Siapa hero – Anwar atau Saiful?

Semalam ( 1hb Julai 2008 ) 10 000 penyokong Anwar berkumpul di Stadium Melawati Shah Alam untuk mendengar ceramah membela diri Anwar Ibrahim berikutan tuduhan liwat terbaru yang dilaporkan oleh bekas pembantu khas beliau iaitu saudara Saiful Bukhari Azlan. Sebaik sahaja tersebar berita ini ke pengetahuan umum, Lebih kurang seribu pemuda Keadilan telah tampil untuk memberikan segala bentuk perlindungan kepada ketua umum parti itu terutamanya daripada ancaman Anwar Ibrahim ditangkap polis.

Umum melihat Saiful adalah seorang macai yang diupah dan dibayar oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah Anwar, menghalang kepulangan Anwar kedalam dewan rakyat, dan mensabotaj pengumuman 4 orang ahli parlimen untuk bertukar kem daripada BN ke PR. Pelbagai isu peribadi Saiful telah didedahkan kepada umum seperti keputusan peperiksaan beliau, gambar tunangan beliau dan pelbagai lagi sebagai rencah kepada kontroversi terbaru ini. Apatah lagi didalam forum-forum maya politik tanahair, sudah tandus perkataan yang lebih teruk, serta biadap yang telah digunakan untuk menghentam Saiful. Mahkamah rakyat sudah pun bersidang rupanya.

Saiful Hero?

Episod baru kontroversi liwat ini bermula apabila Saiful yang merupakan sukarelawan pilihanraya yang sehingga awal permulaan kontroversi ini masih lagi bertugas di pejabat Anwar Ibrahim. Dari konteks ini, Saiful merupakan petugas sukarelawan paling lama berkhidmat setakat ini. Sehingga kini Saiful masih belum bersedia untuk mengadakan sidang media untuk menceritakan segalanya kepada umum. Berita mengatakan beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat guaman dan beliau juga didakwa tidak mendapat layanan yang sepatutnya ketika membuat laporan polis mengenai kes ini di bukit aman.

Anwar Ibrahim mempunyai penyokong fanatik yang telah 10 tahun berjuang diatas laungan reformasi, pada mata fanatik ini, Anwar Ibrahim adalah syumul dan jika dituduh Anwar Ibrahim hanya mencubit lengan Saiful pun golongan fanatik ini akan melenting mempertahankan ‘kesucian’ idola mereka. Saya merasakan nyawa Saiful yang lebih berisiko tinggi untuk dirisaukan berbanding nyawa Anwar. Untuk seseorang seperti Saiful yang tidak mengenali mana-mana duta besar negara asing ke Malaysia, maka perlindungan hanyalah daripada keluarga sendiri dan Polis. Saya kira tindakan Saiful ini boleh jadi adalah sangat berani dan pada masa yang sama sangat bodoh. Ini kerana, tuduhan sebegini boleh menaikkan amarah penyokong fanatik Anwar, dan secara tidak langsung akan menambahkan simpati rakyat terhadap Anwar.

Maka, persoalan samada Saiful hero ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada hasil siasatan Polis dan keputusan mahkamah, itupun jika kes ini dibawa ke mahkamah. Jika Malaysia menuruti ‘saranan’ yang disampaikan jurucakap kerajaan Amerika Syarikat supaya tidak membawa kes sodomi Anwar Ibrahim ke mahkamah, maka jangan haraplah Saiful akan dipandang sebagai penyelamat Malaysia. Namun, kerajaan sekarang yang bukan boneka Amerika Syarikat sudahpun membalas kenyataan jurucakap ‘negara polis dunia’ tersebut dengan ketegasan supaya Amerika tidak mencampuri urusan perundangan Malaysia.

Adakah saiful akan menjadi hero? Semestinya jika Saiful ingin mengadakan ceramah untuk membersihkan nama beliau, 10 000 hadirin adalah angka yang diluar imaginasi minda yang waras. Saiful bersendirian dalam hal ini, beliau tidak punyai sokongan sesiapa kecuali ahli keluarga dan tunang yang telah menyatakan kesediaan untuk bersama Saiful walau apa jua yang berlaku di sepanjang perjalanan kontroversi ini.

