MT Boleh kempen. Presiden dan Timbalan bagaimana pula?

Malaysiakini – Calon MT dibenar berkempen

1. Dalam perkembangan yang lain pula, calon-calon MT dibenarkan untuk berkempen mejelang pemilihan UMNO Disember ini. Ini merupakan satu kontradiksi pada keputusan MT untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

2. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai halangan dan syarat-syarat kempen yang terpaksa dipatuhi oleh setiap calon untuk memastikan kelayakan sebagai calon tidak ditarik balik.

Katanya, selain majlis yang dianjurkan oleh pihak yang dinyatakan dalam peraturan itu, ahli Umno dilarang menganjurkan sebarang perhimpunan atau majlis secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh pemilihan.

Katanya, calon tidak dibenarkan menghadiri atau menganjurkan majlis seperti kenduri kahwin, tahlil atau kesyukuran yang dihadiri oleh ahli Umno dan berucap bagi meraih undi serta berkempen bagi pihaknya sendiri atau pihak lain.

3. Walaupun dianggap menyusahkan bagi sesetengah pihak, mungkin ini adalah cara terbaik untuk memastikan tidak berlakunya rasuah wang ketika berkempen.

4. Cadangan saya, dianjurkan sahaja debat antara calon-calon MT mengikut stail debat presiden Amerika Syarikat. Dengan cara ini, setiap calon yang tampil untuk bertanding jawatan tersebut boleh mengetengahkan idea dan matlamat mereka untuk terus memastikan UMNO kekal relevan dan memajukan parti.

5. Isi dan ulasan ketika debat boleh dipantau oleh jawatankuasa Disiplin UMNO dan ini ternyata boleh mengelak daripada berlakunya tohmahan-tohmahan berbentuk peribadi, fitnah dan juga sebarang bentuk penyelewengan fakta dan sebagainya.

6. Debat ini juga mungkin boleh dipanjangkan kepada debat antara calon-calon jawatan presiden, timbalan presiden, dan naib-naib presiden supaya calon-calon dapat membentangkan rangka kerja yang ingin dilaksanakan sekiranya terpilih menjawat jawatan-jawatan yang ditandingi.

7. Adakah UMNO bersedia untuk menerajui era politik matang tanahair? Sekiranya UMNO berjaya membuat satu anjakan paradigma dalam bentuk pemilihan Disember ini, seluruh negara akan memandang UMNO sebagai sebuah parti pendokong demokrasi dan evolusi politik Malaysia akan bermula dengan kebangkitan semula UMNO sebagai sebuah parti yang lebih kukuh, kuat dan berdaya saing.

8. Dan ternyata langkah menghalang pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden adalah satu langkah ke belakang dan tidak demokratik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s