Merdeka08: Pertandingan Menulis Esei

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI MERDEKA ‘08
ANJURAN KELAB UMNO DUBLIN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

BENTUK ESEI
1. Pertandingan akan dilaksanakan secara individu. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
2. Esei yang dihantar hendaklah bertajuk ‘50 tahun pasca-Merdeka: Halatuju dan Visi Mahasiswa Luar Negara menuju 2057’.
3. Esei mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
4. Sumber rujukan hendaklah disertakan dalam esei yang ditulis.
5. Panjang esei hendaklah 1000 – 1200 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.
6. Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan, karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
7. Setiap esei yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur malah pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan.
8. Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal yang sensitif yang boleh membawa kepada perpecahan atau berbaur perkauman.

PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Ireland.
2. Penyertaan adalah percuma.
3. Segala kos penyertaan pertandingan tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21hb Ogos 2008.
5. Esei hendaklah dikirim dalam bentuk PDF atau Word file ke merdeka@umnodublin.com
6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan.
7. Pengumuman keputusan pemenang serta penyampaian hadiah akan diadakan pada 31 Ogos 2008 di Malaysia Hall.
8. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Sekretariat Penganjuran

Kelab UMNO Dublin
merdeka@umnodublin.com

00353 (0) 85 8186061
www.umnodublin.com

Advertisements

2 responses to “Merdeka08: Pertandingan Menulis Esei

  1. boy.. grand prize die ape.. free return ticket balik malaysia? If yes, can non member of kud hantar entry. Hehehe..

  2. hahaha first of all total prize 150eu, so tak cukup pun nak beli tiket balik m’sia.. and it’s open to those yang now in Ireland.. hehe come to Ireland for few months send essay and we’ll see hehehe if you win..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s