Anwar hero?

Seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan pada 8hb Mac 08, Anwar telah mengemudi kemenangan besar Pakatan Rakyat yang menafikan majoriti 2/3 kerajaan BN. Pada pandangan penyokong PR, Anwar sudahpun menjadi hero mereka. Dengan slogan membawa harapan baru kepada Malaysia, Anwar telah berjaya memikat hati pengundi-pengundi bukan untuk mengundi beliau tetapi calon-calon PR. Ini belum lagi Anwar memikat undi untuk diri sendiri. Kepetahan, kemahiran dan kebolehan Anwar menggamit khalayak untuk mendengar ceramah beliau adalah satu anugerah Illahi yang sukar untuk ditandingi. Adalah tidak keterlaluan sekiranya Anwar diangkat sebagai orator dari kalangan politikus terbaik di Malaysia.

Walaubagaimanapun, timbul kesangsian dan keraguan mengenai kejaguhan pendekar Melayu yang gemar berbahasa Indonesia ini. Pada hari laporan dibuat, Anwar telah memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan kepada pemimpin parti untuk membacakan kenyataan beliau atas alasan beliau perlu menjawab (atau membuat) terlalu banyak panggilan telefon. Antara panggilan telefon yang dilayan adalah kepada duta Turki ke Malaysia dan juga temuramah dalam talian oleh wartawan asing. Campurtangan asing sudah sinonim dengan Anwar Ibrahim, bermula dengan pendedahan YB Zul Kulim mengenai laporan perisikan negara jiran yang menasihatkan Anwar tentang cubaan membunuh beliau, diikuti dengan perlindungan yang diminta dari kedutaan asing, dan juga penglibatan Amerika dalam mempengaruhi perjalanan sistem perundangan dan kehakiman negara berdaulat Malaysia.

Sebagaimana Anwar diberi peluang oleh kepimpinan kerajaan pada kali ini untuk membuktikan beliau tidak bersalah melalui ceramah, blog dan lain-lain wasilah, begitu juga perihalnya dengan Saiful yang seharusnya diberi peluang yang sama untuk membuktikan tuduhan beliau. Sebaliknya yang berlaku, Saiful di’tembak’ mati melalui serangan-serangan di laman web dan blog oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Tidak kurang juga penglibatan media pro pembangkang yang sudahpun membuat konklusi daripada tuduhan ini. Gambar-gambar saiful bersama pemimpin kerajaan dicanang dan disebarkan sebagai bukti konspirasi terancang. Sebagai pemimpin pelajar, tentulah peluang beliau untuk bergambar dengan pemimpin lebih banyak, tidak sewajarnya dijadikan isu yang bukan akan mendedahkan kebenaran anwar sebaliknya kedangkalan akal editor akhbar tersebut dan secara tidak langsung menjumudkan pemikiran ahli-ahli yang membacanya.

Sekiranya Anwar berjaya untuk membersihkan namanya sekali lagi melalui mahkamah, dan Anwar berjaya membuktikan kerajaan BN terlibat dalam konspirasi politik ini, maka saya percaya Anwar layak untuk menduduki kerusi Perdana Menteri tetapi melalui saluran yang betul dan bukannya melalui lompatan ahli-ahli Parlimen yang jelas tidak bermoral. Jika tuduhan ini bersifat peribadi dan bukan berkepentingan politik, maka tidak wajar untuk menghadiahkan amanah kepimpinan negara kepada Anwar secara automatik – kerana ada juga kemungkinan konspirasi ini dirancang oleh kem Anwar. Sehingga itu, Anwar tidak akan diangkat menjadi hero dalam kes ini.

Siapa mangsa?

