Siapa sebenarnya di belakang SAPP?

Kecoh hari ini, semua akhbar termasuk blogger otai rockybru memperkenalkan lagi sekali siapakah gerangan Yong Teck Lee (YTL) kepada umum. Sejarah kareer politik YTL sungguh menarik, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, dan yang paling penting beliau pernah lompat parti. Mungkin kriteria beliau yang akhir itu menyebabkan beliau calon terbaik untuk dimanipulasikan oleh Anwar Ibrahim.

SAPP telah mengadakan sidang akhbar menyatakan mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri. Ada empat alasan menyokong serta menerangkan kenapa mereka hilang keyakinan. Melalui pengamatan saya sikap PM yang tidak konsisten telah menyebabkan SAPP merasa ragu-ragu akan kebolehan dan kepimpinan Abdullah. Itu apa yang diberitahu kepada umum.

Seringkali dalam politik ini, yang dicanangkan kepada khalayak adalah cerita permukaan sahaja. Bak air tenang nampak di permukaan, di dalam arus deras beralun-alun. YTL hanyalah menyajikan cerita-cerita permukaan sahaja. Abdullah membalas bom yang dilemparkan SAPP ini dengan membuat tuduhan YTL kecewa dengan beliau kerana kehendak peribadi YTL tidak dipenuhi. Laporan di sini

Cuba kita meletakkan diri di menara pemerhati, meninjau dari jauh akan perkembangan ini tanpa perlu kita meletakkan diri kita dalam risiko ditelan dalam mainan politik kedua-dua pihak ini. Persoalan pertama kenapa SAPP masih lagi didalam BN jika sudah hilang keyakinan kepada PM. Jawapannya boleh jadi melibatkan pelbagai faktor seperti yang dihuraikan dibawah;

1. SAPP tidak mahu mengisytiharkan parti tersebut keluar dari BN. Sebaliknya ‘ugutan’ ini akan membawa kepada parti tersebut dibuang daripada BN oleh majlis mesyuarat tertinggi BN. Jika SAPP dibuang maka tidak timbul isu parti tersebut termakan pujuk rayu Anwar Ibrahim.

2. SAPP ataupun YTL secara peribadinya hanya mempunyai masalah dengan Abdullah Badawi. SAPP hilang keyakinan pada PM dan bukannya BN. Maka oleh itu, usul tidak percaya ini dicadangkan dengan SAPP masih lagi bersama BN.

3. Tindakan ini juga boleh dilihat sebagai satu tindakan terancang yang dikoreografikan oleh tangan-tangan ghaib dibelakang SAPP. YTL mengakui ada bertemu Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur baru-baru ini, isi rundingan dan perbincangan masih lagi rahsia. Adakah perkara penting sebegini yang melibatkan prinsip demokrasi Malaysia dan membawa kepada kemungkinan pertukaran kerajaan persekutuan dirahsiakan daripada pengetahuan umum? Political game yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dan SAPP dalam kes ini adalah melibatkan negara, maka rakyat harus tahu.

4. SAPP mungkin ingin menyatakan keperluan kerajaan memandang serius masalah-masalah yang dilaporkan untuk tindakan kerajaan persekutuan dengan secepat mungkin, terutamanya isu melibatkan pendatang asing dan juga royalti petroleum.

Mengenai pengakuan YTL pernah berjumpa Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur secara tidak langsung telah mengesahkan usaha tanpa henti Anwar Ibrahim untuk menjolok parti-parti komponen dalam BN untuk berpaling pada semangat setiakawan BN. Saya masih lagi berpegang pada pendirian saya bahawa semangat demokrasi mestilah dipatuhi dan sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan secara membelakangkan prinsip ini adalah tidak bermoral serta tidak beretika. Natijahnya, negara akan dipandang serong dimata dunia kerana mandat rakyat telah ditidakkan dan dinafikan demi mencapai cita-cita peribadi individu. Perbuatan memancing ahli Parlimen lawan juga adalah satu bentuk penghinaan besar kepada prinsip demokrasi.

