PAS tidak percaya bukti DNA

Malaysiakini – PAS sokong Anwar enggan beri DNA

Utusan Malaysia, 17 Julai 08 – PAS sokong tindakan Anwar enggan beri DNA

Saya tidak ingin memperkecilkan kebolehan ataupun merendah-rendahkan ilmu ulama’-ulama’ PAS, namun saya agak tidak bersetuju apabila sesuatu kaedah saintifik yang sudah terbukti berkesan menyelasaikan puluhan ribuan kes-kes rogol, liwat dan jenayah-jenayah lain ditolak oleh pendokong kepimpinan Islam di Malaysia.

Pernah diceritakan satu ketika dahulu di Madinah al-Munawwarah, apabila elektrik diperkenalkan, sesetengah golongan ulama’ unggul di Madinah pada ketika itu menolak penggunaan elektrik selama beberapa tahun atas sebab-sebab yang saya sendiri kurang jelas dan adalah amat sukar untuk memahami tindakan konservatif tersebut. Maka madinah bergelap selama beberapa tahun tatkala dunia menikmati cahaya mentol yang menyinari kegelapan malam. Pengenalan kepada penggunaan lampu-lampu jalan hasil penemuan tenaga elektrik telah meningkatkan keselamatan awam terutamanya diwaktu malam, serta membuka ruang kepada kemudahan jemaah-jemaah untuk menunaikan ibadah haji.

Mungkin kesahihan cerita tersebut diragui, namun pengajaran yang dapat diambil adalah sangat relevan.

PAS menolak penggunaan bukti DNA dalam kes liwat ini kerana yang tertuduh adalah Anwar Ibrahim dan bukan seperti yang dimaklumkan melalui petikan kenyataan media dibawah;

“Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.”

“Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Siapa kata Anwar bersalah? Jika yakin kepada kebenaran diri, mengapa harus lari lagi?

1. Menyepi di Quality Hotel apabila tuduhan dibuat

2. Menyelamatkan diri di rumah Duta Besar Turki ke Malaysia

3. Mengelak daripada bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi

4. Gagal menghadirkan diri seperti dijanjikan (janji pertama) ke IPPK KL untuk beri kenyataan

5. Tidak membenarkan DNA diambil untuk membantu siasatan

Semua tindakan ini walaupun bersebab dan mampu dijustifikasikan oleh kem Anwar, ianya menimbulkan keraguan kepada umum. Tambahan pula, rakyat disajikan dengan berita-berita terlebih garam oleh fanatik-fanatik Anwar mengatakan penahanan tidak berperikemanusiaan, kebinatangan dan sebagainya. Anwar mungkir janjinya yang pertama, maka Polis tidak akan membiarkan diri ditipu untuk kali kedua, kata pepatah Inggeris, shame on you if you fool me once, shame on me if you fool me twice.

Jika segala benda yang anda di Malaysia ini hendak dipolitikkan, saranan saya bebaskan sahaja Anwar Ibrahim, bukalah pintu Pejabat Perdana Menteri seluas-luasnya untuk beliau masuk, dan hantar sahaja si Saiful Bukhari itu ke Guantanamo Bay. Kita ikut apa kata penyokong-penyokong fanatik Pakatan (baca: disebut suara rakyat oleh pemimpin PR) mahukan.

Bukti DNA telah membela serta menyelamatkan beribu-ribu mangsa kes rogol, liwat dan jenayah-jenayah lain dan perkembangan sains terkini ini saya percaya tidak melanggar hukum Islam. Jika tidak masakan ayat pertama yang Jibril minta Nabi Muhammad s.a.w ungkapkan adalah Iqra’ yang bererti bacalah (read). Islam menganjurkan malahan mengalu-alukan perkembangan ilmu pengetahuan semasa hidup didunia ini.

