Kolum Ringkas: Demokrasi

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi sejak mula-mula mendapat kemerdekaan. Prinsip demokrasi inilah yang telah meletakkan Malaysia dimana ia berada sekarang. Namun, kesan daripada tsunami politik 080308, gegaran-gegaran susulan masih Malaysia rasai. Ada yang cuba menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang, dan ada pula yang cuba memberi pukulan kepada pemerintahan sekarang melalui pintu hadapan.

1. Parti PKR yang diterajui oleh ketua de facto nya Anwar Ibrahim semakin giat untuk men’jolok’ keharmonian Barisan Nasional. Terbaru adalah dakwaan ahli parlimen MCA akan melompat ke dalam genggaman PR dalam ucapan beliau di Pulau Pinang dan telahpun dinafikan oleh pimpinan MCA (baca di sini)

2. Demokrasi ala Anwar Ibrahim ini jelas menimbulkan tanda tanya, adakah kerajaan harapan baru Malaysia akan ditubuhkan secara menggunakan pintu belakang dan tidak menghormati semangat dan prinsip demokrasi yang telah sekian lama dipraktikkan.

3. Apakah negara-negara luar akan mengiktiraf Malaysia yang diterajui kerajaan hasil memancing ahli parlimen melalui rundingan-rundingan yang mana rakyat marhaen tidak tahu menahu akan apa yang dirundingkan dan apa yang ditawarkan diatas meja rundingan. Mudahnya, rakyat akan merasakan mungkin terdapat unsur sogokan ataupun sebarang bentuk rasuah.

4. Ini kerana perbuatan menganggu-gugat kestabilan kerajaan memerintah secara senyap-senyap berunding dengan beberapa ahli parlimen kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada adalah sangat tidak beretika dan jauh sekali bermoral.

5. Pakatan Rakyat masih belum menunjukkan kesediaan PR memerintah Malaysia, jika sekadar berpegang kepada janji harga minyak diturunkan, saya percaya ramai lagi yang boleh menjanjikan itu.

6. Jika dilihat daripada track record kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, saya secara peribadi masih merasakan PR masih belum bersedia untuk mengambil alih kerajaan baik secara halal iaitu melalui pilihanraya mengejut mahupun secara tidak beretika iaitu rampasan kuasa secara rundingan.

7. Persoalannya, adakah tindak tanduk ketua de facto PKR selama ini melambangkan prinsip demokrasi dan keadilan tertinggi yang diperjuangkan beliau, ataupun hanyalah jalan ringkas untuk cepat-cepat menguasai Putrajaya didalam kerajaan BN yang agak goyah. Opportunis ataupun pejuang bangsa? Anda fikirkan.

8. Mengenai tindakan SAPP mencadangkan usul undi tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi, seperti yand dilaporkan malaysiakini (baca di sini). Saya melihat langkah ini adalah sejajar dengan sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan.

9. Persoalan samada langkah ini dibolehkan dari segi etika ataupun moral tidak timbul sama sekali memandangkan ini dijalankan melalui parlimen dan bukannya rundingan rahsia yang perlu dibuat diluar negara dan secara senyap-senyap.

10. Saya memuji tindakan SAPP yang memilih jalan ini kerana mereka masih lagi parti komponen BN yang tidak mudah meninggalkan BN semasa susah kerana ini adalah isu prinsip. Anwar Ibrahim mungkin silap apabila menyangka sesetengan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak punyai pegangan kepada prinsip dan semangat demokrasi yang goyah. Secara tidak langsung Anwar sendiri telah menghina demokrasi yang dipilih rakyat, bolehkah diteruskan premis ini kepada Anwar telah menghina rakyat?

11. Apapun, bermulanya persidangan Dewan Rakyat sesi kedua pasca pilihanraya umum ke-12 akan memperlihatkan satu pihak akan lebih menggandakan usaha mereka untuk cuba menguasai Putrajaya melalui pintu belakang dan satu lagi pihak yang menghormati demokrasi akan cuba memulihkan Barisan Nasional melalui pintu hadapan dengan tidak membelakangkan atau memperkecilkan mandat rakyat yang telah diberikan.