Dalam masa kita mencari dan memikirkan siapakah hero, kita juga seharusnya memikirkan siapakah yang menjadi mangsa. Isu ini telah menenggelamkan isu pokok yang lebih penting seperti modus operandi mengawal beban kenaikan harga minyak, kadar inflasi yang menokok, dan kemungkinan kejatuhan ekonomi dunia. Melihat kepada tumpuan yang diberikan media dan rakyat terhadap isu Anwar ini boleh merencat usaha untuk mentadbir negara keluar daripada ancaman-ancaman yang disebutkan tadi. Natijahnya, rakyat akan terus menjadi mangsa sekiranya pemimpin-pemimpin BN yang memerintah sekarang bertindak meninggalkan tugas untuk menumpukan perhatian kepada serangan-serangan bermatlamatkan politik yang tidak henti-henti dihidangkan oleh pihak kerajaan dalam penantian.

Tamat.

Possibly related links:

Malaysiakini – Anwar: Saiful rapat dengan TPM, Isteri

Advertisements

16 responses to “Siapa hero – Anwar atau Saiful?

  1. YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA KAMI DARI PADA KEHANCURAN AKIBAT PERBUATAN MANUSIA, AMANKANLAH NEGARA KAMI, HINDARKANLAH NEGARA KAMI DARI MANUSIA KEJAM DAN GILA KUASA……YA ALAAH ANYA ENGKAU YANG MEMPUNYAI KEKUASAAN……JAUHKAN NEGARA KAMI DARI MEREKA YANG INGIN MEREBUT KUASA……. BERIKANLAH KAMI PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBELA NASIB KAMI…..

    LAKNATILAH MEREKA YANG MEMBAWA FITNAH…..
    LAKNATILAH MEREKA CUBA MEMBAWA KEMUSNAHAN DI NEGARA INI
    LAKNILAH MEREKA YANG CUBA MENGHAPUSKAN UMAT MELAYU ISLAM DINEGARA INI
    LAKNATILAH MEREKA YANG MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DIRI DAN KUASA WALAU DENGAN APA CARA SEKALI PUN.

    TUNJUKILAH KAMI KEBENARAN….

  2. Assalamualaikum,

    Anwar Ibrahim akan jadi PM hanya dengan IZIN Allah swt. Tidak ada siapa pun yang boleh menghalang dia jadi orang nombor satu Malaysia jika itulah takdir dia dan Allah swt izinkan.

    Saiful ke, Umi Halfida ke, Azizan Abu Bakar ke, Sukma adik angkat Indon dia tu ke, Tun D M ke…………, tidak siapa yang boleh menghalang dia, tetapi hanya yang Esa.

    Anwar Ibrahim telah pernah jadi TPM selama 16 tahun, bukan 16 bulan. Tetapi kempunan nak jadi PM, tidakkah ini ‘hint’ dari Allah swt bahawa DIA memang tidak mahu Anwar jadi PM.

    Begitu juga, biar 10,000 pemuda gagah berani PKR melindungi Anwar kerana kononnya dia diancam dan nyawa dalam bahaya, tetapi kalau ditakdirkan dia akan mati tersedak kerana terlampau banyak bercakap, 10,000 pemuda itu tidak akan berupaya untuk membuat apa apa pun.

    Kesimpulannya, mungkin Anwar perlu mahasabah diri sendiri. Jangan menyalahkan orang lain, konspirasi itu konspirasi ini, ada sahaja orang lain semua tak kena. Dia sahaja yang betul.

    Dah rasa jadi TPM selama 16 tahun, memberi makan keluarga dan membesarkan anak anak dengan wang kerajaan. Syukurlah itu. Merasa juga pegang kuasa walau sebagai Timblan. Itu pun sudah baik.
    Allah swt pun dah janji akan tambah nikmatNYA kepada kita jika kita bersyukur atas apa sahaja limpahan nikmatNYA pada kita. WaAllahuAlam.

