Yang sebenarnya…

Selepas 4 hari berada di Malaysia, memang terasa bahang politik tanahair yang semakin hari semakin bergolak. Terpampang di dada-dada akhbar Ketua Polis menyaman politikus terkemuka negara, pergaduhan aide ADUN dengan ahli Parlimen sendiri, tarik tali pemilihan cawangan dan bahagian, serta pelbagai lagi rencah dan gossip politik terkini Malaysia. Yang terhibur tentunya kalangan ahli-ahli parti politik dan golongan-golongan yang berhubung rapat dengan politikus-politikus tertentu. Hakikatnya, pada pandangan rakyat bawahan, hari-hari berlalu tiada bezanya apabila mereka masih perlu kais pagi untuk makan pagi, dan kais petang untuk makan petang. Cerita politik ini tidaklah menjadi keutamaan pada mereka. Yang penting ‘soru’ anak dan isteri terjaga.

Pada mereka apalah bezanya jika si polan bin si polan menjadi PM Malaysia, jika dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan menekan ini, yang menjadi topik hangat perbualan setiap ahli politik Malaysia adalah mengenai KUASA. Tidak terkecuali seorangpun politikus yang bercakap mengenai kesusahan rakyat, cara mengatasi kegawatan ekonomi, persediaan yang dibuat negara untuk mendepani hari-hari yang semakin suram dan gelap. Ironinya, politikus kita saban hari mencanangkan perjuangan mereka adalah demi rakyat dan demi menegakkan keadilan.

Sungguh mengecewakan saya sebagai mahasiswa apabila Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang bertegang urat leher, bertikam lidah antara satu sama lain mengenai perbedaan penerimaan terhadap ikhtiar muzakarah (atau muqabalah) yang diadakan antara UMNO dan PAS. Sebagai mahasiswa, tidak perlu kita risau jatuh bangun sesebuah parti politik itu ekoran terjadinya rundingan ini, sebaliknya kita perlu cakna dan prihatin kepada apa yang dirundingkan itu, persoalan dasar dan pokok pangkal kepada apa yang dibincangkan. Ini tidak, isu perlu atau tidak bersemuka yang dijadikan modal bertikam lidah.

Yang sebenarnya… rakyat telah dikesampingkan daripada permasalahan yang lebih besar yang bakal menimpa segenap lapisan masyarakat. Memang betul, harga minyak telah pun dinaikkan 40peratus dan mekanisme meringankan beban rakyat telah dijalankan oleh kerajaan, namun kadar inflasi yang menokok sehingga lebih 7% dan kegoyahan pasaran saham tempatan seakan-akan memberi indikasi kegawatan ekonomi yang telahpun melanda cuma rakyat masih dibutakan mata dengan gosip-gosip politik tanahair seperti kes liwat, dan kes altantuya yang lebih menarik perhatian umum.

Saya merayu kepada politikus-politikus tanahair untuk kurangkan berpolitik dan lebihkan bekerja untuk menghadapi krisis global ini. Mahasiswa, jadilah golongan pendesak kepada kerajaan dan pembangkang untuk sentiasa fokus kepada permasalahan terutama dan janganlah ditarik sama kedalam perdebatan politik yang kita tahu sentiasa berakhir dengan kedua-dua pihak diangkat sebagai pemenang oleh fanatik-fanatik.

Malaysiakini – ‘Melayu-fobia’: SMM jawab PKPIM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s