Dalam Protes ada Protes

Saya melihat usaha untuk mengadakan protes ini di Stadium Kelana Jaya adalah usaha yang rasional kerana ini merupakan saluran terbaik untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan sekarang tanpa melibatkan khalayak yang mungkin tidak bersetuju dengan agenda protes kali ini.

Tambahan pula, protes ini berlangsung sepanjang hari, bermula jam 9pagi sehingga lewat malam, jadi sekiranya ianya diadakan di perkarangan KLCC, nampaknya perniagaan dan perjalanan orang ramai akan terganggu selama satu hari suntuk. Berkenaan hal permit, percanggahan pendapat menyaksikan perbincangan mengenai isu ini bergerak dalam arah yang tidak ada titik pertemuan, maka tindakan ‘mengikut’ saranan pihak polis supaya protes ini diadakan dikawasan terkawal seperti stadium adalah tepat.

Apa yang menarik daripada protes ini sehingga artikel ini ditulis, pelbagai ‘acara’ yang tidak dirancang telah berlaku yang boleh mengalihkan pandangan umum daripada tujuan sebenar demonstrasi sihat ini diadakan. Saya merujuk hanya kepada laporan malaysiakini memandangkan umum melihat malaysiakini sebagai sumber yang paling boleh dipercayai.

Malaysiakini –

700 anggota unit Amal Pas tarik diri

Penonton ‘mengamuk’ penyanyi tunjuk punggung

Dua laporan tersebut telah disiarkan oleh laman web malaysiakini yang memberikan ulasan sepanjang majlis berlangsung. Daripada pengamatan saya yang berada jauh di Dublin ini, kejadian-kejadian ini adalah amat dikesali kerana ianya telah mencemarkan niat murni penganjur yang hanya ingin menyediakan saluran protes secara sihat.

Unit Amal Pas telah bertegas dengan memprotes persembahan kumpulan ‘Lawan tetap Lawan’ yang dikatakan mendedangkan irama punk rock ala A.C.A.B yang nyata mengecewakan ramai yang hadir. Persembahan itu juga bertentangan dengan prinsip unit Amal iaitu Beramal Kerana Allah. Nampaknya, ketegasan unit Amal ini menzahirkan pegangan parti Pas yang menginginkan suaranya didengari didalam Pakatan Rakyat.

Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik ‘Lawan Tetap Lawan’ yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.

Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Tidak cukup dengan acara luar dugaan penarikan diri unit Amal, penyokong pula memprotes aktiviti yang disajikan sempena demonstrasi ini berlangsung. Kali ini, kumpulan Carburetor Dung pula yang menaikkan amarah hadirin. Seperti dilaporkan malaysiakini penyanyi kumpulan tersebut telah menunjukkan punggung (masih berseluar) kepada penontont sambil mengangkat-angkat seluar dalamnya ketika menyanyikan lagu bertajuk Liwat Jilat. Skuad AMK (Amal sudah tarik diri) terpaksa membawa keluar 4 orang ahli kumpulan tersebut untuk diselamatkan daripada penonton yang marah.

Peristiwa berlaku ketika penyanyi menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalammnya.

Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.

Hishamuddin Rais tampil untuk menyerahkan diri dan bertanggungjawab atas segala kekecohan yang berlaku tadi. Beliau juga menegaskan apa yang berlaku adalah tiada kaitan dengan parti-parti politik. Saya percaya kesilapan ini tidak seharusnya berlaku dan pepatah melayu ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ seharusnya dikaji dengan lebih mendalam oleh Hishamuddin Rais yang saya pasti lebih mendalam ilmunya mengenai selok-belok bahasa ini.

Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata

Walau bagaimanapun, protes ini masih lagi berjalan dan masih lagi memerlukan beberapa ratus ribu hadirin lagi untuk mencapai sasaran sejuta rakyat. Persoalannya, adakah yang sudah hadir akan pulang awal kerana kecewa dengan aktiviti yang disajikan? Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan penganjur untuk mengawal emosi hadirin. Saya juga tidak mahu sekiranya protes harga minyak ini bertukar menjadi protes kepada penganjur.

