Lagi duit Selangor diguna untuk parti Keadilan?

Harakah – Selangor lantik firma audit akaun Keadilan

Anis Nazri
Wed | Jul 02, 08 | 10:25:49 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) – Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor membuktikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan prihatin dengan bertindak melantik sebuah firma akauntan antarabangsa bagi melakukan audit ke atas akaun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Firma tersebut, Ernst & Young, dilantik bagi melakukan tugas-tugas audit ke atas akaun parti itu yang dikatakan terlibat dalam penyaluran wang sumbangan sempena Majlis 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, siasatan audit itu akan dijalankan firma tersebut dengan secepat mungkin dan akan diumumkan kepada awam setelah siasatan disiapkan.

“Laporan siasatan yang telah siap akan diumumkan bagi memastikan tidak ada kesangsian di pihak orang ramai terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya,” tegas Nik Nazmi, dalam kenyataan yang difakskan ke Harakahdaily, hari ini.

1. Kenapa duit rakyat Selangor digunakan untuk mengaudit akaun parti Keadilan, bukan semua rakyat selangor ahli parti Keadilan.

2. Adakah ini amalan yang mengikut peraturan dan undang-undang? Wajarkah peruntukan dikeluarkan daripada tabung kerajaan Negeri Selangor untuk membayar E&Y untuk mengaudit akaun sebuah parti politik.

3. Mungkin, keputusan ini dibuat kerana ada implikasi yang buruk keatas kerajaan Negeri Selangor jika akaun tersebut didapati tidak diselenggara dengan betul.

4. Akaun Parti Keadilan Rakyat merekodkan keseluruhan aktiviti kewangan dan rekod keluar masuk duit PKR termasuklah urusan-urusan yang tidak melibatkan negeri Selangor.

5. Mungkinkah kerajaan hanya melantik E&Y dan kos bayaran audit dikenakan kepada PKR? Saya tidak fikir begitu. Biasanya kita akan melihat laporan juruaudit dibentangkan di perhimpunan agung tahunan parti, dan dibiayai sepenuhnya oleh parti. Berbeza pula kali ini apabila rakyat Selangor akan membiayai audit PKR.

6. Pada pendapat saya, Kerajaan Selangor boleh menasihatkan atau mengarahkan PKR menyediakan audit daripada juruaudit yang berwibawa (seperti E&Y dan lain-lain) namun kos audit adalah ditanggung sepenuhnya oleh PKR sendiri.

7. Apa yang dilakukan ini menggambarkan ketelusan dan keprihatinan, Betul. Tetapi kurang kebertanggungjawaban kerana wang rakyat perlu digunapakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk menyelamatkan reputasi parti politik tertentu.

p/s: Abaikan semua yang saya nyatakan diatas sekiranya E&Y memberikan khidmat percuma kepada kerajaan Negeri Selangor.

Pautan Berkaitan:

Malaysiakini –

Pegawai MB Selangor didakwa seleweng

DUN S’gor siasat osi pegawai MB

BPR siasat pegawai MB S’gor 4 jam

Yahya undur, ‘tidak yakin Khalid’

Advertisements

15 responses to “Lagi duit Selangor diguna untuk parti Keadilan?

  1. Why only PKR’s wrongdoing is being checked? BN and UMNO has been doing that for the last 50 years.

  2. hahaha. a political rottweiler of sort,are you boy? Lets hope not you are another aspiring politician with certain personal agendas. Characters of principles,altruism and justice are rare these days. Good luck.

  3. well, at least it is transparent and open to criticism..not like before..we know very little about the perbendaharaan right? thats why last time we cannot make a criticism like this 😀

  4. erti duit oh duit

    masa kerajaan lalu keluarkan Duit Selangor berjuta-juta ratusa juta dalam masa 2 Bulan tak bisingpun.
    Bisinglah dengan khair toyooul
    PKR Berapa sen yang ada,
    yang lepas songlap Tanah,Duit Rakyat Selangor Duit Lembaga Zakat,Tabung Haji duk diam ajerrr ,Ikan bilis sahaja yang di Tangkap.Pikirkanlah tuan.

  5. guys,

    say if previous government robbed selangor’s money, does it justify current government to do the same too? Speaking about transparency and accountability, maybe last time, some politicians are doing things as they like because there are not enough pressure groups (read: rottweiler by atan) who are doing things like what i’m doing.

    I suspect, this is not right, thus i wrote an article, i have no personal agenda what so ever, but i’m using blog as a place for a healthy debate where everyone can take benefit of.

    two wrongs doesn’t make one right.

