuk S. Ambiga, mungkin objektif majlis peguam menganjurkan forum ini tercapai. Persoalannya, apakah objektif yang ingin dicapai. Saya melihat penganjuran majlis ini telah mewujudkan beberapa implikasi yang pada sesetengah pihak dianggap sebagai negatif dan positif pada pihak yang berlainan. Terpulanglah kepada khalayak yang mengikuti perkembangan ini untuk menilai dan cuba mengenal pasti apakah objektif yang ditetapkan oleh majlis peguam ketika menganjurkan forum ini.

Apa yang boleh dibincangkan adalah implikasi ataupun kesan akibat kedegilan majlis peguam meneruskan forum tersebut walaupun setelah ditentang dan dikecam oleh pihak kerajaan, parti-parti politik berkenaan, NGO dan penduduk majoriti negara ini yang beragama Islam.

Bagiku agamaku, bagimu agamamu

1. Forum ini hanya berlangsung selama satu jam, dihiasi dengan laungan dan pekikan para peserta demonstrasi diluar bangunan majlis peguam, namun masih dianggap forum berjaya.

2. Penganjur forum ini tidak menjemput ahli agama yang lebih berhak untuk bercakap mewakili umat Islam di Malaysia.

3. Mengapa perlu menganjukan forum terbuka, sedangkan pihak kerajaan sudahpun memulakan beberapa siri perjumpaan tertutup antara pemimpin-pemimpin agama yang ternyata lebih hikmah dan berkesan.

4. Majlis peguam ini seakan-akan lebih besar daripada undang-undang, apabila berani membahaskan artikel 12 yang sudah termaktub didalam perlembagaan.

5. Ketika PAS, UMNO dan beberapa orang pemimpin PKR yang melawan taukey telah bersama-sama mengutuk tindakan majlis peguam itu, beberapa pemimpin berkenaan mengambil sikap membisu. Antaranya, Datuk Zaid Ibrahim de facto Law Minister, dan seorang lagi pemimpin de facto, iaitu pemimpin agung PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa membisu apabila isu sensitif ini dipertikaikan, terutamanya ianya melibatkan maruah Islam?

6. Saya melihat tidak perlulah pemimpin UMNO dikecam lagi, kerana Presiden sendiri telahpun memberikan amaran keras agar sebarang bentuk forum yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak lagi dianjurkan. Sila rujuk disini

7. Yang lebih merungsingkan saya adalah, kenyataan daripada Naib Presiden PKR, Syed Husin Ali yang kecewa dengan penglibatan ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin dalam demonstrasi tersebut. Lantas membuatkan saya tertanya-tanya, jika bukan perjuangan untuk memastikan hak dan kesucian agama rasmi negara ini tidak dipertikaikan, apakah perjuangan sebenar parti tersebut?

8. Tidakkah memastikan keadilan buat majoriti penduduk Malaysia yang menganut agama Islam tidak termasuk dalam definisi adil dalam agenda parti tersebut.

9. Hari ini, Syed Ali pula mendesak Zaid Ibrahim supaya meletakkan jawatan, jika Syed Ali tidak keberatan, desak juga Anwar Ibrahim untuk tidak bertanding dan lupakan terus hasrat untuk menjadi Perdana Menteri ke-6. Beliau pun turut sama membisu, bukan sekadar membisu, dikecam pula pemimpin PKR yang berjuang demi agama Islam seperti dilaporkan disini

Bernama memetik Syed Ali sebagai berkata ketika masyarakat Islam mempertikaikan kedegilan Majlis Peguam mengadakan forum itu secara terbuka Sabtu lalu, Zaid masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

10. Tidak cukup dengan itu, DAP pula yang merupakan parti paling berpengaruh dalam Pakatan Rakyat pula mendesak tindakan diambil terhadap ahli PR yang menyertai demonstrasi tersebut.

DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu “sama rendah dengan Umno”.

11. Satu lagi fakta yang merungsingkan saya adalah syor daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10peratus daripada jumlah kemasukan pelajar UITM dikhaskan kepada bukan Melayu. Saya menyokong penuh kenyataan balas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin;

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

12. Sekurang-kurangnya, menteri berkenaan tidak membisu dalam hal ini. Berbalik kepada soal pemimpin membisu, jika Anwar Ibrahim kekal membisu dan lebih suka untuk menjaga hubungan baik beliau dengan rakan DAP (memandangkan PAS juga menyertai demonstrasi tersebut) maka saya rasa beliau juga patut tangguhkan dulu hasrat beliau untuk ke Putrajaya.

