Kolum Ringkas: Protes

Baru sahaja selesai protes besar-besaran 2000 rakyat penyokong PAS daripada Masjid Kg. Baru ke bangunan PAS. Hebat betul, memang panas dan berapi ucapan wakil-wakil parti yang ada diantaranya Muhammad Sabu yang memang gemar aktiviti protes ini. Okay, kali ini ringkas sahaja, pendapat saya mengenai protes ini:

1. Protes kali ini GAGAL, kerana apa? Kerana polis dan FRU tidak menggunakan keganasan. Gagal dari pandangan pihak penganjur kerana tiada modal tambahan untuk mengatakan kerajaan zalim.

2. Protes ini tidak ada makna, kerana apa? Kerana tiada memorandum, tiada petisyen yang disampaikan kepada pihak berkuasa. Sekadar berarak seperti sewaktu sambutan maulud Nabi, cuma yang dipekikkan adalah ungkapan-ungakapan seperti ‘Turun Paklah’, ‘Turun Minyak’, ‘Turun BN’ dan bukannya selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

3. Rakyat dipergunakan diperjuangkan dengan niat untuk memenuhi cita-cita politik sesetengah pihak. Kenapa berarak ke Pejabat PAS? Kenapa tidak terus ke Putrajaya? Mengikut laporan, 2000 menyertai protes hingga ke Sogo, bila mula nak ke Pejabat PAS, 1000 hilang.

4. Sejak bila 2000 orang mewakili suara rakyat? Ada >20000 orang lain yang ingin cepat-cepat pulang ke tempat kerja setelah menunaikan Solat Jumaat kerana takut kerja tak siap, dimarahi bos, nak pulang ambil anak sekolah dan sebagainya, sebaliknya 2000 orang ini menghalang lalu lintas. Mungkin ada yang setuju harga minyak naik (faham isu global) dan hak mereka juga harus dihormati.

5. Demonstrasi buat lah di stadium dekat dengan masjid tu, boleh muat seberapa ramai yang boleh. Kalau setakat nak pergi menziarahi Pejabat PAS, tak perlulah menyusahkan orang ramai.

6. Jangan terlalu mengapi-apikan rakyat kerana ini bermain dengan isu petrol, mudah terbakar. Cuba rasional, duduk bertenang dan fikir kenapa langkah ini diambil. Beri peluang dan masa untuk lihat sejauh mana keberkesanan langkah kerajaan yang diambil ini.

7. Saya kurang setuju dengan demonstrasi ni, tapi jika jenis kerajaan sekarang ni akur dengan tuntutan demonstrasi, tak perlulah jawatan menteri, kementerian dan sebagainya. Kita demo sahaja.

8. Polis tidak mengeluarkan permit, hanya menerima surat makluman. Adakah dengan hanya memaklumkan sahaja sudah kira mendapat kebenaran?

Advertisements

7 responses to “Kolum Ringkas: Protes

  1. pemimpin pas tu marah sebab semua kereta dia lebih 2000cc tak dapat rebat.

  2. Salam brader,

    1. Correct…correct….aku setuju !

    2. Sebab sekarang ni aku nampak kita Melayu ‘dah tak tentu arah’. Baik pemimpin mahu pun rakyat.

    3. Ini semua kerana tamak dan tidak pernah bersyukur.

  3. su-kj

    terima kasih, singgah.

    kalau boleh nak juga hidang air teh o secawan.

    singgah la lagi ye.

  4. Aku sertai semalam, aku rasa pelik apasal di arah ke jalan tunku abdul rahman, bagi aku untuk protes kita agak berjaya kerana kita dapat himpunkan rakyat yang mahu minyak turun. aku rasa kita kena mogok xnak kerja seperti saranan pengomen dlm blog aku. aku setuju kita ada memorandum dan serahkan pada agong atau Pm, tanpa arah tujuan nampak mcm kosong.

    Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. halina mohd yunos

    were you there?? thought you’re still in dublin?? hhmmm.. nanti dtg BBQ tau!!

  6. Salam Ruzaimi,

    Mak Cik pun tidak setuju dengan cara protes dan demonstrasi begini. Ianya menyusahkan semua orang. Sudahlah diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan masing masing baru sahaja Solat BerJemaah. Nampak sangat kita Orang Melayu sekarang sudah tidak ketentuan arah lagi.

    Lihat MCA, adakah kisah dalaman mereka kita ketahui? Pernah mereka hebohkan masalah masalah mereka?

    Mak Cik tak dapat bayangkan kalau sejuta orang akan berkumpul pada 5hb July nanti. Ramai yang akan datang dengan niat lain yang tidak baik. Ramai juga yang akan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Macam macam.

    Diharap para penganjur protes ini akan berfikir seratus kali sebelum mahu meneruskan rancangan mereka. Apakah implikasi dari perhimpunan seramai ini? Adakah harga petrol dunia akan turun dengan teriakan dan lolongan mereka?

    WaAllahuAlam.

  7. ok set BBQ.. no problem

    melayu angkat a.k.a Mak Cik

    Orang melayu suka sangat berpolitik, benda-benda sensasi ni orang kita suka sangat, tengok sahajalah AF tu, untung beribu-ribu lemon Maxis jasa ‘subsidi’ orang Melayu yang diberi kepada Maxis melalui sms.

    Sejuta orang berkumpul, saya rasa tak mungkin. Kalau 100,000 itu mungkin. Di London semasa demonstrasi anti-war 300,000 je datang, itupun di London yang populasi jauh lebih tinggi daripada KL.

    Tujuan polis arahkan permit dipohon, nak elak orang-orang ambil kesempatan perkumpulan sebegini untuk buat chaos. Sebab itu saya kata buat di stadium, senang nak kawal dan selia.

    Sebenarnya macam ni la senang cerita, kalau ada sebarang kekecohan, kecederaan mereka lagi nak, sebab nak cari publisiti untuk protes ni.

    Protes secara berhikmah bukan menyusahkan orang.

    Terima kasih singgah Mak Cik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s