  6. This is an example of partisan politics (read: you boy!). It is hypocritical to say there is not enough pressure groups, the last government had their own opposition and this time those who are out are the opposition. The only difference that I can think of is how much pie, if not all of the mainstream media given to the greedy establishment. (wonder how much wang rakyat is spent here?)

    It seems your opinion if not political boy is conservative and unilateral. One would also wonder what are your thoughts on the previous government if you are so righteous in your idea of healthy debate. Come one, at least the effort for transparency should be applauded. I still remember vaguely on how much money(wang rakyat) is wasted for the stupid-fiesta-negeri-maju-declaration. And to be fair, I’ll cherry-pick no more.

    Reminiscing the years, I’ve foreseen this one coming, out of you.

  7. Atan,

    I would like to bring you back to this issue, it’s not about me not writing an article about previous government’s mishaps while in power. I’m much more interested with what’s happening now.

    And i don’t want my immature response due to my lack of experience and knowledge in politics be a topic of debate. My point is, can selangor government use rakyat’s money to pay E&Y to audit PKR’s account. That’s all

    And our debate shall revolves around that question only.

    Anyway i do take note of your comments. Man this learning step is so steep that sometimes when u slipped, u can drop straight to the bottom level of the learning curve.

    Thanks.

  8. Well, a cute piece of writing for an aspiring UMNO youth who is trying to move up the ladder.

    You should try harder…

  9. ya allah, yang korang sensitif sangat bila isu PKR ni di highlight, kenapa? PKR is the one who is the moral police here, moralising other people about corruption, etc. so you should stand by your standard. kenapa pulak nak divert isu by turning it to the BN. BN never claims they are the cleanest or least corrupt. PKR did yet even before 100 days has passed, you are already corrupt!

    Stupido!

  10. Is this a joke??..penat je saya baca article nih..the end ade lak statement camni

    “p/s: Abaikan semua yang saya nyatakan diatas sekiranya E&Y memberikan khidmat percuma kepada kerajaan Negeri Selangor”

    this is a crap

  11. rahman,

    E&Y tidak akan memberikan khidmat percuma kepada kerajaan Negeri Selangor, ini adalah kenyataan. Anda mungkin tidak mendapat maksud saya meletakkan p/s itu. Ianya hanyalah teknik menulis sahaja. Anda tidak membuang masa dengan membaca artikel ini, dan ini bukan joke ataupun crap.

    thanks singgah

  12. I hope your responses are genuine boy. Lets hope not your political immaturity is just as disguise/excuse of your political dishonesty(read: opinion).

    As rakyat we have the right to criticize the establishment for what it does and you are doing the right thing. It’s just that your political tone,cherry-picked examples somehow look biased to me.

    A lot of people out there are just hooked up by popular politics, and politicians are just doing what they do best, playing the sentiments and rhetorics. I do agree with some of your conservative, pro status quo stands/points. But I think you could do better if it is done without political overtone.

    Perhaps it is quite hard for you having chaired a supposedly non-political organization with an obvious political name, to be non-partisan and neutral.
    Or perhaps this what you really are, a person who believe in partisan politics. So my advice is, if you do, do make a clear stand. Don’t pretend to be non-partisan when you are actually not.

  13. Banteras Kronisme/Nepotisme dan Monopoli di Hulu Selangor

    Assalamualaikum wbt…….sebelum saya menulis surat ini saya akan memperkenalkan diri saya secara serba ringkas….saya adalah salah seorang penyokong kuat kem pembangkang sejak tahun 1998 lagi iaitu dimana ketika zaman bermula reformasi sehinggalah sekarang yang mana dulu kita dalam kepayahan berkempen sehinggalah kita mencapai kemenangan dan menawan beberapa negeri…..dahulu kita janjikan banteras rasuah, banteras kroni dan nepotisme tetapi setelah beberapa negeri kita tawan ada banyak cerita yang kurang elok didengar ini termasuklah yang telah terjadi kini apabila kuasa dan kepentingan peribadi mengatasi segalanya