12. Sekarang adalah masa dan ketika, yang menguji prinsip serta pegangan setiap ahli parlimen kepada semangat demokrasi. Jika mereka merasakan Malaysia sesuai menjadi sebuah banana republic, maka pilihannya mudah, berpindahlah ke ‘harapan baru Malaysia’ dan jika mandat rakyat masih dipegang, maka paculah Malaysia kearah menjadi negara yang ‘Selamat, Aman dan Makmur’.

Pautan berkaitan

Malaysiakini:

1. MCA lompat: Dakwaan Anwar ‘palsu’
2. Usul tidak percaya terhadap PM

Advertisements

4 responses to “Kolum Ringkas: Demokrasi

  1. boy panjang gile ko tulis..sure it took long time to think and analyze the facts
    anyway this is my personal opinion..i think every component in BN should realize that they work for rakyat and not for pak lah..why coward to speak and voice out ur opinion? election had done already but the mind still same as before..they cannot get the message that people trying to convey after all channels are not working.. WAKE UP and voice out ur opinion and not be yes-man person in the ruling party

    i believe if this thing going on for longer period..people will say BYE to BN for next election..if PR can manage the states better than BN, i would say BN will face difficult to get back the states.. if anwar can get 30 seats before 16 september..it would be historical event in the country..believe it or not..we will see in 3 months time

    lastly, boyan aku rindu siot dengar lawak ko! jom pi scuba diving …

  2. Assalamualaikum,

    Mak Cik rasa ini satu tulisan yang baik mengenai senerio politik tanahair sekarang. Sebenarnya memang kami pun tidak sedap hati dengan apa yang Anwar Ibrahim sedang lakukan untuk mendapatkan ‘kuasa’. Kalau ia pun nak jadi PM, sabarlah. Biarlah Pak Lah memerintah kerana dia telah mendapat mandate dari rakyat walaupun tidak dua pertiga majority. Hakikatnya dia pemimpin sah negara.

    Ini tidak, terlari sana terlari sini, terbang sana terbang sini, kerjanya menyucuk orang yang telah dipilih rakyat jadi MP supaya meninggalkan BN dan lompat ke parti Isterinya. Ini benar benar tidak beretika. Memang sahlah sejarah Melayu yang beratus tahun dahulu mungkin sedang berulang kembali. Kejatuhan Melaka contohnya pada Portugis dahulu bukanlah semata mata kerana mereka kuat atau hanya bersenjata yang canggih tetapi adalah juga kerana kerja kerja ‘orang dalam’, orang Melayu pada masa itu yang tidak bersatu atau hasad dengki dan tidak setia pada pemerintah.

    Buruk betul perangai, Mak Cik heran mengapa majority rakyat Malaysia sekarang tidak melihatnya dari prospective ini. Mungkin Mak Cik terlalu Old fashion dan mementingkan adap sopan hidup dan tidak langsung berdarah politik. Prinsip hidup Mak Cik senang sahaja, kalau kita hendak ada apa apa ‘deal’ atau hudungan dengan seseorang itu, lihat sahaja feel dia, perangai dia.

    Kalau dia boleh khianati orang lain janganlah kita tersengeh saja dan fikir dia tidak akan buat yang sama pada kita! Tidak sekali. Percayalah. Harap kamu tidak jemu baca nasihat Mak Cik ini. Sekadar berkongsi kegundahan dan kebimbangan atas apa yang berlaku dalam tanah air sekarang.

  3. New Cabinet:

    Prime Minister – Anwar

    Deputy Prime Minister – Lim Kit Siang

    Agriculture Minister –

    Community Minister –

    Culture Minister – Farish Noor

    Defence Minister – Azmin Ali

    Education Minister – Nga Kor Ming

    Environment Minister – Teresa Kok

    Finance Minister – Tony Pua

    Foreign Minister – Ramasamy

    Health Minister – Tan Seng Giaw

    Home Minister –

    Information Minister – Jeff Ooi

    Law Minister – Teng Chang Khim

    Manpower Minister –

    Sports Minister –

    Technology Minister – Nizar

    Trade Minister – Khalid

    Transport Minister – Liew Chin Tong

    Tourism Minister –

  4. romsam,

    do u not have better things to do?

    that’s DAP cabinet, not PR’s cabinet.. plus your cabinet line up doesn’t resembles Malaysia race demographic and balance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s