Sumber – Forum: Syed Ali persoal Zaid Membisu

Advertisements

13 responses to “Forum: Syed Ali persoal Zaid membisu? Anwar bagaimana?

  1. Isu UiTM

    Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra.

    Saya telah pun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut.

    Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.

    Isu Forum Majlis Peguam

    Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup.

    Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap sekali melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.

    ANWAR IBRAHIM

  2. JANGAN PANJANGKAN ISU KEMASUKAN PELAJAR
    13 OGOS 2008
    Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato’ Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.
    Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.
    Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.
    Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.
    Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.
    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

    Sekretariat Akhbar
    Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

  3. uncrowded ni running dog PKR ke?

  4. Umno cuma nak carik isu jear nak jatuhkan pakatan.. sebab tu lah isu ITM dileretkan bejela.. konon nak bela nasib bangsa.. ceh..

  5. memang pun ,itu lah keje umno be and selepas kalah.

  6. soalan saya mudah, setuju atau tidak jika UITM dibuka kepada bukan bumiputera? With due respect to all non bumis..

  7. peminat pakatan

    setuju… kenapa tidak? kabinet pon dah setuju dulu kan? nak tanya saudara ruzaimi plak… setuju tudak mrsm, matrik dibuka 10% pada non-bumi. setuju tidak biasiswa jpa bumiputera dikurangkan dari 90% kepada 55%? kalau tak setuju, harap buat post pasal tu ek… jangan tau nak hentam pakatan je… tgk sejarah balik….

  8. peminat pakatan

    sedara ruzaimi, tgk balik berita dulu2…. skang ni cuba jawab, sape yg cuba politikkan isu ini??

    Consider Khalid’s UiTM proposal objectively, says Tee Keat

    THE suggestion by Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim for Universiti Teknologi Mara (UiTM) to open 10% of its intake to other races should not be politicised and “racialised”, reported Sin Chew Daily.

    MCA vice-president Datuk Ong Tee Keat said all quarters should view the matter objectively and comprehensively.

    Ong said the Cabinet had even approved for the university to open its doors to 10% non-bumiputra students for the preparatory course a few years ago. He was the then Deputy Higher Education Minister.

  9. Aku nak tunggu Ruzaimi jawab issue ni….

  10. Maka pada hari ini khalwat sewenag-wenangnya ditujukan kepada sesuatu perbuatan yang terkutuk. Dan lagi satu perkataan ialah haram jadah. Haram bermaksud haram dan jadah lebih menjurus kepada yang bermaksud amat/teramat. Maka haram jadah bermaksud haram yang amat amat haram. Tapi dalam kehidupan kita haram jadah adalah satu perkataan yang lebih kepada mencarut. Maka dalam kes mubahalah Saiful Bukhari adalah perbuatan haram jadah kerana dia bukan lah orang yang difitnah atau orang yang dituduh.

    Maka sebelum membuat mubahalah seseorang itu mestilah membuktikan dirinya teraniaya dan muhabalah ini adalah satu cara atau jalan yang terakhir utk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tiada istilah menjujung Al Quran kerana tradisi ini adalah adat manusia dan ianya lebih kepada meniru orang kristian. mubahalah adalah proses angkat sumpah yang mesti dilakukan dipadang lapang dan segala binatang ternakan dan makhluk yang bernyawa dikumpulkan di padang dan orang yang difiatnah itu bersumpah dgn menyebut wallahi wabillahhi wataulahhai yang bermaksud DEMI ALLAH DENGAN ALLAH DAN SESUNGGUHNYA.

    Maka setelah ungkapan ini disebut di hadapan makhluk yang hidup maka barulah proses itu sah. Kita bukan tunggu utk bersumpah menjunjung Al Quran, kita bukan buat di dalam masjid dan menghadap kiblat. Adakah kita perasan atau tidak perbuatan Saiful Bukahri itu lebih menjurus kepada ajaran Kristian dan perbuatannya adalah haram jaddah.

