Pentadbir IPTA ‘Lebih senduk daripada kuah’ – Malaysiakini

Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini mengumumkan pindaan-pindaan AUKU yang akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat akan datang. Antara pindaan yang menarik perhatian adalah:

  1. Pelajar dibenarkan untuk menyertai badan-badan NGO dan persatuan-persatuan lain KECUALI parti politik.
  2. Kesalahan dibawah AUKU tidak dikategorikan sebagai jenayah, sebaliknya hanya kesalahan disiplin.
  3. Naib Canselor adalah bukan lantikan politik
  4. Perlantikan dekan dibuat selepas perbincangan dengan staf fakulti.
  5. Kebebasan untuk membuat kenyataan terbuka terutamanya berkenaan hal-hal akademik yang bersangkut paut dengan topik kajian dan jurusan yang sedang diduduki.
  6. Pindaan pada fasal 15 yang menjadi topik kontroversi dan sering dipolitikkan.

Sila rujuk artikel di laman ini di sini.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan seorang pensyarah kanan sains politik UKM telah menyatakan bahawa pindaan AUKU tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kebebasan ahli akademik dan pelajar. Menurut beliau lagi, “sebahagian pentadbir yang prokerajaan mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah”.

“Masalah di universiti ini, penguasaan golongan pentadbir yang lebih senduk daripada kuah,” kata pensyarah kanan di jabatan sains politik UKM

Benarkah kenyataan pensyarah ini mengenai pentadbir IPTA yang ‘lebih senduk daripada kuah’? Menurut beliau berdasarkan sumber beliau;

Penguasaan golongan pentadbir ini ketara di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), jelasnya.

Ini menurut maklum balas daripada ahli akademik dan pelajar di kedua-dua pusat pengajianĀ  itu, tambahnya.

Pendapat saya sudah jelas saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini, langkah yang diambil oleh KPT untuk meminda AUKU adalah satu langkah meliberalisasikan akta tersebut yang secara langsung akan memberi kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar. Apabila bercakap mengenai kebebasan, ramai yang bertanggapan kebebasan bererti tiada sempadan mahupun halangan kepada sesuatu tindakan.

There is no such thing as total freedom.

Memberi kebebasan secara sepenuhnya adalah langkah populis namun tidak merupakan langkah yang bertanggungjawab. Sebagai seorang pensyarah politik, tentunya beliau gembira apabila setiap pelajar dan staf akademik membicarakan hal politik semasa sepanjang hari, tetapi pensyarah-pensyarah bidang fizik, kimia dan perubatan mungkin tidak begitu gembira. Sebagai seorang pensyarah politik jugalah, saya merasakan beliau patut tahu berhenti mempolitikkan isu ini.

KPT juga akan dijadikan punching bag kepada pembangkang dan juga penyokong kerajaan sekiranya mahasiswa mengetepikan pelajaran kerana terlalu asyik berpolitik. Politik ini walaupun dianggap kotor, ianya adalah amat mengasyikkan, jika tidak, mana mungkin kedai-kedai kopi tutup pada awal pagi, ada juga yang buka 24jam!.

Untuk memuaskan hati semua pihak, ianya bukan hanya sukar, tetapi adalah mustahil. Sebagai contoh, sebuah negara demokrasi mengamalkan pemilihan pucuk pimpinan yang dinamakan pilihanraya umum. Dan rakyat akan membuang undi kepada pihak A atau pihak B, C, D dan seterusnya. Ideologi yang dibawa setiap pihak mungkin berbeza dan tentunya apabila keputusan memihak kepada pihak A, penyokong pihak B, C, D dan seterusnya akan merasakan kemahuan mereka dinafikan. Suka ataupun tidak, itulah prinsip demokrasi, majority speaks. Pensyarah tersebut tentu sudah mengerti semua ini, sila betulkan jika penerangan diatas tidak benar.

Dalam demokrasi juga, pendekatan yang paling berguna adalah sesuatu yang memberikan kesan terbaik kepada jumlah khalayak paling ramai.

AUKU selepas ini (jika diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen) tidak lagi dapat digunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Semua pihak melihat pendekatan ini adalah sesuatu yang positif, namun masih ada yang skeptikal, siapa lagi jika tidak pembangkang. Menyedari tugas pembangkang memaksa mereka mengetepikan apa yang baik dan memfokuskan kepada perkara remeh yang lebih nilai dari segi motivasi politik kepada mereka, tentunya kenyataan daripada ahli Parlimen daripada PKR ini sudah dijangkakan;

Beliau berkata, akta untuk universiti haruslah mementingkan kebebasan akademik, termasuk kebebasan berpersatuan.

Dalam AUKU, masalah paling ketara dalam seksyen 15 yang menyentuh kebebasan mahasiswa berpersatuan, katanya.

Beliau mencadangkan, pindaan AUKU sepatutnya menetapkan kriteria naib canselor dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti.

Saya tidak tahu samada beliau sedar ataupun tidak akan kesanggupan pihak kerajaan untuk meminda segala apa yang disebutkan oleh beliau diatas. Jawapannya sudah dinyatakan dalam cadangan pindaan. Tugas ahli Parlimen ini hanyalah bersetuju di atas semangat memartabatkan mahasiswa dan bukannya kepentingan politik sendiri.

Setelah saya membaca kenyataan-kenyataan mereka, saya rasa dalam konteks ini, tidak apa jika terlebih senduk daripada kuah, kerana kuah tidak akan tumpah ke atas lantai. Yang membimbangkan saya adalah jika senduk sebesar camca, nak diceduk kuah sekawah.

Sumber:

Malaysiakini – Pentadbir IPTA “Lebih senduk daripada kuah”

Advertisements

One response to “Pentadbir IPTA ‘Lebih senduk daripada kuah’ – Malaysiakini

  1. semua pun tak betul.. pinda salah tak pinda pun salah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s