Bermuzakarahlah!

Dalam politik, idealogi yang dibawa sesebuah parti itu mungkin berbeza daripada parti lawan, namun tidak bermakna perbedaan mereka merangkumi segala-galanya. Sebagai contoh mudah, matlamat akhir setiap parti politik yang ada di serata dunia ini adalah untuk memastikan pengurusan negara yang baik dan mengekalkan kedaulatan negara. Jika ada parti politik yang tidak bermatlamat seperti diatas, mungkin ianya lebih elok digelar gerakan terorisme ataupun pemecah belah keamanan.

Meletakkan segala perbezaan ditepi, dan menumpukan usaha kepada sasaran yang dipersetujui bersama adalah usaha politik yang teramat matang. Sebarang usaha kearah itu melambangkan kesediaan pemimpin untuk meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya termasuklah keegoan sesebuah parti politik itu. Maka saya menyokong usaha muzakarah PAS-UMNO seperti yang dilaporkan media online Malaysiakini.com di pautan dibawah;

PM sudah jumpa pemimpin tertinggi PAS

Jika adapun yang tidak bersetuju ataupun mengambil pendekatan extra cautious adalah Husam Musa melalui laporan media sama dibawah;

Husam: PM mahu pecah belah PAS..

Apabila ada yang berani bersemuka menyatakan kekecewaan, cuba merungkai sebarang perselisihan, dan lebih penting lagi cuba mengemblengkan usaha diatas objektif yang dipersetujui bersama melalui dua platform yang berbeza, ada pula yang bersangka buruk.

Saya berpendapat, perbezaan adalah satu rahmat, persetujuan memerlukan hikmah dan hasil daripada persefahaman adalah berkat.

Pendapat saya, bermuzakarahlah demi rakyat!

Advertisements

8 responses to “Bermuzakarahlah!

  1. Betul, buat ape nak gaduh sana-sini. Sesama bangsa pun tidak boleh bersatu. Dulu i suka ikut berita politik. Hari ni, negara kucar-kacir krn politik

  2. ehem ehem…

    sdr,dalam satu sudut,memang elok muzakarah diadakan demi kepentingan agama dan bangsa melayu…saya terkesan dengan sdr husam sendiri yang menentang rundingan bekerjasa antara parti,bukan berunding untuk kepentingan yang telah di sebut…sekiranya umno ingin bermuzakarah,banyak lagi cara dan pendekatan yang boleh digunakan selain melakukan kerjasama yang sangat tipis kesepakatannya…
    sejarah lalu telah mengajar banyak perkara kepada PAS tentang kerjasama dengan umno,jadi sewajarlah PAS memilih terlalu berhati2 dalam soal ini…namun,saya amat berhrap sdr husam lebih detail dalam soal intipati pertemuan tersebut…

  3. http://dewawang.blogspot.com

    salam….

    perpaduan adalah baik, jadi kenapa nak halang. yang lepas-lepaslah. orang melayu nie tinggal di malaysia aje. negara kitapun kecil, kenapa nak gaduh. nak lari kat mana? orang indo boleh terima kita ke?

  4. betul g.mie,

    negara kita ni kecil je, lebih baik kita bersatupadu sesama sendiri, jangan dibiarkan kuasa-kuasa asing seperti US mempermainkan kedaulatan negara, Itu mungkin jadi kalau tak bersatu.

    setuju gak ngan husam kecil, PAS boleh lah untuk terlalu berhati-hati, tapi untuk menghalang macam husam besar buat tu, tak bagus la.

  5. sdr/i azz…

    saya ni bukan apa,berdasarkan track record pimpinan umno sekarang,nampak sangat nak jadikan isu muzakarah sebagai perangkap…dalam kempen pemilihan umno yang sedang hangat di kempenkan,belum ada bahagian yang berani keluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah samada pro/kontra..berlainan dengan PAS yang boleh dilihat respon pelbagai dari akar umbi secara berterusan..
    dari satu sudut,saya fikir pimpinan PAS sedang buat survey dalam isu tersebut dengan melihat reaksi rakan sekutu dan ahli sendiri tentunya..memang negara kita amat kecil dan umat melayu pula terkenal dengan sikap sayang pada negara dalam darjah yang amat tinggi..jadi,harap sangat sekiranya muzakarah ini lebih mendorong kepada pelupusan asas perjuangan PAS,ini tidak berbaloi dan mesti dihentikan kerana PAS bukan sahaja solidariti kepada melayu bahkan berasaskan Al-Quran dan Hadith..
    paling penting PAS mesti detailkan apa kandungan muzakarah tersebut dan sdr husam mesti jelaskan secara detail intipati tersebut…dan sdr husam kena lebih rajin menulis perkembangan dari masa ke semasa lebih2 lagi dalam isu ini…

  6. peminat pakatan

    muzakarah nak dapat kuasa je umno ni… dah nak lemas, nak mintak tolong dengan pas plak…. sebelum pilihanraya bukan main cakap pasal perpaduan malaysia, tup2 lepas pilihanraya, citer pasal ketuanan melayu plak… hampeh aaaa umno ni

  7. UMNO tak ader maruah langsung nak mintak tolong dengan lawan pulak..
    tak ader semangat juang langsung..

  8. Pingback: Kenapa susah sangat untuk berbincang?! « ReminisceRespondRelax

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s