Kolum Ringkas: Dangdut

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) meneruskan rancangan untuk membawa Mas Idayu dan Ella menghiburkan rakyat Selangor pada konsert sempena perlawanan bola sepak piala Sultan pada 6 Julai nanti. Untuk pengetahuan KDEB juga adalah Kumpulan yang menguruskan pembayaran 20meter padu air percuma kepada SYABAS. Apa yang menarik perhatian adalah desakan PAS kepada kerajaan Selangor untuk tidak meneruskan konsert tersebut.

1. PAS masih lagi tidak sedar yang mereka adalah antara parti komponen utama PR. Ataupun adakah suara mereka tidak didengari sehinggakan perlu mengadakan demonstrasi. Laporan Harakah di sini

2. Ugutan ini menunjukkan PAS adalah parti yang ada agenda tersendiri dan tidak mudah untuk dimanipulasikan.

3. Siasah syariah dan tekanan ini adalah tanda-tanda menunjukkan akar umbi PAS tidak gemar dengan apa yang berlaku diperingkat tertinggi pimpinan PR. Untuk rekod, pemuda PKR dan pemuda DAP mengeluarkan kenyataan balas kepada cadangan pemuda PAS untuk melaksanakan siasah syariah. Laporan Malaysiakini (Syariah: ‘Jangan gagalkan Pakatan’) di sini

“(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.”

“Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat.”

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook

4. PAS adalah parti yang lebih veteran daripada DAP dan jauh sekali PKR yang baru kira-kira 10 tahun ditubuhkan. Maka dari konsep senioriti PAS tidak wajar diperkudakan oleh kedua-dua parti diatas didalam PR.

5. Saya melihat usaha memperkenalkan siasah syariah dan mendesak konsert dibatalkan ini adalah untuk mengembalikan suara PAS dalam PR. Ini adalah signal yang cuba disampaikan kepada pimpinan tertinggi PR untuk tidak terus menekan PAS dalam memperjuangkan agenda tertubuhnya parti tersebut.

6. Lebih mengejutkan saya, Raja Petra Kamaruddin juga telah menghasilkan sebuah artikel menghentam pendirian PAS ini. Saya tidak lupa bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah menghantar surat kepada RPK ketika beliau disumbat kedalam jel baru-baru ini, ‘surat balas’ RPK adalah merupakan kritikan pedas kepada PAS. Antara petikan artikel RPK;

“Aiyah, why this Pas Youth number two so stupid one? When he makes this kind of statement he gives an impression that Islam is just about banning gambling and separate checkout counters for men and women. Isn’t Islam more than just that?”

“Now, the non-Muslim employers are paying the Muslim civil servants billions of Ringgit a year to do an honest day’s work. Did the Muslim civil servants ask permission from their non-Muslim employers for time off to go do their prayers? What if the non-Muslim employer, the taxpayer, does not endorse the Muslim employee, the civil servant, taking time off to do their prayers? Would this not be haram?”

“What the Muslim civil servants should do instead is either get permission from the millions of non-Muslim taxpayers who contribute to 90% of the taxes for time off to do their prayers, or they should refund part of their salary or take a salary cut for all the ‘illegal’ time off that they took to do their prayers.”

7. Ringkasnya, RPK punyai pendapat yang berbeza dengan PAS. Tidak pelik kerana akhir-akhir ini RPK banyak menulis mengenai Islam. Adakah RPK tidak lama lagi akan dipanggil menganggotai Majlis Syura PAS? Ingatkah saudara apabila RPK melabel Abim dan UMNO mempraktikkan ‘bullshit Islam’

8. Saya percaya pimpinan tertinggi PAS tidaklah kempunan sangat untuk memerintah negara jika bersama rakan-rakan yang terang-terangan menekan PAS daripada menjalankan agenda Islam yang dibawa PAS.

9. Ugutan, desakan dan protes dalaman hendaklah dilakukan agar sesetengah pemimpin parti PR ini tidak besar kepala dan secara agresif menidakkan suara PAS didalam pakatan yang dijangka akan menumbangkan kerajaan BN tidak lama lagi.

10. Mungkin PAS tidak mahu jika kejayaan PR hanya dilihat sebagai kejayaan membenarkan projek Khinzir raksasa, menggugurkan Islam Hadhari, dan juga pembesaran tanpa had rumah-rumah ibadat bukan Islam, terutamanya di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

11. Tambahan, PAS bukan parti pro-dangdut, saya pasti dalam hal ini walaupun saya bukan ahli PAS.

Pautan berkaitan:

Roslan SMS

1. Selangor jangan jadi penganjur maksiat
2. Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor
3. Benarkah PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya?

Malaysiakini

1. Syariah: ‘Jangan gagalkan pakatan’
2. MB Selangor: Islam Hadhari ‘buang masa’

Malaysia Today

1. Educate, not legislate
2. Bullshit Islam from Bullshit Muslims

Harakahdaily

1. Pemuda PAS berhimpun jika konsert rock, dangdut diteruskan
2. Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra

Advertisements

6 responses to “Kolum Ringkas: Dangdut

  1. i couldnt agree more~

  2. Hard line Islamist politics is not what I voted for when I crossed the ballot paper for the opposition on March 8.

    I think Pas should leave the Pakatan Rakyat and stand on its own because its philosophy doesn’t jive with the two other PR component parties. It doesn’t jive with BN either.

  3. I agree with you satria asia..

    PAS is not a horse for PKR and DAP to ride..

    But demi kuasa, kadang-kadang yang berserban pun boleh jadi buta.

  4. hey ruzaimi! your blog made it to the wordpress news-page! great job!

  5. semalam pas kelantan larang wanita yang menjadi penjual bertumit tinggi n bergincu di tempat awam!!

  6. Pingback: Goyang Inul kini sopan karena sudah haji? « Manajemen Amal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s