Bukti DNA juga telah berjaya membuktikan ataupun menyokong hujah pembelaan si tertuduh terhadap dakwaan yang dikenakan keatas beliau. Cakap-cakap mengenai keputusan DNA boleh dimanipulasi dan difabrikasi adalah spekulasi yang tidak akan membantu perkembangan kes ini.

No test available can prove with 100% certainty that a man or woman IS the biological parent of a child. There are over 30,000 genes in human DNA. DNA testing can provide a 99.9% probability of paternity/maternity (depending on the type of samples used). DNA testing typically proves paternity with at least 99.9% certainty, well in excess of the 99% requirement of most U.S. courts.

Jauh sekali niat saya untuk menidakkan peranan Mahkamah Syariah dan sistem perundangan Islam, saya tidak mahu menyentuh sedikitpun mengenai perjalanan sistem ini. Namun saya percaya jika sesuatu bukti yang dikaji oleh manusia, dibuktikan dengan logik akal dan hujah-hujah saintifik yang meyakinkan, mahkamah Islam dinegara yang mengamalkan hukum Hudud sekalipun tidak akan menolah hasil kajian saintifik ini digunakan sebagai bahan bukti untuk siasatan.

Sejak kebelakangan ini, rakyat telah dikaburi dengan kenyataan-kenyataan pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat yang merendah-rendahkan serta menghina institusi kehakiman negara, perundangan negara, kepolisan dan terbaru kebolehan serta professionalisme pengamal-pengamal perubatan ataupun saintis-saintis negara kita. Pada mereka, hanya mereka yang betul dan semua adalah korup serta boleh dirasuah.

Penolakan bukti DNA untuk digunakan dalam kes ini adalah satu langkah kebelakang yang boleh membawa implikasi negatif terhadap imej Islam dimata bukan Islam dan rakyat iaitu Islam menolak bukti-bukti saintifik yang sudah diguna pakai di seluruh dunia. Saya harap pendirian ini hanyalah benar untuk kes Anwar Ibrahim sahaja atas sebab pendirian PAS ini adalah bermotifkan politik semata-mata.

Advertisements

27 responses to “PAS tidak percaya bukti DNA

  1. lu pk le sendiri

    jgn jadi bodoh, sini bagi kau punya DNA, biar aku seletkan kat jubur Saiful, padan muka kau, esok kena seret masuk lokap.

  2. lawakkk..lawak..lawakkkkkkk buduhhhhhhhhh…..kubur sendiri punya..haku malas nak kata apa2…hhehehehe….

  3. Bodoh bangsat si Ruzaimi ni…..kah kah kah kah kah kah……..

  4. ngape..sibuk sgt ni..apa faedahnya…fikirla…apa dia dapat…klu keluar jail ,dok diam2 mkn cukup, semua cukup..masa di Baling msk Jail, jadi Timb Men kena masuk jail,keluar pun nk kena masuk jail lagi…..heran..ngape org suka tahan dia..ada apa2 tk kena ke..

  5. Salam rakan-rakan,

    Bahasa mencerminkan peribadi, gunalah bahasa yang sesuai rakan-rakan. Setuju atau tidak jika bukti DNA boleh membantu siasatan? Itu sahaja.

    Kita buka medan blog ini untuk mencetus satu bentuk perdebatan sihat, menyangkal dengan akal, menyanggah tidak bermakna rebah. Kita debatkan tajuk tulisan dan bukan peribadi penulis.

    Rasional rakan-rakan. Istighfar

  6. Kata rakyat Malaysia tidak boleh di bodoh2kan lagi, tapi kenapa tolak bukti DNA…!! DNA ada lah satu cara yang tepat sekali untok mendapat result yang sebenarnya. Kalau DSAI nak buktikan kebenaran nya jangan tolak DNA, jangan takut kalau tak bersalah. Inshallah Allah akan tunjukan kebenaran.

