Kepala Dogol DAP

Semasa Malaysia tengah sibuk membincangkan isu kenaikan harga minyak yang merisaukan rakyat seluruh negara termasuk yang berada di luar negara pun, DAP masih lagi dengan kepala dogolnya sendiri. Central Executive Committee (CEC) DAP yang bersamaan dengan Majlis Tertinggi (MT) dalam UMNO dan telah mengeluarkan satu surat menasihati empat ADUN DAP yang menang di Johor supaya TIDAK memakai songkok pada perasmian Dewan Undangan Negeri Johor yang akan dihadiri oleh Sultan Johor. Laporan mengenai kenyataan CEC tersebut telah diterbitkan dalam akhbar The Star Online yang bertajuk To Wear or Not To Wear.

Perihal Songkok

Songkok adalah pakaian tradisi Melayu yang telah diguna pakai semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sudah lama penduduk berbangsa Melayu memakai songkok terutamanya di acara yang melibatkan Sultan, dan budaya ini diamalkan turun temurun semenjak sebelum zaman penjajahan British lagi. Seringkali ramai keliru dengan pemakaian songkok dan selalunya songkok ini disalahertikan dengan tanggapan songkok melambangkan agama Islam. Songkok adalah budaya bangsa Melayu yang beragama Islam, dan ianya bukan budaya Islam yang beragama Melayu.

Songkok tidak melambangkan keislaman seseorang itu, Islam tidak diukur dari segi cara berpakaian seseorang muslim, maka janganlah DAP yang terang-terangan yang beragenda anti negara Islam untuk menjadikan songkok sebagai kambing hitam mereka. Sebenarnya DAP daripada dulu lagi mempunyai sejarah dengan gerakan anti-songkok ini. Ingatkah kita dahulu seorang ADUN DAP Teng Chan Kim telah digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lepas ketika BN masih memerintah.

Double Standard DAP

State DAP vice-chairman Norman Fernadez said it was unfair for the CEC members to practise double standards as assemblymen in Selangor wore the songkok at the opening of their state assemblies.

Apakah ADUN DAP yang bertindak sebagai pembangkang harus mempunyai pendekatan atau imej yang berbeza daripada ADUN DAP di negeri-negeri yang diperintah PR? Mengapa perlu ada cubaan untuk menghuru-harakan persidangan di negeri yang ditadbir BN? Mungkin ini adalah strategi DAP sebagai pembangkang, tetapi untuk menggunakan songkok sebagai alat untuk menidakkan tatacara persidangan sebagai menunjukkan hormat kepada institusi kesultanan Johor adalah satu langkah yang tidak bijak.

Jika Malaysian Malaysia yang diperjuangkan kenapa protokol istiadat ini tidak boleh diterima? Malaysia sudah lama mengamalkan budaya ini dan hakikat yang DAP harus terima adalah negara ini mengamalkan sistem monarki dan demokrasi berpelembagaan. Majoriti penduduk Malaysia yang berbangsa Melayu menghormati Sultan dan konsep kesultanan ini juga harus diterima oleh bangsa-bangsa lain kerana mereka sedang berada di dalam sistem Malaysia yang sekian lama telah mempraktikkan sistem ini.

Kenapa larangan ini dikenakan kepada ADUN di Johor tentang tapi tidak di Selangor dan Perak. Adakah dengan kuasa didalam tangan larangan ini boleh diketepikan. Ini jelas menunjukkan DAP yang tidak konsisten dan sengaja untuk mengucar-kacirkan sidang dewan. Sebagai contoh yang paling sesuai, Tang Cheng Kim di Selangor pada sesi lepas telah digantung kerana keenganan beliau bersongkok untuk satu istiadat melibatkan Sultan dan telah bertindak membuang buku peraturan mesyuarat kedalam tong sampah. Sekarang terkedek-kedek Tang mengorek tong sampah mendapatkan kembali buku peraturan tersebut kerana sekarang beliau selaku speaker dewan terpaksa ‘mempertahankan’ dan menguatkuasakan peraturan didalam buku yang beliau buang tersebut. Oh, beliau juga segak bersongkok sekarang di kerusi speaker. Apa ini? Kerana takut kehilangan kuasa, pendirian boleh diubah, jika dulu sanggup ‘mati’ kerana enggan menerima songkok yang mana saya selaku seorang rakyat Malaysia bangga memakainya, Tang sanggup menjilat ludah sendiri. Hipokrit ataupun opportunis? Kedua-dua pun membawa konotasi negatif dalam hal ini, pilih sahaja yang mana anda rasa sesuai untuk menjelaskan tindakan beliau.

DAP dan Negara Islam

Songkok mungkin hanya merupakan lambang budaya Melayu yang secara salah telah dikaitkan dengan amalan Islam. Atas kekeliruan ini jugalah, mungkin DAP yang sangat allergi dengan perkataan negara Islam bertindak memulaukan pemakaian songkok ini. Mungkin umum akan melihat songkok ini perkara kecil, namun tindak tanduk DAP ini memperlihatkan pendirian yang dangkal, lemah dan sentiasa berubah-ubah. Jika di Selangor dan Perak, asalkan kekal berkuasa, mereka boleh ‘kawtim’, di Johor tidak boleh pula.

