Duduk semeja

Dipetik daripada rancangan hujah di saluran tv9 (www.tv9.com.my)

Bahagian pertama – klik disini

Bahagian kedua – klik disini

Bahagian ketiga – klik disini

Sebenarnya dalam tidak sedar kita sudah hampir 4 bulan dipukul badai politik tanahair yang ternyata mengakibatkan pergolakan situasi politik yang belum nampak lagi tanda-tanda badai tersebut akan surut. Umpama banjir besar yang melanda, hari pertama anak-anak riang bermandi-manda, bermain rakit yang diperbuat daripada batang pisang, tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan menangkap ikan yang terlepas daripada sangkar-sangkar ternakan ikan berdekatan.

Walau bagaimanapun jika banjir tidak surut-surut selepas beberapa minggu, kita mungkin sudah merasa sedikit gelisah, perabot-perabot kayu di dalam rumah membengkak dan melapuk, permaidani mula berbau busuk dan aktiviti harian terganggu. Lebih lama lagi bencana ini berlarutan, akan tibalah bencana susulan iaitu wabak penyakit dan kelumpuhan sistem sosioekonomi yang saya percaya sudah mula menampakkan kebenarannya didalam krisis berpanjangan politik Malaysia pasca pilihanraya umum ke-12.

Persoalannya, sampai bilakah kita sanggup mengharungi air bah, serta sanggupkah kita menghadapi wabak penyakit serta kegawatan sosioekonomi yang sudah pasti menanti disepanjang bencana politik yang kita sedang hadapi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s