  7. cakap senang la…….cuba ko yang di tuduh…salah tak salah lain kira..kira ok la DSAI tu ada cara nak tangani masalah ne….Kalau kene kat aku,kawan aku,sedara aku,sedara korang,kawan korang apa korang nak buat..bak kata Nabil ( aaa LU PIKIR LA SENDIRI ) ASAMMEKOM..

  8. kalo saye yg dituduh..n SAYA TAU SAYA TAK SALAH…

    1. saya takkan lari dari polis
    2. saya akan bersumpah tanpa syarat
    3. saya akan buat ujian DNA

    buat ape nak takut..buat ape nak malu..buat ape berdolak dalik. buat ape nak lari.. dah tak salah..

    p/s: hati kene baik… hati yang baik akan reflect the words that come out from the mouth n also ur personality.. (lu pikir la sendrik….)

  9. eh2.. saya tarik balik penggunaan .. ‘lu pikir la sendrik’.. kerana kadangkala kite juga perlu pandangan dan teguran org lain berkenaan sikap kita… kite tak perasan kadangkala perbuatan kita itu menyakiti hati orang lain.. so ada baiknya kita tak perlu buang masa pikir sendrik.. kite ambil kira idea dan pandangan orang lain..

    p/s: dah semakin bosan dengan cerita politik zaman skrg.. tak kesah le dari pihak kerajaan ataupun pembangkang… mereka punye pasal.. rakyat yang rugi.. ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’..

  10. Wow… a pro UMNO blog…

    Tahniah….

    But I have to say that I do not support UMNO and I don’t really like Kelab UMNO… you know… because only Kelab UMNO is “allowed”.. and this is so biased… like your post here…

    So you say “rakyat telah dikaburi”. This is bollocks because the print media is monopolised by the govt by so many acts and regulations that it predominantly only allows one sided view… it is only in the internet that dissenting views are available in abundance.

    So, siapa yang sebenarnya mengaburi rakyat?

    Many other things in your post that can be challenged.. but.. hey… maybe next time…

  11. Again your article this time is mixed with some logical reviews plus ad-hominem attacks with obvious political overtones. Let’s dissect the issue clearly, I do agree with you on the the use of DNA as evidence and I doubt many Ulama’ would disagree on that. But the issue at hand now is how the case of Anwar Ibrahim is being handled.

    1.Why would the police in a hurry to request sample from Anwar? Do the police have such right? If I’m not mistaken such would require a court order, because if not that would count as tempering with evidence.

    2. Have they investigated the alibis and the witnesses yet? that is more paramount than DNA sample. Why would not a the police report made by Saiful not revealed to Anwar? Is it now Anwar being accused, if I were to be accused I would want to know what are the allegations against me and its details.

    3.The media is playing the issue, especially Utusan which clearly owned by the establishment on the opinion of Ulama and DNA evidence. The media is guilty of giving the wrong impression towards the non-muslim on this case. Sadly this media from the establishment is more interested in spreading propaganda if not biased opinions, rather than educating the people.

    4.You becoming more and more of a political K-9, geez have not the years in Banting with TOK taught you anything, at least being neutral?

    5. It is sad that your article are being replied with contempts from some people. This could reflects two things, 1)the fanaticism of theirs 2)your own fanaticism(read biased views)

  12. mahagraha,

    firstly, you don’t like UMNO that’s fine with me, you don’t like kelab UMNO that’s fine with me too. As far as i’m concerned i have been trying to stay apolitical and focused on the welfare of the community here in all activities organized by kelab. So, i think community benefited a lot from kelab’s effort. So, we deserves to be ‘allowed’.

    you said i’m bias just because i didn’t support Anwar, and not because of what i wrote in this article. I’ve said this before, Anwar is as innocent as Rosmah and Najib until proven otherwise. I am just criticizing why Anwar didn’t up the ante in proving himself innocent. Where’s the alibi? Why no DNA?