  3. w’salam….MELAYUANGKAT ..gua kagum ngan lu ni…camne lu leh tau ‘hint’ dgn ‘bkn hint’ dari Allah taala…dah cam Ayah Pin lak bunyinye…..kalo jd tpm 16thn pas2 xjd pm maknenya bkn takdir dia jd pm lah….wei gua nak bagitau lu..Rasulullah masa berdakwah dulu ditolak oleh org2 Mekah bkn setakat ditolak,dihina,difitnah,cuba dibunuh………………tp skang ni??????…Rasulullah xde pun cakap “hah, ni hint dari Allah taala bahawasanya mekah bkn utk org islam”…tp Rasulullah usaha..pasal ape Rasulullah berusaha..pasal baginda tau,perkara yg dia bawak tu perkara betul…..bkn perkara menipu org.membunuh org,meletup org,merasuah org,memfitnah orang……………………………………..

    pasal liwat saiful……….wei gua nk bagitau lu skali lg…..saiful umur baru 23.,anwar umur dah 60..dah tua dah….kalau betul la anwar nak liwat dia xkn dia xleh nak tendang ke,tolak ke,penumbuk ke,lari ke……… simple case…

    as’kum

  4. Penting sangat ke Anwar untuk Malaysia? Musnah ke Malaysia Jika Anwar tidak diangkat menjadi orang nombor satu Malaysia. Pastikah segala masalah akan terungkai jika beliau memimpin. Anwar untuk Malaysia atau Malaysia untuk Anwar?? Cuma satu yang hampir pasti, malaysia akan aman kalau insan bernama Anwar ini tidak wujud lagi di bumi malaysia.

  5. permusuhan anwar-najib telah menjadi isu nasional.. negara haru biru..
    pertuduhan liwat anwar-saiful juga telah jadi isu umum.. masalah negara adalah ekonomi dan kadar inflasi yang semakin meruncing bukannya kes-kes peribadi anwar!

  6. Macam mana nak jadi hero…jambu sangat…heroin boleh la kot…kena ‘hump’ dengan datuk pun pun ‘tewas’….alahai…

    http://www.pilihananda08.blogspot.com

  7. Saya setuju…siapa jadi mangsa bila isu negara sebenar telah lari dari perbincangan perkara pokok…saya suka melihat akar masalah ini kepada siapa yang memulakan masalah.

    Siapa yang MENUDUH dan DITUDUH?

    Dengan jelas sekali, Saiful lah HERO pencetus FENOMENA kerana dia yang menuduh…dan pendapat saya Najib terlibat sama sebab menurut beliau, semasa Saiful bertemunya di rumah/pejabat (sbb dalam berita cakap pejabat, surat khabar ckp rymah) untuk bertanya perkara itu, terserah kepada Saiful kalau nak lapor kepada pihak polis ttg dia telah tidak teruna lagi? mana Saiful utk menerangkan semua tuduhan? sampai sekarang hilang? Sedangkan DSAI telah merata2 menjawab tuduhan ini? Kenapa isu ini hanya dilihat sebagai isu Anwar sedangkan ada 2-3 pihak lain terlibat?

    Mahu tidak mahu, sudah perkara ini sudah menjadi isu juga..bukan isu pokok lain dilupakan malah terus berjalan…insyallah…sedang kami mengikuti kes “Anwar” kami masih juga memandang isu pokok yang menjadi masalah harian kami di Malaysia yang tercinta nih…

  8. Buat apalah pemimpin negara kita ni layan sgt si Anwar mcm dah takde isu lain nak difikirkan. Masalah minyak naik tak habis bincang lagi, belum lagi masalah ekonomi yg dengarnya dlm keadaan sgt teruk.

    Anwar ni penuh muslihat, dari dulu suka putar belit alam, dah tau hobi dan habit dia mcm tu, baek xpyah layan, fikirkanlah masalah nasional daripada masalah makhluk perosak tu.