    Saya telah dibesarkan dalam keluarga pembangkang serta mempunyai ramai kenalan dari pimpinan pembangkang tidak kira samada dari PKR mahupun PAS tetapi setelah lama saya menyumbang tenaga, duit serta masa malah penat jerih saya rasa tidak berbaloi kerana apa yang saya harapkan selama bertahun-tahun tidak menampakkan apa yang saya harapkan….apa yang saya maksudkan disini adalah salah guna kuasa yang terjadi dikawasan saya iaitu di daerah Hulu Selangor yang sekarang didokongi oleh ketua PKR Hulu Selangor yang lebih dikenali dgn panggilan ‘Cikgu Nasha’….apa yang mengecewakan saya banyak laporan dan cakap-cakap yang saya dengar tentang sikapnya yang tidak disenangi oleh kebanyakkan ahli-ahli PAS kerana sering tiada bila ada sesuatu majlis di jalankan di daerah ini….malah tindak tanduknya yang sering tidak mendengar pandangan ahli-ahli PAS kawasan turut dikesali ini termasuklah dengan perlantikan ketua kampung Rasa yang mana dia telah melantik bekas Ketua Pemuda UMNO yang dulu terl
    ibat
    dengan rasuah dan mempunyai masalah lain termasuk beberapa skandal yang malu saya nak sebutkan . Yang amat menghairankan kenapa dia perlu melantik orang sedemikian sbg ketua kampung yang baru mengistiharkan diri keluar UMNO beberapa hari saja sebelum pilihanraya ke 12 baru-baru ini…tiba-tiba dia juga mengistiharkan dirinya sbg ketua PKR cawangan Rasa…kenapa juga hanya nama dia seorang saja ditampilkan bagaimana pula tokoh-tokoh PAS dan PKR lain yang telah lama berjuang tiba-tiba dilupakan begitu saja, dahulu dia juga pernah melamparkan kata-kata kesat terhadap kem pembangkang masa pilihanraya 98 dan 2004/ malah termasuk mensabotaj kempen2 PAS dan PKR yang mana pilihanraya 04 Dr.halili dan Ust. Ismail Kamus bertanding ketika itu….apakah agenda yang dibawa ‘Cikgu Nasha’ ada apa-apa hubungan ke? Kena beli ke? Kajilah dulu latarbelakangnya! apakah perubahan yang dijanjikannya! , adakah ini balasan pada kami yang bertungkus lumus menaikkan nama beliau sblm pilihanraya 08 dulu seh
    ingga
    kita mencapai kemenangan Parlimen Hulu Selangor….walaupun tewas dalam ketiga-tiga Dun.

    Terkini dan terbaru apa yang saya dapat tahu dia juga mengunakan kuasa sbg ahli majlis
    dalam menentukan kontrak pembersihan dan penyelegaran mesin rumput didalam daerah hulu selangor…apa yang menyebabkan saya terkilan dia juga sekali lagi mengenepikan penyokong-penyokong pakatan dalam hal ini…kalau satu dua tender boleh lah dikatakan ok….tapi dia juga memonopoli termasuk mengarahkan memberi tender2 tersebut kpd syarikat tertentu…apakah yang cuba dia lakukan….adakah sikap beliau tidak sama macam orang UMNO yang beliau tempelak dalam ceramahnya dulu…..kenapa beliau perlu memonopoli itulah masalahnya sekarang? Saya meminta jasa baik pihak pimpinan tertinggi PKR Selangor mengambil tindakan dan menyiasat laporan saya ini…..supaya tidak ramai lagi yang akan meninggalkan parti kerana perkara2 sedemikian….harap pihak Kerajaan negeri dapat juga menyiasat ketelusan tender di MDHS (Majlis Daerah Hulu Selangor) yang masih samar2 ketelusan dan cara dikendalikan……….
    Sekiranya laporan yang saya ini tidak mendapat tempat dan tidak di kaji dan disiasat saya akan melaporkan pada pihak berkuasa samada Polis mahupun BPR…..tolonglah jangan biarkan perkara2 begini didiamkan kerana ini akan menjadi barah pada ‘Pakatan Rakyat’ yang pasti akan ditolak rakyat sekiranya mempunyai pemimpin sedemikian rupa ………..
    Wasalam…….

  14. kpd tuan yang komen pasal di atas harap dapat info sebenar. Masalahnya bila menang tak boleh nak berubah, ada masalah ganya tahu bercakap, tak tahu nak berbincang. Bila dengar khabar angin itu dijadikan asas nak buat penilaian. Skrg ni ramai plak yang ngaku penyokong PKR/PR..betoi ke..Masalah perlantikan Ket Kampung tu masalah kecik je..pikir la yang lebih besar..

  15. memang lah kocik tp kalau dibiar bosar jadinya, apalah bangang itu pun takleh nak pikir…tengok jolah kau kato kocik tp dah berapo ramai keluar parti, itu pun kau kiro kocik lagi ke….lu pikir la sendiri…!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s