    rakan-rakan yang bagi komentar disini pun tidak berapa setuju DNA ditolak sebagai bahan siasatan. Tidak bermakna mereka menuduh Anwar bersalah. My concern is, isu ini tidak boleh diseret dengan lebih lama lagi dalam perhatian rakyat. Ada banyak lagi perkara-perkara penting yang rakyat perlu cakna terutamanya dalam keadaan ekonomi global yang akan merudum sedikit masa lagi. Kita tiada masa untuk terus hanyut dalam drama politik tanahair ini.

    thanks all

  13. Hahahahah. What’s an ironic statement to finish with. ( Do you realize that? It’s like what the Malay idiom has to say, Paku dulang, Paku serpih). Nope I’m not saying you are bias because you did not support Anwar, I’m saying you are not giving equal treatments/weights to certain issue, and you like to cherrypick. Why should anwar give DNA sample? I’ve already answered that. Anwar is not being charged at Court yet, he as any other individual has the right not to.

    It is the media and establishment is giving the spotlight to Anwar, see how Khairy did it in the parliament, (as if he access to records), even so see how Pak Lah rightfully denies Najib involvement in the popular case when even the Police has not yet started the investigation. How could the police work in their own accord when the PM (a.ka home minister aka IGP’s boss) has already decided in the case.

    Yes, economic issue is more important rather than these dramas. But the integrity captain of the ship and his deputy are questionable, perhaps we need better captain to steer in this difficult times. And right on top of that now we have a mutiny.

  14. Atan,

    your point no. 5 referred, are u trying to be neutral here? or maybe you are just representing the cult called …. (read RPK’s Malaysia Today). Those are questions in which you will take as an allegation by me taking you as one of the fanatics out there (whichever your inclination is), it has sort of an intention to mean something which might not be true at all. That’s what speculation means (at least to me). You, too put up few questions/statements that have the same quality to be categorized as an attempt to speculate.

    1. Why would the police in a hurry to request sample from Anwar? Do the police have such right?
    2. How could the police work in their own accord when the PM (a.ka home minister aka IGP’s boss) has already decided in the case.
    3. see how Khairy did it in the parliament, (as if he access to records), even so see how Pak Lah rightfully denies Najib involvement in the popular case when even the Police has not yet started the investigation.

    TOK if you understand it well and clear doesn’t teach you to become just neutral, but also reasonable and rational.

    Is it not reasonable if i ask Anwar to come clean, so that if ever the ship captain changed hands.. it is given to the right and better hands?

    Atan, my article, I would say is more about ulama’ views vs scientific findings role in judiciary, I didn’t see any political overtones since at the time I wrote this, what’s in my mind is, I don’t want to see ulama’ dismisses scientific inventions/findings just because syariah laws say 4 witnesses needed. DNA test might help, so why not.

    It’s good that you agree with me on some points.. I’ll take that’s a good sign of improvements.

  15. Pingback: Sekadar Ingin Menjawab « Panthera Leo Persica

  16. Politics is a dirty game.
    PKR and BN play dirty
    Anwar and Abdullah play dirty

  17. again, you’ve proven your cherrypicking attitude. Never in my writing I’ve claimed that nor do I try to imply myself being the cult unlike who’s clearly in an organization whom to many I may say it is a cult in its own right. My statements were not attempts to speculate rather points to illustrate, if such statements are duly considered that way, again we are talking paku serpih situation here.

    Rational yes, reasonable not so much because that’s relative to what values you hold as a person. Agreeing with your point is not because i’m agreeing with you but rather agreeing with your ideas. Sign of improvements? Owh yes, you have improved a lot, you are moving forward of becoming a thinking K-9.

