Mana demokrasi dalam UMNO?

Petikan Utusan Malaysia – Mutakhir 16 Julai 2008

MT putuskan jawatan Presiden, Timbalan tidak dipertandingkan – Ali Rustam

1. Didalam kekecohan isu tangkapan Anwar Ibrahim, terselit berita mengenai keputusan MT tidak membenarkan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini. Alasannya, kerana peralihan kuasa sudah dipersetujui.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, walaupun perlembagaan parti menyebut semua jawatan adalah terbuka untuk dipertandingkan tetapi keputusan MT itu telah dibuat pada mesyuaratnya minggu lalu.`

Lagipun Perdana Menteri sudah mengumumkan transisi yang akan dibuat beliau. Jadi saya harap semua pihak termasuk bahagian-bahagian seluruh negara dapat memberi sokongan,” katanya.

2. Adakah transisi yang dijanjikan akan berlaku pada June 2010 ini dipersetujui oleh semua ahli-ahli UMNO? Jika adapun seorang yang tidak bersetuju, pemilihan harus diadakan.

3. Adat demokrasi ada pertandingan, menghormati keputusan MT ataupun semangat demokrasi, mana yang lagi penting?

4. Faktor kewujudan transisi pucuk pimpinan tidak boleh dijadikan penyebab mutlak menolak proses pemilihan dalam UMNO. Biarlah akar umbi menentukan siapa yang layak mengepalai UMNO, dan seterusnya memimpin Malaysia.

5. Tidak dinafikan MT banyak melakukan keputusan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa yang telah diberikan ahli melalui pemilihan pada sesi lepas. Namun, menafikan hak asas ahli mengikut perlembagaan parti untuk mendapat peluang memilih calon pimpinan tertinggi parti menerusi proses pengundian tidak harus berlaku.

6. Jika benar Presiden, dan Timbalan Presiden sekarang menjadi pilihan utama ahli akar umbi, mengapa harus menyekat pertandingan. Kemenangan melalui pertandingan ini akan memperlihatkan kewibawaan dan penerimaan akar umbi terhadap Presiden dan Timbalan Presiden, ini lebih baik daripada menang percuma itupun kerana sekatan.

7. Pendapat saya dari dahulu lagi, setiap jawatan harus dipertandingkan, sekurang-kurangnya dibuka pencalonan hingga ke saat-saat akhir. Jika tiada yang tampil mencabar (atau tidak cukup korum) barulah diumumkan menang tanpa bertanding, mengikut lunas-lunas demokrasi sedia ada.

8. Mungkin yang dibimbangkan adalah perpecahan dalam parti akan berlaku akibat pertandingan ini. Ahli UMNO sudah cukup matang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ahli sebuah parti yang memperjuangkan Malaysia setelah sekian lama.

9. “Andai takut dilanda ombak, jangan berumah ditepi pantai”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s