Kolum Ringkas: Akui liberalisasi AUKU

1. Baru-baru ini, Dato’ Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan pindaan-pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan didebatkan di Parlimen pada sesi sidang bajet 2008, bulan Ogos ini.

2. Sebagai mahasiswa, walaupun pelajar Malaysia di luar negara tidak terikat dengan akta ini, saya memandang pengumuman ini merupakan satu langkah yang positif sebagai respon kepada permintaan dan cadangan pelbagai pihak yang skeptikal mengenai AUKU.

3. Sedikit mengenai sejarah AUKU

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diperkenalkan pada tahun 1971 dan telah dipinda sebanyak dua kali pada tahun 1975 dan 1995.
  • AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
    1971

    Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan,
    menyelenggara dan mentadbirkan Universiti dan Kolej Universiti
    dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.

    [ Seluruh Malaysia—30 April 1971]

  • Teks penuh AUKU boleh dibaca disini.
  • AUKU telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pertama pada 1975 dan pindaan kedua, 20 tahun selepas pindaan pertama dibuat.

4. Sepanjang terlaksanya akta tersebut, Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia tidak pernah tandus melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang terkemuka. Mantan Timbalan Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim adalah produk Universiti Malaya, iaitu ketika AUKU sudahpun digunapakai.

5. Setelah pindaan dibuat, AUKU telah dianggap sesetengah pihak sebagai mengongkong kebebasan pelajar. Lebih parah lagi apabila isu ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak untuk mendapatkan sokongan golongan muda.

6. Menyedari AUKU yang sudahpun diperalatkan dan juga mengakui terdapat beberapa akta yang perlu dikaji semula, pihak KPT telah mencadangkan pindaan terbaru AUKU yang akan dibentangkan kelak. Antara pindaan-pindaan terbaru adalah;

Sumber: New Straits Times Press

7. Langkah ini akan mengikis imej drakonian pada akta tersebut. Sesetengah pihak yang anti-AUKU berpendapat bahawa memansuhkan terus AUKU adalah penyelesaiannya, namun saya percaya golongan-golongan ini masih belum menelaah AUKU secara keseluruhannya.

8. AUKU adalah akta yang diwujudkan untuk memudahkan urus tadbir universiti dan institusi pengajian tinggi, akta ini juga bertindak sebagai undang-undang yang akan mempertahankan dan menyelamatkan universiti daripada sebarang tindakan-tindakan yang boleh merosakkan nama baik dan menggangu kelancaran pentadbiran universiti.

9. Pindaan yang akan mendapat liputan utama adalah cadangan membenarkan ahli-ahli politik untuk masuk kedalam kampus. Harus diingatkan tatacara dan etika yang bersesuaian haruslah dikenakan dan diguna untuk memastikan kemasukan ahli-ahli politik ini tidak akan meracuni minda anak-anak muda negara kita.

10. Dato’ Seri Khaled Nordin telah memberikan kepercayaan beliau kepada siswa siswi negara, maka sebaiknya kepercayaan ini dibalas dengan profesionalisme pelajar dalam memastikan AUKU lama yang didakwa telalu mengongkong tidak berubah menjadi AUKU baru yang akan menghasilkan minda pelajar yang lebih terkongkong dan sempit.

11. Kesediaan Kementerian meminda AUKU juga menunjukkan komitmen kerajaan serta keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi pelajar. Maka kredit haruslah diberikan kepada komitmen tersebut.

12. Jika sebelum ini, segala perhatian tertumpu kepada kerajaan dan akta AUKU yang pada sesetengah pihak bersifat drakonian itu, sekarang jika pindaan-pindaan ini diluluskan oleh parlimen, seluruh perhatian akan ditumpukan kepada siswa dan siswi pula. Bersedialah dan tunjukkan profesionalisme yang tinggi.

13. “Hendak seribu daya. tidak hendak seribu AUKU”

Advertisements

3 responses to “Kolum Ringkas: Akui liberalisasi AUKU

  1. Pingback: Pentadbir IPTA ‘Lebih senduk daripada kuah’ - Malaysiakini « ReminisceRespondRelax

  2. peminat pakatan

    lepas ni boleh le tubuh Kelab Pakatan Rakyat Luar Negara (KEPAKARAN) ek? hehehe…. KULN makin tidak relevan sekarang… maaf ye..

  3. Sesuai lar.. lagi pon sini kan negara Demokrasi.. mahasiswa pon rakyat M’sia jugak..
    buleh jadikan IPT pentas mencari & gilap pemimpin orde baru.. baru lah terbukak sikit minded budak2 IPT.. Kalau boleh auku dilonggarkan lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s