    APA YANG AKU SEDIH PUAK-PUAK UMNO INI SANGGUP MENGADAI AGAMA DAN MENJEMPUT PENGARAH JAWI SEBAGAI SAKSI ADALAH BOLEH DIANGGAP BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH MANUSIA DAN YANG PENGAWAI JAWI ITU SEBENARNYA TELAH MEMPERBODOHKAN DIRI NYA DEMI MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI DAN INI ADALAH SIFAT HARAM JADDAH.

    Saiful Bukhari sebenarnya boleh didakwa di bawah akta hasutan kerana mahkamah sivil telah memutuskan bahawa kejadian liwat itu berlaku suka sama suka. Maka dengan ini tiada unsur ROGOL seperti mana yang didakwa oleh Pak Lah.

    Siaran langsung angkat sumpah Saiful Bukahari telah berlangsung sehari sebelum penamaan calon menampakan satu tektik kotor UMNO dalam memenangi semula hati rakyat di permatang pauh. UMNO sendiri adalah satu parti terdesak yang mana pada hari ini melahirkan PEMIMPIN YANG HARAM JADAH. Yang tidak berakhlak. Kita lihat sahaja pada malam Isnin di TV 9 forum Hujah, bagaimana ahli parlimen Lenggong mengatakan UMNO adalah kuat yang mana ahlinya telah memenangi banyak kursi dalam pilihanraya yang lepas tapi adakah mereka sedar yang MEMBOLEHKAN MEREKA MEMIMPIN MALAYSIA PADA HARI INI ADALAH KEMENANGAN BESAR DI SABAH DAN SARAWAK DAN IANYA BUKAN DARIPADA UMNO TETAPI DARIPADA PARTI KOMPOEN BARISAN NASIONAL.

    Itulah ahli parlimen UMNO bercakap tanpa membuat analisis bodoh tua.dan lagi satu yang aku tertarik bila pengerusi bertanya pada hari ini rakyat mahukan perubahan maka dengan selumber AHLI PARLIMEN LENGGONG MENJAWAP UMNO TELAH MEMBERIKAN BANYAK PERUBAHAN DAN PERUBAHAN PALING BESAR PADA 2010 NANTI, MAKA PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU DI MANA PAK LAH AKAN MEMBERIKAN KUASA KEPADA NAJIB.

    Adakah itu yang dimahukan oleh rakyat. perubahan kuasa itu adalah kemahuan daripada ahli UMNO bukan Rakyat. SEBAGAI RAKYAT MEREKA TIDAK MAHU PEMIMPIN DARIPADA KALANGAN UMNO KERANA MEREKA UMNO SAMA SAHAJA.GILER KUASA DAN GLAMOR.

    Perubahan yang rakyat mahukan adalah kembali kepada ajaran Allah bagi yang Islam perubahan daripada pemerintahan sekular, pemerintahan yang komunis, pemerintahan kronisma, permerintahan zalim dan mungkar. Bukan tukar buaya ambik harimau.

    Isu yang aku suka pada hari ini bagai mana UMNO telah menipulasikan pemikiran student UITM dalam melancarkan perang saraf terhadap Pakatan Rakyat. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA WARTAWAN MENAYAKAN PANDANGAN MB SELANGOR TERHADAP KEMASUKAN NON BUMIPUTERA KE DALAM UITM DAN PANDANGAN MB SELANGOR ADALAH IKHLAS MENYATAKAN MINIMUMKAN KEMASUKAN NON BUMI PUTERA SERENDAH YANG MUNGKIN DALAM 10% HANYA UTK FAKULTI KEJURUTERAAN SAHAJA.10% INI MERANGKUMI PELAJAR CINA INDIA DAN LUAR NEGARA.

    Sebelum ini Pak Lah pon ader offer kepada MIC dan MCA tetapi mereka menolak tapi adakah berita sensasi ini tidak dikeluarkan di tv dan tiada satu pon perarakan dibuat. Aku pon ader cerite di sebalik cerite pasal UITM in,i memang penoh kontroversi satu macam member aku .

    Dia memang ada pontensi jadi lawyer dia memang minat nak jadi lawyer itu memang kenyataan tapi ada satu sem tu pointer kurang bagus maka ada pilihan sama ada dia kena reject atau seorang lagi student pempuan yang cantik dan yang mana merupakan seorang selebriti iklan yang mana pointer dia lebih rendah daripada member aku.