Saya pernah menulis artikel mengenai demonstrasi Bersih (baca di sini), dan saya kurang bersetuju dengan perlaksanaan demonstrasi tersebut. Namun pada protes kali ini, mungkin ianya boleh dipuji atas dasar ianya diadakan ditempat yang selamat dan tidak menggangu perjalan kehidupan seharian rakyat lain yang mungkin tidak berhasrat untuk menyertai protes. Tidak seharusnya protes ini tercemar serta lari tujuan asalnya dengan adanya protes dalam protes!

p/s: Dr. Hatta – diatas kapasiti anda sebagai penyelaras protes, juga ahli parlimen PAS, nampaknya anda mungkin dalam tidak sedar ataupun tidak sengaja telah mengecewakan hadirin yang terdiri daripada penyokong PAS.

13 responses to “Dalam Protes ada Protes

  1. macamana bleh jadi macam ni? ketua penganjur orang PAS, pengisian macam PKR punya style jer…

    rosak majlis

  2. saya setuju dengan agenda muzik yang progresif seperti punk, indie dll dimasukkan di dalam acara kerana ia adalah suara dan tuntutan anak muda. Walaupun begitu aku tidak bersetuju dengan tindakan vokalis Carberutor Dung yang melakukan aksi tidak senonoh di tempat umum. Mereka harus belajar menyesuaikan diri dengan hadirin yang hadir.

    Untuk pengetahuan, mengapa ramai anak muda kurang berminat dengan politik terutama yang tinggal di bandar adalah kerana tiada pilihan. menyokong BN pastilah tidak boleh, dan untuk menyokong PR yang terdapat di dalamnya PAS yang mengekang suara anak muda yang berbeza, sudah pasti mencetuskan konflik. Apa yang pasti kami anak2 muda yang mengambil sikap apathy selama ini memang tiada pilihan. Kalau di Indonesia anak2 mudanya lebih terbuka dan mempunyai banyak pegangan,ada yang Islamik,Nasionalis, Sosialis,Komunis,Liberalis dll. Di M’sia hanya ada Islamik PAS dan Perkauman UMNO. PKR masih baru. Percayalah anak2 muda yang terpinggir dek kerana politik PAS dan UMNO selama ini boleh menjadi agen perubah untuk menggoncangkan negara.

  3. Salam kecewa dari saya…

    Lagu Carburetor Dung itu langsung tidak menyebut “liwat”! mana datang ni “liwat” nih? Lagunya yang dan bertahun dimainkan di gig-gig mereka bertajuk Mari Nyanyi Menjilat! Ianya tentang “integriti” diri kita! tentang pegangan prinsip diri yang perlu diteguhkan bukan sewenenagnya dijual-beli oleh kerajaan, businessmen atau mereka-mereka yang menagih sokongan!

    Liriknya dalam dan perlu pemikiran tajam untuk menghadamnya. Mungkin kamu terlalu emotional sehingga melampaui batas menambah-nambah cuba memperburukkan suasana. Itu fitnah namanya!

    cuba pergi sini tengok:

    http://carburetordung.kerbau.com/linkages/mari-nyanyi-menjilat/

  4. stompa

    siapa kata liwat? tajuknya adalah Jilat. Yang marah adalah hadirin-hadirin di protes itu, saya ternyata tidak emosional. Hanyalah sekadar menyatakan kekecewaan saya akan kekecohan yang berlaku didalam protes tersebut. Tujuan asal protes tersebut sudah dibayangi kontroversi-kontroversi ini.

    maaf, saya tidak meminati genre muzik yang dibawa carburetor dung. Saya tidak pula mengajak pembaca membenci kumpulan tersebut. Saya faham seni, dan pejuang seni ada cara tersendiri untuk berbakti. Kerana seni adalah subjektif.

    stompa, teruskan berhibur

    terima kasih sudi komen

  5. ok. saya hanya terkejut. sebagi blogger, kita perlu mempunyai tanggungjawab terhadap apa yang kita tuliskan. Tanggungjawab ini berat. Oleh itu perlu cermat, perlu hati-hati.

    saya rasa ini semua adalah “misunderstanding:. Silap dengar. Mungkin bukan kamu taoi segelintir mereka yang hadir. ataupun sememangnya mereka ngak suka rock’n’roll! atau mungkin ianya dijanakan oleh 2,3 pembuat-kacau yang ditanam disitu oleh mereka-mereka yang berkenaan.

