Kolum Ringkas: Sumpah

1. Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini kita didedahkan dengan terminologi terkini politik tanahair, iaitu sumpah.

2. Ada bermacam-macam jenis sumpah. Nama yang diberikan untuk sumpah pula berbeza mengikut cara dan ketika penggunaan sumpah serta latar belakang punca yang menyebabkan perlunya sesuatu sumpah itu dibuat.

3. Sejak kecil lagi kita secara tidak sedar, kita telahpun mengamalkan tabiat ini. Contohnya, apabila kita dituduh mengambil sesuatu milik kawan sedarjah kita, lantas kita akan menjawab “sumpah aku tak ambil”.

4. Walaubagaimanapun, ada beza sumpah anak kecil dengan sumpah orang dewasa. Sumpah orang dewasa ini membawa implikasi yang amat besar, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kenamaan.

5. Diantara jenis sumpah yang popular sekarang adalah akuan bersumpah (statutory declaration), sumpah mubahalah, dan sumpah seranah. Perbuatan sumpah berhubungkait rapat dengan satu lagi perbuatan yang lebih banyak negatif daripada positif iaitu fitnah.

6. Sumpah adalah jalan terakhir untuk menyatakan kebenaran seseorang, tetapi di era khabar angin merajai alam siber, dan telahan liar khalayak menjadi bukti utama, sumpah juga boleh diragui kredibilitinya. Walaupun terdapat pelbagai jenis sumpah, objektifnya sama sahaja iaitu menyatakan kebenaran seseorang sambil meletakkan ‘sesuatu’ sebagai cagaran.

7. Sumpah dengan al-Quran (sesetengah ulama’ kata bukan amalan Islam) meletakkan kitab suci sebagai pertaruhan, manakala akuan bersumpah pula meletakkan maruah diri sebagai pertaruhan dan juga kesediaan untuk menghadapi hukuman sekiranya didapati sumpah itu tidak benar.

8. Saya rasa, tidak perlu kita bersumpah itu dan ini, memandangkan kesan negatif kepada ‘cagaran’ yang kita letakkan ketika bersumpah itu, tambahan ianya tidak sepatutnya dijadikan alat untuk kepentingan peribadi seseorang. Berbeza dizaman para anbiya’ dahulu dimana sumpah dilakukan sebagai jalan terakhir setelah segala debat, dan siasatan telah dijalankan dengan adil dan telus mengikut laras-laras Islam.

9. Nik Aziz pun sudah keluar kenyataan, ikutlah perundangan sedia ada dahulu sebelum bersumpah. Bukan apa, jika terlalu nak buktikan diri sendiri benar, nanti dimakan sumpah sendiri ataupun jadi bahan sumpah seranah orang apabila diketahui sumpah yang dibuat itu palsu.

Malaysiakini – Anwar sedia bersumpah

Advertisements

2 responses to “Kolum Ringkas: Sumpah

  1. Jika ada komen daripada saya yang menginginkan sesiapa untuk bersumpah menyatakan kebenaran beliau, saya tarik balik komen saya itu. Seharusnya, sistem perundangan sedia ada dipatuhi, dan jika buntu barulah memilih untuk bersumpah.

    Saya percaya jika ada pihak yang sengaja memainkan sumpah, nama agama Islam, dan kesucian kitab suci Al-Quran akan tercemar. Apatah lagi jika yang membuat sumpah itu adalah sumpah palsu.

  2. Dear Ruzaimi,

    You raised at the right moment. Sumpah merupakan langkah terakhir bagi kedua-dua belah pihak untuk membersihkan nama. Tetapi di Malaysia, sumpah dan melayu tidak dapat dipisahkan. Just like what you’ve stated earlier.

    It’s good for us to learn on this case. Kes ini seakan-akan membuka dimensi baru kepada sistem perundangan Islam. Insha-allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s