  18. justics_addict

    to answer you, why no dna, well we all know dsai does not want to get trapped again. and we all know too that he does not trust the authority after what had happened to him before. why is it wrong for him to fear that the authority might use his dna to fabricate evidence against him. all these possibilities are there, since dsai it the government’s no 1 enemy. why is it a big deal for you that he does not allow his dna to be taken? what he did was still within the law. who cares if it raises doubts to some people, they can speculate what they want , but for me he is doing the right thing. bear in mind we are talking about someone who is challenging the government for power and the IGP and AG as well. after the 1998 incident, quite frankly i myself dont trust the police when it involves arresting political figures from the opposition.

    you with your opinion, but i disagree with it.

  19. Siapa kau atan nak panggil orang lain K-9?. Kau pun mengata dulang. Cermin diri la dulu.

    DNA tu boleh jadi penyelamat Anwar. Bagi sajalah

  20. justics_addict

    penyelamat konon. kau boleh jamin ke diorang tak kacau dna tuh? orang berkuasa nih boleh buat macam2. kat depan kita boleh la cakap telus profesional blablabla. kat belakang kite sape yg tau. kes 1998 tuh kes khianat, dr munawar sendiri cakap die kene tangkap dan paksa buat pengakuan. apa salahnya kerajaan buat siasatan bebas kalau betullah hendak menyakinkan semua orang dan negara2 luar. nampaknya drp kenyataan timbalan kpn kat paper dia mahu juga supaya ada kes. from my very own observation ok.

  21. sdra, dlm soal seseorg tu telah melakukn jenayah dan diperlukan DNA maka mengikut perlembagaan adalah terpulang kepada individu berkenaan untuk memberikan kebenaran ataupun sebaliknya agar DNA nya diambil untuk tujuan pengekodan. namun dlm soal ini adalah perlu untuk kita memahami bahawa unsur konspirasi politik, kenyataan najib yang tak konsisten malah ini melibatkan soal kredibiliti si pengadu sendiri yang sukar untuk dipercayai. apakah DSAI yang berumur 60++ ni mampu memaksa si saiful yang masih muda dan bertenaga untuk meliwatnya? malah selepas diliwat beberapa kali baru saiful melaporkannya…soalnya mengapa bukan pada kali pertama diliwatnya? malah bagaimana seorang yang hanya bekerja sebagai pembantu boleh menetap di kondominium yang mencecah rm2.2 juta? siapa yang support si saiful ini…inilah persoalan yang utama yng gagal dijawab oleh mana-mana pihak. brdasarkan kepada kekeliruan ini maka adalah wajar DSAI mengambil tindakan dengan mendapatkan perlindungan sedemikiaan dan enggan memberikan DNA nya. politik, kehakiman di negara kita berada dalam keadaan yang amat mengaibkan kerana dikuasai oleh satu puak yang cuba untuk memastikan DSAI tumbang. saya bukan penyokong DSAI namun saya yakin beliau tidak bersalah. saya juga dengan berpandukan pemikiran logik, percaya andaikata DSAI membenarkan DNA nya di ambil dengan sewenang-wenangnya maka saat itu juga beliau akan dihukum tanpa sebarang perbicaraan, jika dibicarakan pun, hukumannya tetap bersalah. kita sedang berdepan dengan soal politik yang memerlukan kita berfikiran rasional dan meneliti setiap satu perspektif sebelum mengemukakan hujah. saya amat mernghargai pandangan saudara berhubung isu ini namun saya masih berpendapat bahawa kenyataan saudara ini tidak lebih daripada satu kenyataan yang bersifat peribadi dan tidak mempamerkan keintelektualan sdra dalam menganalisis isu ini. saya amat terkejut apabila sdra mengatakan bahwa DSAI Mengelak daripada bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi. sdra, bagaimana beliau dpt bersumpah sedangkan dlm soal ini mufti perlis dan perak sendiri tidak berhaluan dan tidak bersependapat. apabila golongan mufti sendiri tidak berpendirian teguh dalam soal sumpah ini maka apakah wajar menyalahkan DSAI hanya kerana beliau menerima pakai hujah dan alasan mufti perak yang menyatakan terang-terangan bahawa DSAI tidak perlu bersumpah. jika perlu bersumpah, mengapa tidak sertakan TPM sekali? bukankah TPM juga sebahagian daripada isu ini. mengapa sdra tidak mempersoalkan hal ini? jika si saiful diliwat oleh seorang lelaki jalanan maka DNA lelaki jalanan tu tidak penting mana dan hanya untuk mengukuhkan pendakwaan semata-mata tetapi apabila sudah melibatkan orang kuat politik maka kita juga tidak boleh menolak kemungkinan bahawa risiko untuk memutar belit DNA DSAI demi kepentingan individu-individu tertentu tidak boleh ditolak dengan sewenangnya. dan sdra, saya memiliki ilmu kewartawanan, termsuk dlm golongan orang2 media. apabila sdra mengatakan bahawa rakyat telah dikaburi maka itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran sdra. dgn kesemua media yang kini sibuk mewar2kn propaganda UMNO dan BN dan pada masa yang sama hanya memperuntukkan 1% berita tentang parti pembangkang tentunya rakyat sedang dan telah dikaburi daripada fakta yang sebenar. kelakarla kalau sdra mengandaikan bahawa demokrasi media cukup tebal di malaysia ini sedangkan bagi saya sdrala yang telah dikaburi bahawa kononnya media malaysia media berdemokrasi. sdra, sekiranya ada terkasar bhsa saya minta maaf. cuma, walau sehebat mana pun kita semua berdebat, hanya DSAI dan saiful sahaja yang tahu kebenarannya. dan bagi saya, tindakan DSAI yang enggan berikan DNA dilihat satu permainan politik yg cukup
    bijak…yg pastinya membuatkan golongan-golongan pro UMNO (seperti sdra, saya fikir) tergamam, tergumam dan terdiam kerana sekali lagi gagal dlm cubaan menumbangkan DSAI.