    Carburetor Dung sekarang ini nampaknya mula beraksi dengan sindiran sinis serta satira, tapi malang tidak ramai yang paham agaknya. Saya heran bagaimana anak-anak underground boleh paham serta tertawa besar dengan lagu tersebut tapi anak-anak Pakatan tidak, malah jadi naik marak pulak. Bukankan lagu itu ditujukan kepada para koruptor negara, yang merupakan musuh besar Pakatan (katanya lah).

    hmmm.

  6. An insightful posting.

    May we feature your blog post and link back to your blog. Our website http://mylivingwall.com
    features selected blog posts daily to our members, besides introducing new blogs to them.

    All the best!

    mylivingwall.com team

  7. stompa,

    pada pendapat saya mungkin kekecohan itu berlaku bukan kerana lirik, tetapi aksi penyanyi kumpulan tersebut yang berbentuk provokasi terhadap hadirin.

    Saya setuju blogger perlu bertanggungjawab diatas tulisan masing-masing.

  8. AL,

    thanks for dropping by, you got my green light to link this blog to yours.

    Thanks

  9. BEGITULAH KALAU MAJLIS YANG DIANJURKAN JIKA TIDAK DIRESTUI OLEH ALLAH……….ALLAH HUAKBAR…

    ITULAH PETUNJUK PENGANJURAN YANG MENGIKUT AWA NAFSU AMMARAH…..

    YANG PELIK ………PROTES DI SELARASKAN OLEH PAS TAPI MENGAPA DISELANGSELIKAN DENGAN PERTUNJUKAN ROCK GANAS….SEHINGGA MENCEDERAKAN PENYAYIANYA SEKALI?………APA PAS SUDAH MENGHALALKAN JENIS HIBURAN SEDEMIKIAN RUPA……

    MACAM2 KEKALUTAN YANG BERLAKU…….

  10. I’ve been around the blogs reading about this. This blog surind.blogspot.com has a gd report too.

  11. saya juga bukan peminat aliran muzik seperti band ini, namun saya rasa tidak salah jika saya meletakkan rasa `hormat` saya pada mereka, mereka pada saya punya cara mereka sendiri untuk melahirkan rasa & perasaan mereka. Budaya band ini teralu asing bagi pendokong PAS, pendokong PAS juga tidak boleh dipersalahkan.

    Namun, kesilapan besar band ini ialah mereka menzahirkan punggungnya pada tempat & audien yang tidak sesuai. Ada pakcik, makcik, budak lelaki & perempuan….. Mana mungkin mereka boleh terima perkara sedemikian rupa.

    Saya rasa jika penyanyi band tersebut tidak menzahirkan punggungnya, keadaan tidak sekecoh ini, malah mungkin pendokong PAS boleh menerima kehadiran mereka secara beransur-ansur. Pendokong PAS sedar akan peranan mereka, namun budaya & sensitiviti pendokong PAS juga harus dihormati & disedari. Perkara ini boleh dielakkan jika kita saling hormat menghormati.

    Namun, seribu hormat saya pada bro hishamuddin yang mengambil tanggungjawab terhadap insiden tersebut. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.
    Jangan sehingga kita hilang fokus, fokus utama adalah BN………BARANG NAIK.

  12. baik carburetor atau band punk lain, ‘apakah mereka perlu mengubah aliran muzik dan bagaimana beraksi mengikut venue? kalau di depan ahli Pas kena ada nada2 nasyid pulak? ini punk celup!
    punk ada literaturenya tersendiri. ia sangat jelas. nada2 apologetic punk tak main! kalau betul la hishamuddin rais sedih sampai menangis, dia tak cukup punk. mungkin dia bukan seorang punk pun, nampak dia lebih kpd seorang ahli seni (seniman). malah dirinya sendiri pun digubah menjadi seni, ha ha ha.
    gue boleh menikmati muzik punk meskipun masa lebih byk dihabiskan dgn rock&roll dan blues. muzik boleh membuatkan kita rasa ‘hidup’. bfungsi seperti alat ‘pengecas’.

  13. main konsert, filem, teater, makyung punggung takde bende. itu cuma penilaian moral setempat.
    main punggung ada bende. lebih2 lagi kalau nak jadi pm. jadi pm maksudnya kepala teraju. gue tak mahu kaki punggung/bontot meneraju …
    apa org cakap.. selisih malaikat 14 atau simpang malaikat 14. sory lupa

Leave a reply to bebas Cancel reply