    Tapi diatas sikap haram jadah, member aku kena rejeck dan cerita selanjutnya tak dapat aku ceritakan aper yang terjadi kat dia sebab biar aku dia dan member kami yang tahu. TAPI ADAKAH MEREKA INI SEDAR MRSM TELAH MENERIMA 10% NON BUMI PUTERA TAPI ADA SESIAPA YANG BISING IAITU ALASAN MEREKA ADALAH MENGGALAKKAN PERSAINGAN YANG SIHAT.TAPI TAKDER SATU BANTAHAN YANG DI BUAT. SEBAB CADANGAN YANG MAHA HEBAT DATANGNYA DARIPADA UMNO YANG BIJAK SANA.MAKA MENGAPA TIDAK SAJA DITUKARKAN NAMA.

    JANGAN DIGUNAKAN NAMA MARA KERANA MARA MERUPAKAN HAK ORANG MELAYU YANG DI AGONG AGONGKAN OLEH UMNO.STUDENT UITM MEMANG KESIAN SEBAB JADI BARUA UMNO. BIAR PERARAKAN.

    SEDANGKAN MRSM SENDIRI DIROGOL OLEH UMNO DALAM MENJAMIN PERJALANAN POLITIK MEREKA.KALAU KOME NAK TAHU YANG MERAMPAS HAK MELAYU ADALAH ORANG YANG BERSUNGGUH SUNGGUH BERJUANGKAN MELAYU. KALAU KOTANG PANDAI JAWAPANNYA DI DEPAN MATA.KEPADA STUDENT UITM JANGAN MELENTING KERANA ITU ADALAH CADANGAN SAHAJA SEDANGKAN YANG BUAT KEPUTUSAN YANG MEMBOLEHKAN MEMBUAT KEPUTUSAN ADALAH CHANSSELOR KORANG DAN MENTERI PELAJARAN.

    SEBAB MEMANG DARI DULU LAGI UMNO CANDANG NAK BERI 10 % KEPADA NON BUMI TAPI DIAORANG YANG TAK NAK SEBAB SILIBUS KORANG DALAM KEJURUTERAAN TAK SETARAF DIPERINGKAT ANTARABANGSA.BUKAN AKU CAKAP TAPI KORANG KAN BIJAK PANDAI PANDAI BUAT DEMONTRASI. NAK TAHU JAWAPAN KORANG TANYA BIRO MIC DAN MCA TU SEBAB DIAORANG BUAT U SENDIRI DAN SILIBUS BERTARAF INTERNASIONAL.

  11. ustaz uncrowded, pergila hentam laman blog pemuda UMNO, ini blog peribadi saya.

  12. I didn’t read the whole post as I’m off to bed in a few minutes, but really want to express my opinion…

    I agree they open the quotas to 10%…hell give them 20% or 30%, even if it means my little siblings chances get slimmer (padan muka sape suruh malas belaja). Who made the decisions to increase or decrease it doesn’t matter to me. Its about time anyway. I would like to see the whole quota issue dissapear one day…

    I came from MRSM school system, and believe me when I said, being 100% bumis back then did have its cons. Little integration to the current community, only Malay friends, English macam haprak, ignorant and racist (to a point). Not to discredit the system…jadi orang la jugak aku nie (i think).

    JPA scholarship??? I’m paying mine now (sikit2)…and my MARA’s…and my bank loan….I’m sure if I can do it, so can others…

    How many malays who wasted their chances to pursue undergraduate education…kept repeating sem because they “enjoyed” too much (to those who still repeat after hard work, please excuse yourself from this generalisation). Their places could be given to better non-bumis….A LOT of them actually.

    We tend to take things for granted, human nature beb 🙂

  13. assalamualaikum saudara ruzaimi,

    saya amat tertarik kepada kupasan saudara mengenai isu majlis peguam dan isu kemasukan bukan bumiputra ke utim di atas. walaupun saya kurang bersetuju dengan beberapa pandangan yang saudara kemukakan, saya menghormati pendirian saudara yang didasarkan atas fakta dan hujah, dan tidak didasarkan atas syak wasangka atau paranoia. saya berharap agar dapat membincangkan perkara ini dengan lebih menyeluruh dengan saudara kelak 😉

    saudara sedang bercuti di malaysiakah? yahoo id: wanaimranus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s