  22. pendapat saya jelas..
    sudah pasti rekod 10 tahun dahulu masih dalam simpanan polis. Sudah pasti dahulu DNA DSAI telahpun digunakan pakai untuk kes salahlaku yang beliau hadapi ketika itu. DNA itu sampai matipun tidak akan berubah. Jadi kenapa perlu lagi diambil sampel baru? Sebagai rakyatbiasa, walaupun disogok dengan bermacam khabar baik di TV mahupun di akhbar, isu DNA ini bukan lah isu pokok kerana telah ada rekod DSAI dalam simpanan polis. Dan lahi, apakah benar hasil siasatan pihak hospital ada menemui sebarang kesan “rekahan” atau pun DNA pada @#$%:: Saiful? Bolehkah dikenalpasti samaada rekahan itu disebabkan @#$%:”” ataupun kerana sembelit. Berbeza dengan kes rogol dimana kesan luka atau cedera dapat dikesan dengan mudah. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan logik dan juga apa yang saya pelajari dari filem-filem CSI. Namun yang penting disini DNA DSAI 10 tahun yang lalu PASTI sama dengan hari ini dan pasti sama walaupun dah jadi tulang rangka. Kesimpulannya DSAI tidak perlu memberi sampel darah beliau.

    Rakyat Biasa.

  23. edwin,

    terima kasih atas buah fikiran sdra,

    memetik dari komen sdra

    “sdra, sekiranya ada terkasar bhsa saya minta maaf. cuma, walau sehebat mana pun kita semua berdebat, hanya DSAI dan saiful sahaja yang tahu kebenarannya.”

    maka kerana inilah saya tidak pun berniat ataupun secara sengaja ingin menyatakan siapa salah siapa tidak. Saya hanya ingin melihat bukti DNA diterima sebagai rutin siasatan kerana ianya boleh membantu. Dalam kes DSAI, mungkin ada keraguan yang boleh merencatkan penggunaan bukti DNA ini. Kita boleh mengandaikan pelbagai kemungkinan2 pihak berkuasa memanipulasi data, dan sebaliknya jangan marah jika pihak bukan pro-DSAI berspekulasi sebaliknya. Walau sehebat manapun kita berdebat…