    Pasal Saiful, aku kesian gak bila dgr cite sebenar bdk ni. Dgr kabar, dia jumpa Najib & Pak Lah untuk minta perlindungan tapi dua2 org tua ni xmo layan sbb kata dorang, sape suruh ko kempen & join PKR, bila susah nk mintak tlg org UMNO. kata “uncle” dia plak bdk ni sampai ada satu ketika nak bunuh diri sbb terlalu tensen. Apa pun, Allah S.W.T maha mengetahui…

  9. Satu ketika, pernah penyokong2 fanatik dan orang politik yang bergelar alim ulamak (atau sebenarnya alim p…mak) berdoa beramai2 sampe satu stadium… mohon agar ditunjukan kebenaran dari yang maha esa dan agaknya mintak juga agar orang yang memfitnah dan memenjarakan anwar mendapat pembalasan @ dapat bala lah tu….. tapi apa dah jadi… knapa orang yang dikatakan macem-macem oleh anwar and the gang tu masih lagi sihat walafiat dan aman bahagia hidupnya? Siapa sebenarnya yang mendapat bala..?

  10. semoga allah memberi cahaya kepada kita yg sedang buta..tercari2 angkara siapa,salah siapa,siapa fitnah siapa,jauhkan lah kami dari segala malapetaka hanya disebabkan politik negara,gila dgn kuasa dan kekayaan didunia..lindungi dan tunjukkan lah kepada kami,siapa yg teraniaya..kami bermohon padaMu Allah yg Satu.Amin.

  11. Semoga Allah melindungi DSAI sekeluarga.

  12. To jerangkung..

    Ko tak nampak agaknya.. pada konspirasi pertama Aziz Shamsudin terlibat .. dipertengahan kes anwar berjalan isterinya meninggal.., si khalid, penulis 50 dalil kenapa anwar tak boleh jadi PM.. akhirnya meninggal juga tanpa sebelah kaki.. megat junid juga sudah arwah.. umi hafilda telah meminta maaf dengan anwar.. begitu juga azizan, tak tahu ini kebetulan atau tidak sedikit sebanyak ader ler.. lupak pulak.. mahathir bulak kini dah jadi nyayuk.. meraban bantai parti sendiri.. bukan nasihat pm tapi musnahkan pm.. baguih ler ada kelebihan pada PR..

    Satu lagi aku tak tahu ko ni islam atau tidak.. berdoa kepada allah (yang kau cakap satu stadium tu) tu kan usaha meminta pertolongan dari allah.. ko cuba pertikaikannya nampak sangat kejahilan ko kerana tidak Mempercayai ALLAH.. INSAFLAH sebelum kau yang terkena laknat…

    To zainal.. baca tak sejarah aquino (filipina).. oleh kerana suaminya mati dibunuh kerajaan.. akhirnya satu filipina memberontak dan pemimpin zalim tersebut jatuh dan dia akhirnya menjadi presiden (carazon aquino)..

    Kekadang seorang tuh mampu untuk menggoncang dunia.. aku rasa ko tuh yang tak patut wujud atas muka bumi tuhan nih.. tak tahu berfikir.. aku bukan fanatik anwar.. tapi aku percaya kebolehannya..

  13. Abuya
    Umi Halfidah minta maaf?
    Baru ini semasa perhimpunan dengan Tun dan Toyo di
    Shah Motel Petaling Jaya
    Umi tetap menyata sindir dia tak Sokong Orang main belakang…….rujuk kepada DSAI

  14. saya pn semakin keliru siapa yg sebenarnya berada d pihak yg benar. jika dipersalahkan anuar, ramai yg menganggap ini adalah konspirasi politik yg dimainkan kerajaan. jika dipersalahkan saiful bahari, anuar dilihat mana mungkin melakukan perkara jjik tersebut.. entahlah… hanya Allah saja yang tahu kebenaran..

    lagi satu, saya ada melihat rakaman video menunjukkan mahathir mengaku tragedi fitnah liwat anwar adalah salah satu mainan politik mahathir dan pak lah… entah betl atau tidak kebenarannya…

  15. Bersyukurlah….Allah telah menyelamatkan Malaysia drp diperintah oleh seorang PM yang munafiq ,Anwar Ibrahim.Thank You Tun Dr M kerana memecat beliau……

  16. Setuju ngan manap. Anwar Ibrahim akan menghancurkan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s