Rundingan demi rundingan telah dijalankan, mungkin semasa artikel ini ditulis ada beberapa rundingan lagi sedang berlangsung. Sebagai seorang yang rasional dan cintakan keamanan negara, rundingan yang dirahsiakan pesertanya, venuenya, masanya, dan intipatinya boleh mengundang pelbagai spekulasi. Biasanya rundingan yang dilakukan didalam gelap dengan berpandukan cahaya sebiji mentol ini adalah rundingan-rundingan ketua mafia seperti di dalam filem Godfather! Maka tidak keterlaluan sekiranya saya sangsi akan cara rundingan ini berjalan, dan risau sekiranya wang ringgit berjuta-juta, kuasa dan kedudukan menjadi pertaruhan. Tidak hairanlah ucapan tahniah disampaikan kepada SAPP oleh Anwar Ibrahim kerana melancarkan lagi proses untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui pintu belakang!

YTL mungkin terlupa beliau telah diberikan kuasa sebagai Ketua Menteri Sabah, maka peluang yang diperolehi beliau ketika menjadi KM sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan Sabah. Jika beliau betul-betul komited membangunkan Sabah pada ketika itu, semasa diberi platform terbaik untuk berkhidmat, Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya dipersalahkan, tidak akan timbul isu ini.

Politik orang sabah jauh berbeza daripada politik semenanjung, namun saya percaya prinsip sama iaitu demokrasi dijulang di kedua-dua bahagian besar yang membentuk Malaysia ini. Atas dasar inilah, sebarang usaha atau unsur-unsur yang cuba menjadi dalang disebalik tabir, mencaturkan jatuh bangun sesebuah parti dan negara hendaklah dihalang. Tidak salah jika SAPP lantang mengkritik polisi kerajaan, namun kelantangan SAPP ini biasanya disalahertikan oleh puak-puak oportunis yang akan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk memanipulasikan keadaan agar memihak kepada mereka.

Akhir-akhir ini, semua pihak berada dalam tekanan baik BN mahupun PR. Kerajaan Persekutuan sehingga sekarang masih belum dapat menjalankan tugas yang diberikan oleh rakyat dengan aman serta tanpa gangguan. Setiap hari, kerajaan diugut dan ditakutkan dengan kemungkinan-kemungkinan pada 16hb September nanti, kerajaan akan bertukar tangan. Saya menantikan tarikh tersebut kerana jika benar kerajaan bertukar tangan, makan persoalan siapakah sebenarnya yang berada dibelakang SAPP akan terjawab.

Pautan berkaitan:

Malaysiakini:

1. PM kata Yong bertindak kerana ketamakan diri

New Straits Time

1. Double Cross: Second time Yong pulls out of governing majority

Rembau.net

1. Kerajaan Pintu Belakang

Anwar Ibrahim Blog

1. Tahniah

Advertisements

5 responses to “Siapa sebenarnya di belakang SAPP?

  1. 2 Kaedah Membentuk Kerajaan :
    1. Runding Terus
    2. Tender Terbuka

  2. sesungguhnya YTL telah mengkhianati penyokongnya. kalau bertanding guna lambang pembangkang tentunya tak jadi YB sekarang. Nampaknya YB dengan bangganya mengistiharkan tak berapa PM .. tampa ingat bagaimana kamu berada di situasi sekarang.
    Aku sebenarnya sokong Nua tapi apabila dia berperangai memancing orang meminta sokongan … nampak pula kami ditipu. Demi untuk kuasa kamu buat apa saja .. macam benar pulak dakwaan yang dikenakan kepada kamu dulu.

    Selamat mengelapkan masadepan melayu
    selamay menjual malaysia
    Biarkan Malaysia lingkup asal kamu berjaya jadi PM
    Biarkan semua orang derita asal kamu dan konco konco kamu berada di puncak

  3. Anwar perlu ingat tindakan beliau ini bukan disokong unanimously oleh rakyat. Saya tidak setuju, saya juga rakyat. Oh saudara Anwar mungkin berhujah, majoriti inginkan perubahan. Tidakkah itu suara demokrasi, ada hormat lagikah?

  4. paklah otak udang

    Yang paklah pun satu jugak..letak jawatan la,apasal mau pening kapla lagi

  5. walaupun aku bkn org yg pandai politik2 ni..tp apa yg dpt dilihat skrng negara dh kucar kacir,nmpak je tenang tp sebenarnya dh tunggang tebalik..

    paklah mcm pak turut je..org gertak skit dh ikut…
    napelah naikan harga minyak..minyak dh naik brg lain tentulah naik..
    sia2 tun tambat ringgit dulu..
    skrng inflsi dh makin meningkat..

    si anwar plak..hmmm…dh kemaruk nk jdik PM..kutuk umno..tp tak sedar dulu dia pon umno jgk..
    anwar jdik pm malaysia ni milik a.s lah..

    hancur2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s