Ingatkah kita dahulu, pimpinan tertinggi DAP pernah mengatakan langkah mayatnya dahulu sebelum membenarkan tertubuhnya negara Islam di Malaysia. Sesetengah melihat DAP sebagai anti songkok (sila rujuk blog rocky’s bru), saya melihat songkok itu sebagai lebih daripada pakaian, Ianya lambang kepada penghormatan kepada institusi kesultanan Melayu dan merupakan protokol kepada kesucian dewan tempat masalah rakyat dan negeri (atau negara) dibincangkan. Saya mungkin tidak akan berhujah secara emosional disini, namun jika kita lihat mungkin majoriti rakyat yang beragama Islam tidak, saudara boleh rujuk tulisan blog ini yang bertajuk DAP MENGADA-NGADA, MENYAMPAHNYA, KALAU ANAK AKU DAH KENA SEBIJI.

Petikan hujah emosional artikel diatas.

Apa adakah kepala kepala kamu semua akan berkudis kalau pakai Songkok atau akan jadi biul bila pakai songkok???? Oh Ya, DAP kami orang Melayu memang orang beradap. Kalau kami mengadap Raja Raja atau Majlis rasmi memang kami, walau tidak mewah pun pakai sesuatu yang sesuai dengan Majlis itu. Kami tak pakai seluar pendek dan singlet. Itu pergi pasar borong!!!

Maaf aku terpaksa guna bahasa begini dengan DAP, aku tidak hipokrit dan nak pujuk pujuk DAP macam Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali pujuk dan berharap sangat DAP akan pakai songkok nanti sebab baginda Sultan ada.

Jika nak Ikut kepala dogol DAP ni, saya percaya tidak kira penyokong PAS, atau UMNO, semua bersedia untuk menawarkan pimpinan tertinggi DAP ini untuk melangkah mayat mereka dahulu agar agama Islam tidak dipisahkan daripada prinsip dan tatacara pentadbiran negara.

Saya kalau lihat kepala dogol ini, hendak sahaja dileku sebiji dua.

Advertisements

6 responses to “Kepala Dogol DAP

  1. Thank you bro.

    Baju batik mcam tu lebih kurang, sudah diterima sebagai pakaian ceremonial/national di negara Malaysia. Cuma songkok tu lebih sikit la – ia digunakan oleh pembesar-pembesar negara on special occasions sahaja.

  2. thanks rockybru,

    batik lebih kurang la.. songkok pun.. shouldn’t be a big deal..

  3. Memang biadab kalau dengan sultan pun nak diengkar-engkar dan main-main melanggar peraturan. Mana etika mereka ini…asyik nak pertikai apa yang ada. Apa niat mereka sebenarnya.

  4. First, we are here to thank our honourable fully respected MB TS Khalid Ibrahim. He is a man
    who cares much for the rakyat, that’s how we can prove by the water rebate system. Many poor
    residents in Selangor will appreciate this precious offer, so we can say Khalid Ibrahim is a
    great man. We fully support him and hopes he will guide Selangor to the future with betterment.
    Area in Ampang Jaya under MPAJ needs the attention of our MB;
    1] The Ampang market which possess a historical background should be well taken care of and not
    let these hard-earned business operators suffering a down-fall. To bring back prosperity, it will
    need a taxi-stand to be somewhere near the market entrance for the convenience of shoppers.
    Buses should also be asked to ply this route, as our fellow local citizens complains about no
    transport to the Ampang market and also the poor bus transport service. If these facilities are
    a convenience, then drivers will not jammed the whole route to the Ampang market. It’s not wise
    to see vehicles parked on both sides of the road, and blocking the middle lane too.
    What else, if there’s an emergency?
    2] A taxi-stand should also be installed next to the “Spectrum Shopping Complex” in Bdr. Baru
    Ampang.
    3] Kg. tasik Permai, a remote village which is around 40 years also possess problems for fellow
    local residents, no market and a ghost town. What fellow residents need is an open-air market.
    Tasik Tambahan market is a distance too far, strolling pass the highway doesn’t have safety
    measures especially aged-old folks.
    (PATI) illegals are operating open-air market, locals are forced to buy from them as there’s no
    other alternatives.
    4] Tasik Permai shophouses are mostly flooded during heavy rain. It’s been more than 10 years
    and shop owners had to bear with flash-floods, much belongings or household items damaged.
    The concrete divider built in front of shophouses will however store water and clogging the
    five-foot-way whenever it rains.
    5] Residents need a proper bus-stand built by the roadside and not one that is so far away from
    the main road. Whether rain or shine, fellow residents will be in the open-air waiting for buses.
    Well! MPAJ should monitor at all times and seek solutions for the well being of our fellow
    Malaysians.

  5. Tun M, we respect you in bringing 22 years of progress to fellow Malaysians. Now it’s no point
    of criticizing anyone, but to work together to bring back the economy, so that every fellow
    Malaysians will survive prosperously. We however our 6th Prime Minister Datuk Seri Najib,
    will with all the best lead us into the betterment of the future of Malaysia.
    Till then, wishing you in good health.

  6. No matter who you are, it’s our tradition in “pakai songkok & batik”, to tell the world we are
    truly Malaysian. When we put on our batik overseas, we show them we are Malaysians.
    I put on my songkok at the age of 19 when i was with the PVR force in High Street.
    So, what’s the big deal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s