    Persoalan saya mudah sahaja, perlukah bukti DNA ditolak dan adakah pendapat PAS menolak bukti DNA ini adalah kerana ianya tidak dinyatakan sebagai perlu dalam perundangan syariah? Saya bertanya, kerana saya ingin tahu.

    lagi petikan komentar sdra,

    “tindakan DSAI yang enggan berikan DNA dilihat satu permainan politik yg cukup
    bijak…yg pastinya membuatkan golongan-golongan pro UMNO (seperti sdra, saya fikir) tergamam, tergumam dan terdiam kerana sekali lagi gagal dlm cubaan menumbangkan DSAI.”

    sdra rujuk 2-3 artikel terdahulu saya, mungkin sdra akan melabel sy sebagai anti-UMNO pula. Parti politik hanyalah wadah, apa yang penting adalah matlamat yang ingin dicapai.

    jika ada saranan bentuk s/jaya bebas menyiasat.. saya setuju.. itupun haruslah dibuktikan mahkamah kita tidak layak mengadili kes ini.

    jika ingin terus membuat kesimpulan konspirasi ini adalah perancangan jahat sesetengah pihak, saya tidak ingin turut serta, biarlah yang lain-lain terus membuat spekulasi.

    sdra, saya akui sy tiada ilmu kewartawanan, pengalaman dalam media, sdra boleh kata saya cetek pemikiran, namun saya rasa artikel sy bukanlah susah sangat untuk difahami oleh seseorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman sebanyak yg sdra miliki.

    Terima kasih lagi sekali sudi memberikan komentar, selagi niat kita untuk memastikan negara mendapat pemimpin yang terbaik, saya rasa lebih bersemangat untuk memblog.

    Saya berpendapat, perbezaan adalah satu rahmat, persetujuaan memerlukan hikmah dan hasil daripada persefahaman adalah berkat.

    p/s: bersyukur selamat tiba di tanahair tepat jam 4.45pm tadi. MH is indeed the Malaysian Hospitality.

  24. Pendapat saya sama seperti mimi juga 😀 Sepatutnya x menjadi soal untuk meminta DNA DSAI lagi sebab polis sepatutnya sudah ada rekod untuk kes yang terdahulu…boleh dibandingkan terus kemudian masuk ke mahkamah…buat apa nak minta lagi? melambatkan proses. Tidak mahu memberi DNA bukan tanda pengecut…langsung tidak!

  25. Hi NurFarhana,
    To be fair in every investigation I think taking current DNA sample is appropriate. The authority have to maintain their standard and practice to avoid any wild accusation against them, though. But my question to you…If you are an officer and you want to be neutral and sincere in the investigation what shall you do???
    Are you dare enough to use back old records to support your case???
    This is not a matter of time wasting and cost but I think it refers to a person doing his job. And on the other hand I think for a person who ran away from the authority, he seems not stable thus NOT clean. And if that person fights for his country he prepare to die for his people. Nelson Mendela was prisoned and tortured for his people. But those who ran away from a war that creature is a DAYUS.

    WS.

  26. kwang.. kwang.. kwang..
    per lar.. ko tak belajar sains ker..
    dulu polis dah ader sample DNA DSAI kan..
    pakai lar.. bukannyer da basi pon..
    DNA tak akan berubah lar.. per lar..
    (sebenarnya polis & ‘org politik U*NO’ dah tau dah.. cumer nak politikkan, nak tunjuk DSAI dolak-dolak)..
    nasib baik orang M’sia skarang dah tau pakai otak..
    cuma yang otak batu jew nak caya..
    kah kah kah..

  27. tol tu Lenin..
    yang menang jadik arang, yang kalah jadik abu..
    apalar nampak sangat orang politik tak propesional..
    tp nak wat caner..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s